Review Paskal The Movie

by - September 23, 2018



Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Alhamdulillah, semalam ada kesempatan tengok Paskal The Movie dengan member.

Image result for paskal movie
Apa yang aku boleh cakap, cerita ni best. 
Best sangat kot.
So kalau korang berkesempatan tengok wayang, bolehlah support Paskal The Movie ni.
Tak rugi kot korang tengok, sebab memang best. 

Review Paskal The Movie
Paskal The Movie adalah salah satu filem aksi Malaysia yang akan ditayangkan secara rasmi pada 27 September ini. Meskipun begitu, tayangan awal dibuat selama tiga hari, pada 21 - 23 September iaitu Jumaat - Ahad.

Filem ini, diadaptasikan dari kisah sebenar. Kisah ini adalah kisah kejayaan Paskal, iaitu pasukan Elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). 

Paskal merupakan Pasukan Elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Pasukan Khas Laut (Paskal), dianggotai oleh Leftenan Komander Arman (Khairul Azreen), Gagak ( Gambit), Ustat (Taufiq Hanafi), Jep (Ammar) dan ramai lagi. 

Kenapa korang kena tengok Paskal The Movie?
Bila kita tengok cerita ni, kita dapat tahu dengan lebih dekat, bagaimana Pasukan Elit ni menjalanlan tugas mereka dalam menyelamatkan negara, dari ancaman pihak luar. 

Dalam movie ni juga, korang boleh tengok, bagaimana Leftenan Arman, dan rakan - rakan dari Pasukan Alpha, menyelematkan negara. Bagaimana pula ,Arman kuatkan diri untuk mempertahankan negara, biarpun kerjayanya, mendapat tentangan dari seorang ibu. Yang menguatkan lagi dia nak berhenti, sebab kawan baik dia, Josua, terkorban dalam satu peperangan diluar negara. Tapi once dia nak berhenti, bos dia minta dia jalankan misi terakhir untuk selamatkan negara dari pihak luar. 

Related image
Aku paling geram dengan Jep ni.
Hisyh...
Last - last padan muka, konon terbaik tapi membawa padah sendiri. 


Image result for paskal movie
Leftenan Komander Arman.

Image result for gagak paskal movie
Shooter terbaik dalam Paskal The Movie, Gagak (dibintangi oleh Gambit)

Image result for paskal movie
Yan, one of Alpha's members dalam Paskal The Movie.

Walaupun filem aksi, tapi kadang - kadang ada juga diorang selitkan scene - scene yang boleh buat satu panggung rasa scene tu, kelakar.

Yan nilah yang suka buat scene - scene kelakar tu.
Contoh "Jep, jep mana? Jep Sepahtu?"

So, bila ada scene yang agak mencuit hati, takdelah benda tu rasa macam bosan kan. Betul tak?

Aksi paling 'mencabar' bagi aku, ialah waktu kemuncak, di mana Leftenan Komander Arman dan rakan - rakan dalam misi membanteras musuh, yang pada masa tu sangat hebat. Sebab ada of the 'musuh', tahu gerakan diorang ni macam mana. Dekat situlah, antara cabaran paling hebat yang aku rasa Leftenan Komender Arman perlu tempuh, sebelum dia berhenti dari Paskal.

So nantikan misi - misi terakhir mereka dalam Paskal The Movie. Dan adakah ibu Leftenan Komander Arman faham kerjayanya sebagai seorang Paskal?

Related image
Group Alpha, dalam Paskal The Movie

Trailer Paskal The Movie.

Akan ditayangkan secara rasmi pada 27 September ni. 
Jomlah ramai - ramai ke panggung wayang. 


So oklah sampai sini je yang sempat huda update. Thanks singgah blog dan baca entry ni. 

Salam.








You May Also Like

9 comments