review make up remover IN2IT


Assalamualaikum


.
Bila dah habis, baru beli baru. So far, aku pakai tahan beberapa bulan juga untuk satu botol make up remover IN2IT. 

Sebotol RM18++ kot, makcik lupa, harga sebenarnya. haha


At first kalau aku nak beli apa - apa berkaitan dengan product ni, aku akan tanya promoter kat situ mana product yang ok untuk kulit sensitive. So dia tunjuk. Ok aku pun try la. Oh ye jenis aku kalau beli barang macam ni, memang skema sikit. Suka beli product yg dekat gardian, atau seangkatan dengannya sbb dah known well kan, so aku percaya sikit. 

Alhamdulillah so far dah guna dekat 6,7 bulan aku pakai, ok lah. Segala make up mudah di buang. Make up remover ni, sesuai sangat untuk muka dan area mata. Senang 2 in 1. Tak payah beli asing asing, make up remover for eye and for faced. 1 dah enough untuk buang semua make up. Jenis aku, kalau tak pakai make up pun, sometimes aku suka apply je make up remover ni tau, sebab bukan sahaja mudah tanggalkan make up, tapi bila apply je kat muka, muka tu rasa segar. Kadang lepas pakai make up remover ni, aku just basuh je muka without pakai pencuci muka dan apply monsturizer. So far oklah, Alhamdulillah.

Aku pun jenis kulit sensitive kan. So that is why, kalau nak beli apa apa barang tu memang careful gila. Tapi bab bedak compact tak kisah apa jenis,ok je 😅. Cuma pencuci muka dan product skin care tu memang aku akan fixed dengan brand yang aku pakai sekarang. 

Thanks singgah baca entry ringkas ni. Ok dah nak pukul 2, jadi mak cik nak stop writing la. Kejap lagi dah naik rehat hehe. Sempat tau rehat type entry kat blog kejap. Thanks singgah dan baca entry kali ni. Just share mana yg patut ✌😁

Bye,
Salam

Short semester



Assalamualaikum, =D


Hai semua,
*sambil lambai - lambai korang semua yang baca entry hakak kali ni, haha*

By the way, thanks dekat korang yang rajin singgah blog yang dah lama tak update, yang dah lama menyepi, yang tuan blog dia saja buat - buat busy, haha. Ala, short semester bukan sibuk dengan kelas pun. Tapi short semester kali ni, hakak jadi budak practical dekat salah sebuah company. 

Balik kerja, penat walaupun kadang - kadang budak practical bukan ada kerja sangat, haha. Eh, tapi mulut kena ringan - ringankan tanya ada kerja tak, walaupun kau tengah free. Sebab masih student. Fikir stay kat company tu, kau just nak belajar how the real life dalam bidang pekerjaan ni, apply apa yang kau dah belajar, dan fikir nak belajar macam mana nak handle sesuatu task, how to adapt dengan alam pekerjaan ni. Walaupun hakak dan abang kat situ jenuh dengar kau minta kerja, haha. Tapi sekali kau dapat kerja, memang betul - betul kerja. 

Tapi serious, praktikal kali ni aku rasa seronok, walaupun sebenarnya suasana macam quick tough juga. Kadang - kadang rasa nak nangis, tapi pendam je, haha. Tak mampu nak luah dek kata - kata, cuma kadang - kadang tu terlepas, haisyh maap la. 

Image result for kerja tumblr

Sebenarnya bila practical kali ni, macam - macam aku belajar. Dari cara buat kerja, dari cara angkat call (biasalah department HR, tiap tiap hari telefon berdering haha), macam mana nak entertain client kau (which is pekerja, sebab yelah aku duduk department HR. So client kiteorang dari orang luar sampai pekerja dalam syarikat tu sendiri), dari cara macam mana kau nak bercakap (haha bab ni masih terkial - kial nak belajar kot. Tapi aku belajar, walaupun kadang kena sound. Biasalah tu. Kadang terketar - ketar nak cakap, sampai aku fikir macam mana aku nak cakap and nak sampaikan sesuatu).

Throwback kejap. Ingat lagi, first day lapor diri, rasa macam ramai gila orang datang dekat department HR. Masa tu, aku dah pelik, apahal lah ramai sangat datang pagi - pagi macam ni (pukul 8.15 dah ada beberapa staff tunggu depan department HR tu ha). Telefon pula asyik berdering, haisyh. Busy betul. Tapi bila dah hari - hari, dah biasa. 

Minggu pertama masuk, aku tak kenal department, sampai kena gelak weyh...sebab tak kenal department. Bukan orang dalam department akulah, tapi orang department lain. Ada 30++ department, aku tak di briefing lagi kot, tak dikenalkan dengan department, ketua unit lagi masa tu. Yelah, time aku masuk semua orang sibuk, bila masa dia nak kenalkan aku dekat department - department lain. Jadi aku redha jela dengar diorang ketawa kan aku. Masuk minggu kedua, kebetulan ada budak - budak baru masuk, so akak (executive kat situ), bawa kami budak baru round kat dalam company tu, dan masuk department by department. Ha, kat situlah aku baru kenal department, aku kenal sister (senior staff nurse - ketua unit), dan ketua unit yang lain.

Ok, aku bole cakap aku intern kat hospital jela. Nanti korang pelik pula baca, company apa yang sampai 30 department ++ ni, haha. 

Now dah kenal department, dah kenal ketua unit,  sebab memang wajib tau, jadi wajib la kena peka semua benda. Dah kau duduk HR department. Kau tak tahu masuk minggu ketiga, memang nak kena ketuk. Kecuali bila kau baru diminta buat sesuatu task tu, kalau tak tau at first takpe. Tapi kalau dah tau, buat - buat tak tau ada kang kena hempuk. Eh tak, aku gurau je haha. 

Ok dah sampai sini jer mampu cerita. Cerita lain, let's me keep it as my privacy, eceh...Walaupun mencabar, at the same time penat, tapi pada aku seronok. Ada akak kat situ, dua tiga kali juga pesan dengan aku, biasalah nilah life kerja huda. Jadi aku pun, belajar dengan kebiasaan yang mungkin satu hari, aku juga akan berhadapan dengan situasi begitu. Even now aku dah faced dah sikit haha. Tapi its normallah. 

Eh, kerja is kerja. Benda - benda yang lain tu, jangan fikir hard sangat yang penting performance dalam syarikat.

Oklah guys, sampai sini jer tau yang bole update sebab ada kerja lain nak buat hehe. 
Bye, 
Salam =D



Believe on yourself



Assalamualaikum, =D


Hai semua,

I'm not the right person untuk cakap pasal benda  ni, haha. Sebab benda ni lah aku paling fail sekali nak cakap. Sebab I jenis pun biasa - biasa je.

Tapi izinkan aku berbicara seketika.

Pegang kata - kata ni,

Image result for to be success tumblr
dan cuba fikir, kalau bukan kita, siapa lagi yang boleh buat kita berjaya. Selain diri kita sendiri. 
Ibu bapa, adik - beradik, saudara mara, family dan kawan - kawan, just boleh bagi dorongan and support. 
But trust me, without your family on your side, kau takkan berjaya macam ni. Sebab diorang banyak sokong kau, support kau hingga kau berjaya. 

Believe on yourself, yang kau pun boleh berjaya macam orang lain.

Biar p laaa orang nak cakap kau itu ini, yang penting, kau habiskan belajar kau dengan jayanya.


Image result for to be success tumblr
Setiap hari yang berlalu adalah masa kita untuk terus belajar. Jangan berhenti untuk belajar sesuatu. 

Satu yang aku dapat, cintailah course/pekerjaan korang sekarang ni. Sebab bila korang dah suka, InsyaAllah everything will be ease.

Kalau kau rasa cemburu dengan kejayaan orang lain, itu adalah satu perkara yang positive. Compete lah secara sihat. Ambil kejayaan kawan - kawan kau tu, sebagai sesuatu cabaran untuk kau, turut sama nak mencapai kejayaan. Jangan ada perasaan dengki, kau 'hapus'kan kawan kau, sebab perasaan cemburu kau. Benda tu, tak sihat. Be matured lah ok, sebab masing - masing dah besar.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk berjaya. So be yourself. 

Yang penting, jangan tinggal solat 5 waktu, kalau ada masa baca Al - Quran, kalau ada masa, buatlah solat dhuha. InsyaAllah everything will be ease. 

Percayalah, dengan korang jaga solat korang, InsyaAllah semuanya akan jadi lebih mudah. 

Dan yang paling penting, 
believe on yourself. 

Update Blog



Assalamualaikum, =D



Hai semua,

Selamat malam. Sepatutnya aku dah lena dibuai mimpi ni, tapi tak tahu kenapa semangat sangat nak update blog malam ni, sampai tajuk entry aku pun 'update blog', HAHA. 

Related image
I am not fully done my degree yet. Cuma Alhamdulillah baru sahaja habis belajar dekat campus (I mean dah habis third year aku dekat campus). So now tinggal internship (practical) sahaja. Practical pun dekat negeri masing - masing.


Alhamdulillah, dah seminggu masuk office. Dah seminggu, mula belajar sesuatu yang related dengan kerja - kerja HR, memandangkan masa belajar, I amik course HR. Alhamdulillah semua dipermudahkan, dan masih perlu lagi belajar hari demi hari, bersama kakak - kakak di department HR tersebut.

Balik kerja, lepak kejap. Kemas rumah sikit. Then kalau masuk bilik, confirm terlelap sampai esok paginya, (walaupun pada dasarnya, aku just nak take a nap je weyh,haha). Tapi apa kan daya, dah terlalu letih, makanya itulah dia, tidur lagi mengembirakan dari buat apa - apa kerja, termasuk update blog. Am I true? 

That is why la...Angan - angan konon nak update blog hari - hari, tapi semuanya tergendala bila kemalasan nak buka laptop bermaharajalela, jadi begitulah cerita dia. 

Tapi hari ni aku gagahkan juga buka laptop update blog, sebab aku rindu nak mengarang sesuatu dalam blog ni, haha. 

So, oklah hari pun dah malam. Esok I kerja, jadi selamat malam. By the way, thanks singgah blog huda ni tau. 

Salam 
=D

Off to Kuantan - Akhir December 2016



Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Ni kisah pada akhir tahun lepas - pada 30/12/2016, tapi baru hari ni sempat nak throwback dalam blog, hehe. Maaflah sebulan busy dengan presentation fyp, dengan final exam jadi tak sempat nak update blog dengan kisah kami yang satu ini. 

Selepas hantar je paperwork kami (final year project), pada hari Jumaat 30/12, kami bertiga (me myself, and the other two is my friends), bertolak ke Kuantan selepas Zohor, so sampai Kuantan dalam pukul 4 petang macam tu (if I'm not mistaken). 

Sampai - sampai je, singgah Krim by Kula Cakes kejap.

Menu yang kami order, only this two. Makan dua ni pun dah rasa kenyang. 
Waffle red velvet dia sedap sangat dan ice cream tu tak silap honeydew kot. 
Brownies tu pun, memang sedap. One of my friends, suka gila dengan brownies dia tu. Aku just harap dia tak termimpi - mimpi laaa, lepas makan brownies tu HAHA 😝.


So lepas makan, terus balik ke rumah ummi and we stay there. I stay for only one night je, lepas tu I pergi kacau adik I, and stay dengan dia for only two days (on weekend). Yelah, kebetulan adik aku ada kerja dekat area Kuantan, tu yang aku decide dah alang - alang dekat Kuantan tu, lepak je dengan dia. Dalam masa yang sama boleh release - kan tension sekali, ye dok? 

Sabtu 31/12/2016. 
Dalam pukul 10 pagi macam tu, kami dah keluar pergi Kauntan Prade sebab nak teman mak ummi cari buku. So kami bertiga, ambil kesempatan untuk window shopping (it just, kiteorang tengok mana - mana design baju yang cantik, without buying anything. Sebab petang nanti lepas Zohor, kiteorang nak pergi ECM pula beli baju untuk presentation nanti). 

Lepas je window shopping, kiteorang singgah makan dekat Giant Kuantan pula. Then balik rumah ummi semula, solat lepas tu keluar balik.

Memang berjalan sungguh kami hari tu, hehe. 

So lepas Zohor, ambil adik aku dekat tempat kerja dia, and terus pergi ke ECM (East Cosmos Kuantan) yang tak jauh dari situ. Sampai - sampai je, terus pergi singgah satu kedai baju ni, then cari baju kemeja, dengan tema yang kami dah pilih untuk presentation nanti pada 13/1/2017. Takkan beli baju je kan? Haha, kebetulan bebudak ni ada nak buat farewell party, dekat rumah diorang sambil tukar - tukar hadiah. So kenalah beli hadiah. Beli hadiah, just yang simple - simple ikut budget yang telah ditetapkan (tak murah sangat, tak mahal sangat. Sedang - sedang ikut budget student). Lepas penat berjalan satu shopping mall tu, kiteorang pun decide balik rumah masing - masing. 

Malam pula, aku ajak adik aku makan ikan kukus. Sekali sekala nak treat diri sendiri untuk hilangkan stress. Kebetulan dah lama sangat tak makan ikan kukus ni, so sharelah berdua dengan adik. Ikan ni boleh tahan besar, jenuh jugalah kami nak habiskan, haha. 

Malam tu makan dekat Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang. 
Memandangkan orang ramai, lambat sikitlah hidangan kami sampai. Tapi memang berbaloi lah makan dekat sini. Sedap pun sedap...


Ahad 31/1/2016

Pagi - pagi lepas sarapan, aku dgn adik aku pun gerak pergi rumah Ummi, untuk siapkan poster untuk presentation nanti pada 13/1/2017 (tempoh hari). Walaupun masih dalam mood nak enjoy dan bercuti, kadang - kala kena lupakan seketika sebab kerja tak siap lagi beb. Apa - apa hal kasi kerja siap, barulah hati senang sikit. 

Balik daripada rumah Ummi, kiteorang pun plan nak jalan - jalan kejap. Punya lah pening fikir, last - last Berjaya Megamall juga, yang jadi tempat persinggahan kami. Tak tau nak buat apa, jadi first thing first, tengok wayang. Ok, selama aku belajar hampir dua tahun setengah dekat Pahang, ini adalah pertama kali, aku pergi tengok wayang dekat Pahang tau, tu pun dengan adik aku. Jujur weyh haha. Why? Sebab, entahlah. Bila dengan kawan - kawan, diri sendiri lebih selesa nak window shopping, and keluar makan macam tu, atau ikutlah diorang buat activity yang diorang suka (which is menyanyi dekat dalam shopping mall tu). Tapi bila dengan keluarga, selesa nak buat itu dan ini. Plus, aku pun, bukan jenis suka tengok wayang sangat, kalau dah rasa tension sangat, barulah nak tengok wayang lah, nak jalan - jalan lah. Kalau tak, stay jelah dekat kampus tu. 

Lepas tengok wayang, window shopping kejap, singgah beli barang keperluan, then balik. 

Lepak - lepak sambil buka laptop buat kerja. 

Malam tu, lepak je dekat bilik adik aku, and study sebab next weeknya (dalam awal bulan 1, aku ada quiz). So gagahkan juga bawa buku and baca. 

Isnin 1/1/2017
Eh eh, dah new year gitu. 

Pagi - pagi, dah siap berkemas dan terus pergi rumah Ummi semula. Again, buat kerja dan betulkan poster yang kami dah buat sikit - sikit, (buat pembetulan berdasarkan comment yang supervisor kiteorang bagi). Lepas siap buat pembetulan, hantar dekat supervisor semula then lepas supervisor kata ok, baru submit dekat coordinator yang handle final year project kami. 

So lepas siap semua, terus plan nak pergi makan ikan patin kejap. Ya Allah, aku punyalah beria nak rasa, tapi masa makan tu kemahin dok main telan je (sebab tak kena dengan tekak kot). Aduhai...
Tapi apa - apa pun, ikan patin dia sedap, cuma yelah, aku ni orang Johor. Orang Johor biasanya makan asam pedas je, kalau makan ikan patin ni memang ambil masa sikit, (tulah, mengada sangat nak try, last - last sendiri yang tak boleh masuk, haha). 

Selesai menjamu selera tengah hari tu, kiteorang pun bergerak balik ke kampus semula. Sebab esok nya dah start kelas. Tak lama lepas tu, entah berbual apa pula. Tetiba lah pula, decide nak beli tudung untuk presentation. Nasib baik tak jauh lagi tau, boleh lah akak patah balik singgah shopping mall kejap. Nak pilih tudung pun berejam, pusing sana, pusing sini dalam shopping mall tu. Biasalah, nak beli tudung kena matching dengan warna baju. At last, jumpa juga. Lepas dah jumpa, apa lagi terus decide nak balik ke kampus, memandangkan hari dah petang. Nanti takut sampai kampus malam. 

Maklumlah, perjalanan dari Kuantan ke Kampus memakan masa hampir 2 jam. Selalunya begitulah, aku akan sampai petang, before maghrib atau maghrib. Kang nanti malam sangat (hari dah gelap), aku pula takut nak drive, sebab keadaan jalan dia gelap gelita, tak ada lampu (yelah, jalan kampung kan). 

So, oklah...Sampai sini sahaja kisah throwback, yang sempat aku tulis. Ni pun ada kisah yang tak dapat aku selitkan, sebab dah lupa kisahnya bagaimana. Maaflah kalau ada story yang ter cut - cut tu. Maklumlah, dah jadi makcik, mudah lupa, haha :P.

Sekian...

Thanks singgah blog huda dan baca kisah ni.

p/s: I will miss all my friends. Good luck for internship buddies 💕

Salam, =D

During my holiday



Assalamualaikum, =D


hai guys,

Morning semua. Sambil dengar lagu bunga angkasa sambil tu jejari mula rancak menaip diari dan entry ni. Fuh! Lepaskan...Lepaskan segala benda yang terfikir ni. Yelah diari tu lah tempat luahan segala benda tau. This blog? Aduhai, blog ni public, semua orang dah tau termasuk family, kawan - kawan baik I, dan termasuk juga, korang yang sedang membaca. So takkan lah nak letak 'something secret' kat dalam blog ni. Habislah terbongkar rahsia I haha :P. 

Image result for holiday tumblr
Kira lepas tulis diari pun rasa tenang, hehe.

What I do during my holiday?

1. Kemas 
Rutin perempuan memang kena kemas rumah, standard lah perkara ni (so sebab tu tulis sebaris ayat je, haha). Lagi satu kena punggah segala barang dari kampus yang banyak sangat tu. So kena kemas slow - slow dan nak kena fikir nak letak mana, sebab bilik aku pun kecil je, tak besar pun. So kena organize kasi cantik, kasi semua barang tersusun, sebab barang kat bilik aku dah sedia banyak, pula tu dicampur dengan barang - barang dari kampus. Lagi bertambah - tambah barang dalam bilik ni. Lagi satu, biasalah perempuan kan, kalau boleh semua barang nak kasi lengkap 'during kat collage tu'. Sampai aku sendiri pening dah nak kemas barang sendiri, kihkkihkih :P.

Jap, mesti korang fikir kenapa barang aku banyak sangat, kan? Sebab selama dua tahun setengah kat sana tak pernah bawa balik langsung. So bila dah habis study, tu yang sendiri pening bila barang terlalu banyak. 

2. Online facebook/Insta dan laman social yang lain, sampai jumpa banyak benda termasuk theory perempuan suka shopping dekat facebook. 
apakah?

Perempuan suka shopping?

Image result for shopping tumblr

Ha, aku ada nampak statement ni dekat FB dan ada 4 theory yang mereka keluarkan. Siap keluarkan 4 theory beb, haha tak boleh bla betul. Aku dok senyum je baca theory yang diorang tulis tu. Dan dalam theory tu ada cakap, salah satunya, shopping ni hobi kaum wanita. What? Maybe adalah kot yang jadikan shopping ni sebagai hobi. Tapi personally bagi huda, shopping ni macam treatment untuk hilang stress lah (ha, yang ni pun salah satu dalam theory tu). Huda pun bukan selalu shopping. Kalau pergi shopping complex tu setakat buat window shopping (just usha - usha design baju yang lawa jer, ok sebab I tak kerja lagi. Kalau kerja pun kira kena saving gak untuk masa depan, ewah).

Kesimpulannya, tak semua perempuan suka shopping. Kadang pergi shopping complex just nak buat window shopping jer pun. Kadang nak lepak dengan kengkawan, kadang nak beli barang - barang keperluan such pencuci muka, perfume and somemore. 

3. Of course berblogging lerr kita. And of course tulis article (kena buat, sebab part time job I, hihi)


Image result for play laptop tumblr

Blog? Tak taulah, makin meningkat dewasa makin liat pula nak berkepit dengan laptop. Dulu masa zaman diploma (konon - konon macam remaja lagi kan masa tu, haha) tu yang asyik dok rajin hadap laptop dan update blog. tapi bila dah sambung belajar, ni semakin busy dan semakin kurang masa dengan blog. Kalau buka laptop pun, online kejap dan buat assignment atau tengok drama online bagi menghilangkan stress gitu. Tahun 3 lagi memerlukan aku untuk sentiasa berkepit dengan laptop. Yelah, kalau tak berkepit dengan laptop, tak siaplah thesis I haha :P. 

Ok, hari ni style update blog macam buat article dekat Zalora Magazine. Cakap pasal article, hari tu huda baru je buat satu article dekat ZCOOP Malaysia (Zalora Magazine). Its all about relationship. I'm sorry kalau dekat entry article huda tu macam tak menarik ke apa tau, sebab dah 4 bulan tak tulis article (busy dengan final year, sebab kena buat research). Kebetulan pula, editor dah email cakap if ada article nnti hntr kat pihak mereka. Maka terciptalah satu entry yang bertajuk "dealing with resurfaced emotion" dengan mengikut salah satu tema yang telah ditetapkan, iaitu relationship.

Basically semua benda ni adalah aktiviti dekat rumah. So perkara - perkara nilah yang tak membosan kan. Kalau rasa 'bosan', ha pergilah keluar sekejap, ajak kawan - kawan lepak ke apa ke. Duduk rumah takdelah bosan mana pun. Kalau bosan tengok tv, dengar lagu and banyaklah aktiviti yang boleh buat.

p/s: ok bye, hari ni nak keluar dengan best friends I. 

Sekian entry untuk kali ni.
Thanks luangkan masa untuk baca,

Bye, salam =D