Bercuti di bulan September

by - September 12, 2018



Assalamualaikum =D

Hi,

Memandangkan bulan September ni banyak cuti, so kita pun plan lah untuk bercuti bersama keluarga, even it is just a short vacation. 

Sabtu lepas, bertolak dari arah Selatan ke Utara. 


Perjalanan yang mengambil masa hampir 11 jam, untuk sampai ke Utara. Biasalah, dengan jammednya, dengan banyak keretanya. 

Dalam perjalanan ke Utara, sempat singgah dekat R&R Tapah.
Pak Tam Cafe.
Menjamu selera makanan orang utara, dekat sana. 

Nasi Kandar dan Pesambur. 
For me, (comment dari orang duduk area Selatan, oklah makanan kat sini. Sedap).

3 hari 2 malam di sini.
Menghadiri majlis perkahwinan adik sedara. 

Dekat Sungai Petani, tak dapat nak singgah mana pun. Unless, pergi cari hadiah perkahwinan untuk adik sedara, dan sempat tengok wayang kejap (lepas majlis perkahwinan tu), hehe.

Menyampat betul tengok wayang. Penuh juga panggung kat Sungai Petani tu, semua dok pakat tengok Munafik 2, dekat Amanjaya Mall, Sungai Petani. 

Ramai betul orang. Lagi dekat aras area cinema tu. Sesak, aku rasa. 

Tapi pergi Amanjaya Mall ni, banyak betul lah baju, even tudung murah - murah pun ada. Nasib baik tak 'tercapai', baju - baju tu. For me, Amanjaya Mall besarlah juga. Tapi concept kedai dia, ada sikit macam Kuantan Prade. Which is memang tempat kaum hawa la ek, untuk bershopping sakan. 

Image result for munafik 2
Munafik 2 ni, best. Even tak rugi pun tengok kat wayang cerita ni. 

Munafik 2, penuh dengan pengajaran yang boleh kita ambil untuk dijadikan iktibar. Dan ada beberapa scene sedih. Paling sedih, scene mak dia meninggal. Part klimaks pun sedih gak, bila Ustaz Adam bersungguh menentang Abuja. Alhamdulillah, Abuja tewas juga (geram je aku dengan Abuja tu). Dengan Azman pun aku geram juga (part Azman pun ada pengajaran yang boleh kita ambil). 

Paling suka scene Sakinah dengan Ustaz Adam. Dan juga, part - part yang menentang Abuja. 

Moga ada sambungan Munafik lagi, hehe. Tak puas tengok. 


Balik dari Utara, singgah Melaka jap. 
Lepas tu, terus balik ke Johor. 

End of our holiday. Start kerja selepas short vacation. 


Ok, sampai di sini sahaja, kisah yang sempat dicoretkan. InsyaAllah future, if ada anything to share, huda update lagi. 

Thanks singgah baca entry ni,

Assalamualaikum. 






You May Also Like

6 comments

  1. Selamat bercuti cuti Farah :)
    Bilalah nak tengok Munafik ni heheheh

    ReplyDelete
  2. kalo kat kedah, wayang dia memang sesak sebab tak banyak panggung kat sana..raya haji tu hari pun nak tengok hantu kak limah beramai2 dengan family, tapi penuh kauuu seat dia dari pagi sampai malam!

    ReplyDelete
  3. sedappnyaaa makanan tuu..rindu makanan orang utara..hehehhe..

    ReplyDelete
  4. maih utaghaa tak roger nab. ketidak boleh bersua. alooohhh.. hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Masa saya pergi nak tengok Munafik 2 kat Amanjaya Mall pun alahai ramainya orang....

    ReplyDelete