Waiting list novel dan study life.

Friday, June 16, 2017



Assalamualaikum, =D


Hai semua,
Morning,

Waiting list novel dan study life. Gigih update blog dan post about something, etc etc. Weekdays memang sibuk dekat office, balik kerja busy with life sendiri pula kat rumah hehe. 

Nilah dia waiting list (novel), aku.
Buku ni semua collection yang aku kumpul masa aku tengah study. 2 tahun setengah. 

First beli, memang niat nak baca. Sebab aku dari dulu (zaman sekolah pun), memang kaki novel. Nak cakap hantu novel, pun boleh. Dari satu novel ke satu novel beb, aku baca. Tapi bila dah sambung study ni, entah macam mana hobi tu dah bertukar. 

Masa study, aku lebih suka tengok drama atau movie dari layan novel. Yelah, dah penat baca buku (buku ilmiah), so bila tang nak baca novel tu, rasa macam malas dah. Tu yang decide tengok drama atau movie je. Hilang sikit tension, sebab dapat 'lari' dari buku. 

Lagi satu, aku suka tidur awal. Dan aku orang paling awal tidur, kalau kat rumah tu. Cuma final year je, aku jarang tidur awal. Sibuk dengan research, biasalah. Balik JB pun jarang haha. 

Tapi takdelah all the time aku baca buku and study. Macam aku cakap, aku jenis kalau nak release tension sesorang, memang suka tengok movie atau drama. Layan dalam bilik aku jela. Paling lama aku peruntukkan satu jam atau satu jam lebih on weekend. Kadang tu, ambil gak novel baca. Tapi masa study, aku paling susah nak habiskan sebuah novel (padahal before this, tiga empat hari dah habis. Paling lama, seminggu). Hobi dah bertukar 360 darjah. 

Tak adalah study all the time, enjoy with ownself sesorang. Bosan gak. Ada gaklah lepak dengan kengkawan, kadang - kadang (bila masing - masing nak release tension, sebab penat belajar). 

Apa pun, enjoy is enjoy, study is study.

Rindu sangat study life while aku kat campus dulu. 

Sekarang dah kerja, so betullah orang cakap. Masa study, enjoy your study. Jangan nak mengada tak enjoy ok. Nanti serious bila dah kerja, memang rindu sangat study life. Time dah kerja nilah, baru sibuk nak baca novel. Jadi aku pun, habiskan dulu segala novel dalam waiting list aku tu, then baru beli novel baru. 

So oklah, banyak dah aku tulis ni. Nanti aku sambung entry lagi, sebab nak review satu - satu novel yang aku dah baca. Well, lama gila tak buat review buku kat blog. 

p/s: Kalau nak tengok review novel aku, tekan je button review kat atas header blog huda ni. So kat situ memang boleh tengok beberapa novel yang aku dah review. 

Apa - apa pun, kepada adik - adik yang masih study. Enjoy your study life ok. Jangan putus semangat while study. 

Bye, 

Thanks singgah baca entry ni,

Salam =D







You Might Also Like

1 comment di sini.

  1. Tertarik dengan buku irine. Hari tu pergi mph tapi takde

    ReplyDelete