Entry pagi

Tuesday, September 06, 2016



Assalamualaikum, =D

Selamat pagi korang...

Aku pernah terbaca satu kata - kata kat satu insta. Tak tahulah insta siapa, nak bebel ke, apa ke, sekarang kan banyak insta yang buat short note tu kan. Dalam satu posting dia ada cakap,

"Kita tak boleh mengeluh dengan usaha yang kita buat," macam tulah quote dia tak silap. Dan Alhamdulillah dari awal semester busy tahap kemahin sampai tak senang duduk. Siapkan segala assignment yang lecturer bagi, tambah pula dengan research paper 1 (proposal FYP). Lucky untuk semester ni rasanya, semua lecturer bagi assignment awal dan akhir - akhir ni sibuk dengan research paper je. Mujurlah...Kalau tak pening, mana nak fikir assignment lain, mana nak fikir research paper lagi, kelas, quiz semua... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Beberapa minggu sebelum nak present je rasa relax sikit, siap boleh balik JB dua minggu berturut - turut lagi. Dalam purse, tak buang lagi tiket pergi balik JB hari tu, kihkih. Tahap nak buat kenangan ke apa tu?

This week pun balik JB. Lepas present je, tak duduk lama dekat Pahang ni, terus balik JB, haha. Seronoknyaa tahap tak tahu nak cakap macam mana. Nampak tak homesick dia :P



Muka pun sampai tak boleh senyum sebab asyik memikirkan debaran nak present proposal research paper kiteorang. Harap - harap everything oklah nanti, then boleh continue dengan FYP kelak untuk semester depan. Ada member dah habis present, Alhamdulillah. Tahniah korang, tinggal struggle untuk FYP kelak. 

Nampak tak pepagi dah lari update blog. Tak tahu kenapa, pukul 3 lebih terjaga terus mood nak tidur lari habis, sebab tiba - tiba teringat pasal presentation. Oklah, dari tadi dah leka ni nak continue baca proposal research paper jap.  Bye,

Salam =D

You Might Also Like

4 comment di sini.

  1. "Kita tak boleh mengeluh dengan usaha yang kita buat" Terbaca pepatah you ni :D Semoga berjaya dalam presentation !

    ReplyDelete