Resepi Ayam Bakar Paling Simple

7:37 AM Farah 2 Comments



Assalamuaikum, =D


Hai semua,
Walaupun semalam busy sempat juga singgah dekat Pantai Selamat dan beli segala barang keperluan yang diperlukan untuk memasak ayam bakar. As promise.

So ayam bakar ni dibuat khas untuk jamuan kecil - kecilan yang di adakan di rumah sewa kami, special untuk birthday girl.

Resepi ni huda ambil dari buku resepi 365 (bla bla), sebab tak ingat tajuk full buku tersebut, hihi maaf ye.


So inilah dia ayam bakar yang huda buat semalam.
Resepi asal punya, just untuk 5 ketul ayam je. Tapi huda buat seekor ayam untuk makan 7 orang. So kenalah tambah segala bahan tu sendiri. Main campak - campak dan berdoa agar ayam ni rasa dia sedap, =D.

Dekat bawah ni huda share resepi ayam bakar paling simple. Mana tahu korang boleh masak untuk berbuka kelak.

Resepi Ayam Bakar Paling Simple,
Bahan - bahan
1 ekor ayam
5 sudu besar madu 
5 sudu besar minyak masak
3 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
2 1/2 inci halia
2 sudu lada hitam
5 ulas bawang putih

Cara memasak
1. Perapkan ayam dengan bubuh 5 sudu madu, 5 sudu minyak masak, 3 sudu sos tiram dan bubuh sedikit garam secukup rasa. Gaul rata dan kemudian perapkan dalam masa beberapa jam before memasak.
2. Selepas beberapa jam, tumbuk atau blenderkan - halia, lada hitam dan bawang putih. Then campurkan dengan bahan perapan ayam tadi.
3. Bakar dan siap =)

p/s: kalau takde kuali khas untuk bakar, korang boleh gunakan kuali biasa dan bakar guna aluminium foil. 

Selamat mencuba!









You Might Also Like

2 comments:

  1. Rajin awak masak. good good. Resepi pun nmpk simple. tgok lah kalau rajin. Bookmark siap2 dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, saja nak cuba resepi baru =D

      Delete