Solat Sunat Tahajjud

8:00 PM



Assalamualaikum, =D


Bismillahirrahmanirrahim.
Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam.

Solat Sunat Tahajjud boleh dilakukan secara ringkas iaitu 2 rakaat. Tapi jika mampu kita boleh dilakukan solat sunat tahajjud ini sebanyak 4 rakaat, 6 rakaat atau 8 rakaat. Yang penting setiap 2 rakaat beri salam.

Waktu solat sunat tahajjud --> paling afdal lakukanlah selepas kita bangun dari tidur pada 1/3 malam atau 3/4 malam.


Niat:-
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan surah:-

1. Surah Al Fatehah & Surah Al - Kafirun pada rakaat pertama,
Surah Al - Fatehah & Surah Al - Ikhlas pada rakaat kedua.

atau

2. Surah Al - Fatehah & Ayat Kursi pada rakaat pertama,
Surah Al - Fatehah & Surah Al - Ikhlas pada rakaat kedua.

atau

Surah Al - Fatehah & boleh juga mana - mana surah pendek atau ayat - ayat Al - Quran yang kita tahu.


Selepas selesai solat.
Bacalah doa - doa khusus. Tapi sekiranya kita tak hafal atau tak tahu, kita boleh baca doa - doa yang kita tahu atau berdoalah seperti biasa (seperti doa yang kita baca dalam solat 5 waktu). 

atau


Maksudnya:-
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.

Selepas solat duduk sebentar dan istifar sebanyak mana yang kita mampu. 
Maksudnya:-
Aku memohon ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak di sembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

dan kalau sempat bacalah surah yassin lalu berdoa kepada Allah.
Insyallah kita akan mendapat ketenangan dari Allah.

Video : Solat Sunat Tahajjud dan bila waktu yang sesuai untuk melakukannya.

Antara kelebihan solat sunat tahajjud:-


  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Alhamdulillah. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua =D.

credit all the info to resepirahsiaku and shafiqolbu.

You Might Also Like

5 comment di sini.

  1. Nice sharing..moga kita sentiasa istiqhomah dalam melaksana ibadat sunnat..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Salam kenal dari yatie. ^_^

    ReplyDelete
  3. Nice sharing. Mudah sikit cara nih.

    ReplyDelete
  4. subhanallah. memang tengah mencari entry ni. terima kasih ^^,

    ReplyDelete
  5. Welcome. Harap perkongsian ini bermanfaat kepada semua, =D

    ReplyDelete