Pentingnya blog walking

1:22 PM


Assalamualaikum, =D


Apa tu blog walking? Dalam kata yang mudah orang faham, blog walking ni macam korang singgah dari satu blog ke satu blog yang lain, lalu tinggalkan satu message di cbox blog yang korang singgah tu, atau blogger - blogger selalu cakap sila tinggalkan jejak dalam cbox mereka (blog yang korang singgah ni tadi). 

Kenapa blog walking ni penting? Ok first of all, ianya terserah kepada seseorang blogger sama ada nak blog walking ke tidak dekat blog blogger - blogger yang lain, tiada paksaan ok. Tapi adalah lebih baik jika kita buat perkara tersebut, iaitu blog walking dari satu blog ke satu blog yang lain (kalau rajin singgah lah, lima ke enam blog atau pun mana yang korang termampu). 

Berbalik kepada blog walking tadi dan kepentingan dia, hhaaa dah macam buat karangan pasal kepentingan blog walking pula rasanya ^_^ . Ok blog walking ni boleh merapatkan lagi silaturahim sesama blogger dan dalam masa yang sama pula korang boleh kenal antara satu sama lain, biarpun hanya mealui alam maya sahaja. Once korang dah blog walking dekat blog seseorang blogger tu, Insyallah...Insyallah kalau dia rajin dia akan balas. Kadang - kadang bukan balas jam tu juga, tapi mungkin balas kalau dia ada masa lapang yang lebih ke, time tengah bosan ke, ataupun time dia memang rasa 'hari ni aku nak blog walking'. 



Lagi satu blog walking ni sebenarnya boleh membuatkan korang punya visitor blog tu up, err maksudnya semakin meningkat hari demi hari. Yelah cuba bayangkan, kalau dalam satu hari dua, tiga atau empat blog awak singgah lepas tu siap letak message/jejak dalam blog blogger yang awak singgah tu lalu tanpa kita sedari (eh ceh ayat bahasa melayu keluar dah ^_^), blogger tersebut pun balas kunjungan dekat blog kita nan simple ni ha. Tak ke dekat situ dah dapat menambah dua atau tiga visitor blog kita ni dan secara tak langsung, kalau visitor blog kita pun rajin nak follow blog kita ni, tak ke follower pun semakin bertambah. Ha, nampak tak dekat situ. 

Apa yang huda pernah baca dan faham sikit - sikitlah, blog walking ni agak penting sebenarnya bagi blogger - blogger yang baru nak up atau baru nak naik (macam huda le, hehee). Sebab? Yelah, cuba bayangkan kalau kita seorang new blogger ataupun newbies (dalam bahasa singkatannyakan), tak kan tetibe semua orang tahu pasal blog kita tanpa kita sendiri yang memberitahu mereka - mereka tentang kewujudan blog kita ni ha. Kita buat blog bukan sesaje kan, tujuan kita memang nak orang singgah dan baca apa yang kita tulis, betul tak? So that's why lah, kita kena berusaha lebih sikit, errr lebih banyak sebenarnya untuk orang tahu tentang blog kita yang simple dan teramat simple ni.

Kalau korang rasa susah sangat nak blog walking, sampai tak tahu nak singgah dekat blog sapa lagi dah...So why not korang join mana - mana kelab blogging dekat facebook yang kian banyak sekarang ni. So dari situ korang boleh tahu blogger - blogger di Malaysia ni mahupun yang berada di luar negara (errr, yang tu rasanya lah)..... Ataupun.... Korang boleh join satu segmen blog walking yang blogger - blogger rajin buat, sebab dari situ kan kita pun boleh buat satu seisi blog walking dari satu blog ke satu blog yang lain dan tanpa kita sedari unit visitor kita pun meningkat. Ok. 

Kesimpulannya, blog walking ni adalah salah satu topic dalam SEO blogging tau dan ianya sangat penting untuk meningkatkan visitor blog korang (ni dari maklumat yang huda baca dari blogger lain), tapi untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan SEO blog bagai ni memang huda bukan orangnya untuk di tanya, hehhee... Huda memang tak berapa nak tahu sangat pasal SEO bagai ni. 

Fuh....panjang menaip karangan hari ni, hehhee. Dekat nun atas tu semuanya dari apa yang huda baca dan adalah sikit pengalaman yang diri sendiri pernah buat dan pernah cuba. And Alhamdulillah ianya menjadi dan berhasil habak hang ^_^ . 


You Might Also Like

14 comment di sini.

  1. betul tu. tapi saya pun dah lama tak blogwalking. asyik sibuk je, pageview pun jatuh merudum. sedeh kejap. LOL. singgah lha blog saya. :P
    http://budakkecikbermonolog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. dulu masa masih newbie iaitu masa mula2 buat blog memang tak tahu pun pasal blogwalking ni. sekarang boleh lah faham sikit2 . hehe

    ReplyDelete
  3. I think it is not simply a matter of blogwalking that is important. It is the comment you leave. Tak semua blog ada tagboard/cbox. Big blogs/websites don't have those. Yang penting is you leave comments yang meaningful so that blog owners would be compelled to return them. Kalau setakat comments "hai singgah blog I kejap?", those are meaningless. Leaving comments to the blog posts lebih bermakna sebab you can expand on the conversation and eventually develop friendships/etc. :)

    ReplyDelete
  4. setuju jugak dengan kitty april tu,tapi bagi saya la,kalau setakat bw dan tinggalkn msg kat cbox pun dah okay. kalau tinggalkan komen,lagi okay! hehe...

    ReplyDelete
  5. Dulu rajin bw, tapi sekarang dah busy, mood pun dah ke laut. Hehe

    ReplyDelete
  6. jenguklah ke blog saya. :P
    http://akmash.blogspot.com/
    macam tu ke.....kesian betol makcik kow ni.....kikikih....baru nak belajo ni haaa

    ReplyDelete
  7. saya budak baru belajar... come to visit me :)

    ReplyDelete
  8. do visit and leave me any comments ya! : )
    http://chekbunny.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan. Saya pun newbie. Jemput singgah ke blog saya :)

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan. jemput singgah blog saya hihi http://thetruthsignal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..hai jum singgah blog saya tapi saya masih newsbie dan tgh slow2 bljr psl blog...blog awak sgt mmbntu sye la dear tq bbyk ;)
    jemputla singgah my blog lareesaenterprise14.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan semua =)
    jemputlah ke blog sy http://cikpuancoklat.blogspot.com/

    Newbieeee lgii nih .. :)

    ReplyDelete
  13. Thank you sis .. bg info about blogwalking .. saya pun baru dlm blog ;*
    btw .. saya newbie..
    lau x der masalah mehla tgok blog meke hehehe .. tq gais ;)

    http://dylot.blogspot.my/

    ReplyDelete