Review Awan Dania The Movie

Saturday, April 20, 2013


Assalamualaikum, =D


14 Mac 2013 - dekat pawagam , 

Sinopsis
Mesti ramai yang dah tak sabar-sabar lagi nak menonton filem adaptasi dari drama bersiri TV, Awan Dania The Movie kan? Maklumlah filem ini sepatutnya ditayangkan pada Disember tahun lepas, tetapi tertangguh di atas sebab-sebab tertentu.
Kepada yang setia menunggu dan sentiasa menanti perkembangan tentang filem ini, berita baik buat anda kerana, Awan Dania The Movie bakal menjengah panggung dua hari lagi, iaitu pada 14 Mac 2013 ini, di semua pawagam seluruh Malaysia!
Filem arahan Rashid Sibir yang telah menjalani penggambaran di sekirat Kuala Lumpur dan Koh Samui, Thailand ini dibintangi oleh Scha Alyahya, Elly Mazlein, Jehan Miskin, Rusdi Ramli, Christian Bautista dan ramai lagi.
Awan Dania The Movie bermula dengan pencarian krew kabin terbaik tahunan. 12 krew kabin terpilih telah diumumkan untuk bersaing merebut gelaran terbaik, termasuk Dania dan Tania. Tania pernah menggondol anugerah tersebut, dan beliau juga begitu popular di kalangan krew kabin dan penumpang.
Dania mengetahui Tania mempergunakan Remy, seorang juruterbang untuk memenangi anugerah tersebut serta untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Dania mula membuat perancangan untuk memberitahu tentang niat jahat Tania kepada Remy. Remy pernah menyukai Dania satu ketika dahulu tetapi ditolak oleh Dania kerana Dania memilih kariernya sebagai pramugari. Dania menyamar menjadi penumpang pesawat yang dinaiki Tania. Dania menggunakan rambut palsu afro selain kaca mata hitam bagi menyembunyikan wajah asalnya.
Dania mulai mengintip Tania kerana ingin melihat cara Tania bekerja serta melayan penumpang. Apabila tiba di sebuah pulau di Malaysia, Dania mengekori pergerakan Tania. Perang bermula di antara Dania dan Tania apabila Tania menyedari dirinya diekori oleh Dania.
Tania semakin galak dengan cubaan untuk menarik perhatian Remy di samping cuba membuatkan Remy membenci Dania. Sementara Dania cuba menarik perhatian Remy untuk kembali mendapatkan cinta Remy. Dania meminta Benjy menyamar menjadi kekasihnya semata-mata untuk membuatkan Remy cemburu. Sebaliknya, perkara lain pula yang berlaku membuatkan peperangan Dania dan Tania semakin kritikal.
Agaknya apa cabaran yang bakal dihadapi Dania dalam mengharungi kehidupannya sebagai pramugari dan adakah dia dapat bersaing dengan ‘seterunya’ Tania? 

antara scene dalam filem Awan Dania The Movie



Barisan pelakon  Awan Dania The Movie








You Might Also Like

2 comment di sini.

  1. okay la jugak citernya.. huhu.

    btw mira tag sis :)

    http://mylife-leogurl94.blogspot.com/2013/04/segmen-kenalkan-diri-cik-i-l-y.html

    ReplyDelete
  2. salam kenal blogger. jom join ga nina yea

    ReplyDelete