Cerpen Si Peminat Misteri (PART2)

Saturday, March 30, 2013


Assalamualaikum, =D


Kali ni huda nak updated, kesinambungan cerita Novel si peminat misteri (part1). Selamat membaca! =D


banner si cerpen si peminat misteri


PART2

Telefon bimbit yang berdering membuatkan lamunan aku terhenti di situ. Aku melihat nama pemanggil di screen telefon bimbit aku, ternyata si private number yang membuat panggilan. Eh, kejap! Private number? Dah, lagi satu encik ke puan misteri datang dalam hidup aku. Ya Allah, pelik – pelik ragam manusia masa kini.Adoi, pening betul kepala aku bila ada manusia yang suka merahsiakan identiti mereka di zaman yang serba canggih ini.

Semakin aku mengendahkan panggilan tersebut, semakin nyaring telefon bimbit aku berbunyi. Dengan rasa malas, akhirnya aku mengalah untuk menjawab telefon bimbit tersebut.

“Assalamualaikum,” sapa si pemanggil. Kedengaran suara lelaki menyapa aku. Aku diam. “ Ni Zieqa kan?” tanya si pemanggil. Aku diam lagi. “Zieqa, ni Iqmallah,” si pemanggil mula memperkenalkan dirinya.

Iqmal? Mana pula dia dapat nombor aku ni? Alamak! Aku melonjak gembira bila mendengar nama itu yang di sebut dihujung talian.Cuba cakap dengan aku, perempuan mana yang tak suka dan tak gembira, bila lelaki idaman hati membuat panggilan secara tiba – tiba. Aku cuba mengawal rasa hatiku. Zieqa, relax – relax…

“ Zieqa, awak free tak sekarang?” tanya Iqmal. Aku diam dan cuba memikirkan jawapan apa yang patut aku jawab. “ Zieqa, are you there?” sapa Iqmal setelah sekian lama aku mendiamkan diri.

“ Ya, saya,” akhirnya aku jawab juga pertanyaan si jejaka handsome tu dengan gelabah. “ Free tu, memanglah free. Tapi…” balasku yang sengaja tidak menghabiskan kata – kataku. Entah macam mana, time ni juga macam – macam alasan yang berada di minda aku. Yelah, gelabah punya pasal. Hisyh, Zieqa please cover your self, jangan sampai Iqmal perasan yang kau tengah gelabah.

“Tapi?”tanya Iqmal semula.

“Tapi, tiba – tiba je saya ada hal ” balasku yang cuba mencipta alasan . Yelah, sudahlah dia seorang yang handsome dan di gilai oleh para gadis di kolej ini. Ada ke patut, aku yang tak berapa nak cantik tapi comel ni nak jumpa dia? Eh, kejap! Aku comel ke?! Ah, lantaklah! Memang aku comel pun. Peduli apa? 

“Eh, kenapa pula tiba – tiba?” tanya Iqmal yang membuatkan lamunan aku terhenti di situ.

Aku terdiam. “Entah, tadi si Wawa sibuk ajak saya teman dia shopping,” balasku lambat – lambat. Huh, alasan yang tak munasabah langsung! Tapi…lantaklah, dia bukan tahu aku tipu dia. Lagikan dari aku perlu jumpa dia, tak ke cari pasal namanya tu? “Hurm, next time boleh?” kataku lagi. Harap dapat melegakan hatinya yang mungkin kecewa tika aku memberi seribu satu alasan tadi.

“Oklah. Nanti satu hari, bila ada jodoh kita jumpa ye,” Iqmal mula mengalah dengan jawapan aku. Peh, selamat den. “Bye, Assalamualaikum,” aku mematikan panggilan tersebut. Fuh! Leganya akhirnya!




Sedang aku leka berbalas mesej dengan adikku, tiba – tiba aku di sapa oleh Wawa. “ Hoi, baring tu sopanlah sikit,” tegur Wawa yang datang dari entah mana.

Aku mula bangkit dari pembaringanku. “ Kau ni, kalau ye pun bagilah salam dulu,” tegur aku. “Kalau aku ada sakit jantung, tak ke gugur jantung aku ni?” kataku kepada Wawa.

“ Cik Zieqa, dari kau baring dengan pegang hand phone macam orang tak ingat dunia, lebih baik kau pergi siap dan teman aku makan,” katanya dengan muka yang bersahaja.

“ Makan?” kataku lalu melihat jam di telefon bimbit miliku. “ Hoi, dah pukul 9 malam kot nak makan apa je dekat café tu?” tanya aku seperti orang bodoh. Padahal bukan main banyak makanan dekat café waktu – waktu macam ni. Cakap jelah nak makan yang goreng ke, rebus ke atau nasi, semuanya ada di jual di situ.

“Siapa cakap dekat café tak ada makanan? Bukan main banyak makanan yang di jual dekat café tu, kau cakap je apa yang kau nak makan, nanti aku belanja.” ajuk Wawa. Kelihatan Wawa sudah memakai tudung. “ Aku nak siap dah ni, cepatlah sikit,” arah Wawa kepadaku.

Dengan rasa malas, aku mula menyarung seluar slack dan tudung sarung. “ Hoi, apasal pakai macam ni? Cubalah pakai elok sikit. Kita bukan nak makan dekat café tapi kita nak makan dekat luar,” tegur Wawa dengan selamba.

“Ha! La, apasal tak habak awal – awal,” kataku. Aku mula mencapai baju dress malam aku yang baru je aku beli. Dress malam yang simple je, sebab aku tak berapa mampu nak beli mahal – mahal ni. “Ok, dah,” 15 minit kemudian, aku sudah siap sempurna.






“Assalamualaikum,” sapa Wawa.Ibu Ayah? Bukan main terkejut lagi aku bila aku terlihat kedua ibu bapa aku turut berada disitu. Eh, kejap! Si Iqmal pun ada juga, apa kes?

Tanpa mengendahkan pandangan Iqmal yang tajam, aku menghulurkan tanganku untuk bersalam dengan kedua orang tuaku  dan juga dua lagi orang tua yang tidak aku kenali. Hatiku mula tertanya – tanya, mengapa Iqmal, kedua orang tuaku dan juga dua orang amat asing bagiku turut berada di situ dalam masa yang sama. Persoalan terus bermain di minda kecilku.

“ Ni ke orangnnya?” tanya wanita separuh abad kepada Iqmal ketika aku mula menghulurkan tanganku untuk bersalam dengannya. “ Cantik dan lemah lembut je nampaknya,” puji wanita tersebut. Aku menghadiakan satu senyuman yang cukup manis kepada wanita seusia dengan ibuku itu.

“Semua dah ada?” tanya lelaki separuh abad, yang seusia dengan ayahku. “Hidangan dah tersedia ni, marilah kita makan dulu. Kang sejuk, tak sedap pula,” kata lelaki itu kepada kami semua.

“ Betul juga tu,” kata ayahku setuju. “ Mal, boleh bacakan doa makan?” Iqmal mengangguk tanda setuju.

Selesai makan, aku berbual – bual dengan ibuku dan bertanyakan pelbagai persoalan yang sedari tadi bermain di benakku. Ibu tidak menjawab sepatah pertanyaanku, sebaliknya ibu menyuruh aku bersabar sehingga majlis makan malam ni selesai dan dari situ segala persoalan aku akan terjawab kelak. Hatiku sedikit kecewa dan mula menyimpan rasa sangsi terhadap ibuku sendiri. Aku mula merasa, bahawa ibu dan ayah sedang menyembunyikan sesuatu daripadaku.

“Terima kasih,” ucap wanita separuh abad itu kepadaku sambil memegang tanganku. Aku pelik, kenapa pula tiba – tiba wanita itu berkata sedemikian rupa. “ Bang start lah, kesian saya tengok budak ni. Yelah, datang – datang terus makan tanpa mengenali siapa kita sebenarnya,” kata wanita itu kepada suaminya.

“ Man, boleh tak saya start?” tanya lelaki itu kepada ayahku. Kelihatan ayahku mengangguk tanda setuju.
 “ Nak, nama pak cik , Hamid. Ni isteri pakcik, Zara dan tu pula satu – satunya anak bujang pakcik, Iqmal” lelaki tersebut mula memperkenalkan dirinya. Aku memandang ke arah kedua orang tuaku. Aku masih blur dan masih tertanya – tanya seperti orang bodoh saje.

“Dengar je sayang. Benda baik, elok kita cepat - cepatkan,” itulah jawapan yang diberikan oleh ibu kesayangan aku. Peh, lagi bertambah persoalan di minda aku ni. Sebenarnya, apa permainan diorang ni? Ya Allah...tolonglah aku!Aku tak faham dengan semua ni…

“ Saya rasa lebih baik awak yang mulakan dulu, Ja,” kata Mak cik Zara kepada ibuku. Kelihatan ibu mengangguk tanda setuju lalu ibu terus pandang ayah dan membuat isyarat mata yang aku tidak mengerti. Aku semakin pelik dengan keadaan yang berlaku kini. Apa semua ni? Aku pandang Wawa, tapi Wawa buat – buat tak tahu pula. Eee, geramnya aku! Kelihatan ayah pula memandang ibu lalu mengangguk tanda bersetuju dengan isyarat yang ibu berikan tadi. Dah kenapa semua nak pandang – pandang je? Ni mesti ada sesuatu yang tak kena ni? Duga aku…

“ Zieqa, anak ayah. Maafkan ibu dan ayah kerana buat keputusan tanpa persetujuan dari kamu. Kami harap kamu bersetuju dengan rancangan kedua belah pihak ni,” kata ayah kepadaku. Aku dah mula pelik dengan kata – kata ayah. Keputusan? Keputusan apa pula ni?

“ Apa ni?” tanya aku. “Cuba terangkan pada Zieqa, apa sebenarnya yang berlaku ni?,”rayuku.

“Macam ni. Dua bulan yang lepas, keluarga Iqmal ada datang ke rumah dan bertanya tentang kamu. Di jadikan cerita, mereka datang nak melamar kamu,” terang ayah. Ha, melamar? Gila ke apa? Apa mimpi ni?

“Kejap, apa semua ni? Tak fahamlah, Zieqa,” kataku. “ Iqmal, saya tak faham. Apa semua ni?,” aku memberanikan diri untuk bertanya Iqmal pula.

Kelihatan Iqmal masih diam. “ Zieqa, maafkan saya tapi…”

“Tapi apa?” potongku.

Iqmal terdiam. “ Ini semua bukan rancangan saya, tapi ni semua rancangan ibu bapa kita,” terang Iqmal lalu memandang ke arah kedua ibu bapanya. Kelihatan Pak Cik Hamid dan Mak Cik Zara mengangguk, tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Iqmal tadi. Aku diam dan menyepi.


 “Awak kenal tak dengan peminat misteri?” tanya Iqmal kepadaku. Aku terdiam. Mungkinkah dia si peminat misteri yang aku cari selama ni? “Untuk pengetahuan awak….Sayalah peminat misteri tu?” katanya jujur. Sekali lagi aku terdiam. “ Saya buat semua ni untuk merealisasikan  impian kedua orang tua kita. Tambahan pula, sejak pertama kali nampak awak setahun yang lepas, hati saya mula terpaut,” jelas Iqmal jujur. Aku terpena buat seketika. What? Dia pun ada hati dekat aku juga ke? Ya Allah, terima kasih…Happynya aku saat ni… Oh, Zieqa…Tolong bawa bertenang ye, cover sikit hati awak tu…Orang ramai ni…


“Untuk pengetahuan awak juga, selama ni saya yang minta tolong Wawa untuk bantu saya. Dan, Alhamdulillah apa yang saya rancang berjaya,” jelas Iqmal lagi. Aku terus pandang Wawa dengan rasa tidak berpuas hati…Oh patutlah Wawa selalu jongketkan bahu dia, rupa – rupanya dia dalang semua ni….Sampainya hati kau, Wawa….

 “ Wa, sampai hati kau…”kataku sepi. Sungguh aku terkilan tapi sedikit terharu, bila dapat tahu cerita sebenarnya. Bila mendapat tahu siapakah peminat misteri. Bila mendapat tahu bahawa Wawa dan ibu bapaku turut bersekongkol dengan Iqmal. Sedih…

“ Zieqa, aku minta maaf. Aku cuma nak tolong kau dan Iqmal,” kini giliran Wawa pula menerangkan cerita sebenarnya kepadaku. “ Zieqa, maafkan aku…” rayu Wawa. Aku diam. Diam sebab aku masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku tika ini.

Aku pandang ke arah ibu bapaku, dengan muka yang meminta simpati. “ Zieqa, ayah dan ibu dah setuju nak jodohkan kamu berdua, setahun dari sekarang,” kata ayah kepadaku tanpa aku duga. Gila! Sungguh, aku terkejut dengan penjelasan ayah sebentar tadi. Ya Allah…Kenapa semua ini harus terjadi secara tiba – tiba kepadaku? Aku meraup wajahku…

“ Ibu…ayah…” rayuku.

“ Zieqa, kami tak akan paksa kamu untuk buat keputusan dalam masa terdekat ini.Sebaliknya, kami akan bagi kamu masa dalam setahun ini dan dalam masa tersebut, kami harap kamu berdua saling kenal – mengenali di antara satu sama lain,” jelas Mak Cik Zara kepadaku. Aku terdiam. “Lepas setahun, kamu berdua akan segera di satukan,” jelasnya lagi. Aku terpena.

Lantas aku memalingkan wajahku ke arah kedua orang tuaku, agar mereka faham isi hatiku tika ini. Tapi, apa yang aku harapkan semuanya tidak menjadi…

 Ibu mengenggam tanganku, “Maafkan ibu, sebenarnya ni rancangan kami dari muda lagi, kami dah lama rancang nak satukan anak – anak kami bila kamu berdua sudah dewasa. Dan Alhamdulillah, doa kami di makbulkan Allah. Ibu harap kamu tidak menghampakan harapan kami,” sampuk ibu. Aku terdiam. Sungguh, aku kebuntuan saat ni. Jalan yang terbaik, aku hanya mengangguk tanda bersetuju. Bersetuju dengan rancangan kedua orang tuaku.




Sejak peristiwa dua bulan lepas, hubungan aku dengan Iqmal bertambah akrab. Dalam diam, kami menjalinkan hubungan cinta dan Alhamdulillah cinta ini bakal di restui Allah satu hari nanti. Aku berterima kasih kepada kedua ibu bapa kami, kerana mereka hubungan ini terjalin. Alhamdulillah.

Apa yang mengembirakan aku, cinta aku tidak bertepuk sebelah tangan malah ianya di sambut oleh seseorang yang aku cinta. Terima kasih, Ya Allah.



SEKIAN! =D


You Might Also Like

4 comment di sini.

  1. tamat sudah... best! hehee.. jenguk blog sy jugak,yer! tapi sy takde la pandai tulis cerpen macam awk ni...

    ReplyDelete
  2. Hurm,, best !! Same name as buah ati sye,, :) ,iqmal..

    ReplyDelete