Word from The Type Writer #2

by - February 08, 2019



Assalamualaikum, =D

Hi semua, =D


Jom Rehat Dengan Solat


Apabila Rasulullah SAW menyuruh Sayidina Bilal R.A mengumandangkan azan, Baginda akan berkata:" Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat." (Riwayat Ahmad)


Inilah nilai solat di mata Rasulullah. Solat itu merehatkan dan menenangkan, bahkan solat itu tempat kita mencari kekuatan dengan bantuan Allah. Tika Rasulullah menghadapi saat kesukaran, Baginda memilih untuk merehatkan diri dengan solat.


Ketenangan dan kerehatan itulah kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak mudah untuk putus asa,kecewa,marah dengan kegagalan dan kekurangan dalam kehidupan. :)


Sebab itulah awal-awal lagi Allah SWT memberi penyelesaian kepada manusia tentang masalah dunia ini: " Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat." (Al-Baqarah:45).


Sebagai penutup, sama-sama kita hayati Firman Allah SWT dalam Surah Taha ayat 14 yang bermaksud:"Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu".


TheTypewriter


Credit: The Type Writer
Instagram: the.typewriter
Telegram: The Type Writer (boleh join telegram The Type Writer dengan copy link ni ye).

You May Also Like

3 comments

  1. Lebih-lebih lagi ketika sujud.Sangat tenang.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  3. ya...betul...selalu baca kata2 tazkirah dan dakwah yang sebut "solat itu rehat"...

    ReplyDelete