Dinner di Restoran Chaba Thai Food, Taman Impian Emas, JB

by - November 30, 2018



Assalamualaikum, =D

Hye semua.

Rabu lepas, huda dan beberapa rakan blogger yang lain, dok janji nak makan dekat Restoran Chaba Thai Food ni. 

Sebahagian Team JDT Blogger 💕


Bagai penggemar makanan laut, huda cadangkan korang untuk dinner dekat Chaba Thai Food ni. Serious tak rugi. Makanan yang mereka hidangkan sedap dan fresh.

Resepi pula origin dari Thailand. 

Harga - harga makanan dekat sini, sangat berpatutan. Ada yang menarik tau, ok korang kena baca entry ni sampai habis =D

Antara hidangan kami malam tu. 

Kenapa korang kena pergi Chaba Thai Food?
1. Sebab makanan kat sini sangat sedap dan fresh. 

2. Ada 4 set makanan ekonomi yang disediakan dekat sini, dari harga RM14 hingga RM32.
- sebagai contoh Set Chaba 1 (hidangan untuk dua orang) - nasi putih, telur dadar, tomyam campur dan kailan ikan masin = RM14
- Set Chaba 4 (hidangan untuk dua orang) - tomyam campur, paprik ayam, ayam goreng kunyit, ikan kembong tiga rasa, kailan ikan masin, telur dadar, nasi putih = RM32. 

p/s: dah nama ekonomi mesti jimatkan. 

3. Selain set ekonomi ada juga set menu lain, start dari harga RM55 hingga RM100. 
- Contoh set Chaba A - Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng kunyit, telur dadar udang, siakap 3 rasa = RM55
- Contoh Set Chaba C - Tomyam Campur (2), Ayam Kunyit (2), Telur Dada Raja (2), Kailan Goreng (2), Siakap 3 Rasa, Siakap Stim Limau, Nasi Putih = RM100

4. Ada special menu. 
Special menu ni korang kena rasa. Serious tak rugi kalau korang datang sini. 

Kerabu Chaba
(berasaskan seafood),
yang ni korang mesti cuba juga ok.


Tomyam Santan
(size M dan size L)

Tomyam Poktek
(Size M dan Size L)

Huda suggest korang makan tomyam poktek dia. Serious sedap. Cuma pedas sikit. Oh ye, dekat sini juga korang boleh request, nak pedas atau tak nak. 

Siakap dua musim (ada sos gajus dan ada sos tomyam).
Yang ni pun huda suggest kat korang untuk cuba. Sedap guys. 

Selain siakap dua musim ni, korang boleh cuba special menu yang lain:
- Siakap goreng Chaba
- Siakap dua istana
- Siakap Masak Gajus
*Harga ikut harga pasaran*

Hoomark Seafood.
Yang ni pun korang kena try. 

Agak - agak tergoda tak tengok dia punya Hoomark Seafood ni? 

Other special menu:
- Lala masak pedas
- Lala masak daun selasih
- Lala masak sos tomyam

5. Selain dari special menu, mestilah ada beberapa menu lain. Menu mereka berdasarkan size hidangan yang korang pilih. Ada tiga size (S, M, dan L). 

Contoh menu Chaba Thai Food.

6. Antara contoh hidangan yang lain

Siakap Steam Limau
Most Popular dan ramai yang suka. Even kiteorang pun suka makan steam limau dekat Chaba ni. Sedap kot. 

Ikan Siakap 3 Rasa. 
Yang ni pun korang kena try tau. 

Udang goreng tepung

Kailan Ikan Masin

Information berkenaan Chaba Thai Food:
Location: No.17, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Johor Bahru - Tekan SINI (terus ke map)

Operation Hour: 5pm - 12am

Any information, korang boleh direct visit laman social mereka:-
Facebook: https://www.facebook.com/Chaba-Thai-Food-263463207576649/
Instagram: https://www.instagram.com/chabathaifood_18/

Untuk tempahan boleh direct call mereka di:
Tel No: 0111 - 3077600 (Iruan)


Fuh, bila type balik review food ni, rasa lapar lah pula memalam ni haha. 

So, kepada penggemar makanan seafood, sama ada dalam JB, atau luar JB korang kena try makan dekat Chaba Thai Food ni ok. 

Ok guys, sampai sini je yang sempat huda share. Nanti if free, huda update lagi. Thank you singgah baca blog. 

Selamat malam =D

You May Also Like

17 comments

  1. Tergoda dengan Hoomark Seafood tu...nak juga rasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis, kalau free singgahlah dekat Chaba Thai Food. Serious tak rugi, singgah sana =D

      Delete
  2. Tertinggal satu lagi 1 kat no fon tu..ade tiga 1..hahahah..pemantau aku ni kan 😂😂😂

    Sedap2 makanan kat sini..rugi kalau tak cuba..dah la berpatutan harganya..nanti nak ajak housematekurrr makan kat sini pulak 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takpe no prob. Thanks kak. Tertypo (dah la baru baru sempat approve comment ni, aduhai. Ok dah betulkan). Thanks kak =D

      hahhaa, kan. Tulah kita pun plan nak g sana juga one day =D

      Delete
  3. sedapnyaaaa menu kat sana... tgk gambar rasa terliur lakk huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Rrai, nanti kalau datang JB boleh singgah =D

      Delete
  4. pehhhhh,,,masih segar diingatan kesedapan ikan 2 musim tuhhhhh....tomyam seafood dia pun sedapp,,,,udang goreng tepung diaa tuhhh sekali pandang biasa2 je kan , sekali dah ngapppp haaaa betul2 sedappp...highly rekomen kepada orang2 sekitar jb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. sos gajus dia sedap.
      huda suka tomyam poktek tu, terbayang gak hahahaa

      Delete
  5. Terasa-rasa kesedapannyaaa..
    Nanti nak try juga lagi, pergi dengan perut lapar hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa, tulah sis. datang sini dengan perut lapar baru best hhahahaaa.

      Delete
  6. murahnya set ekonomi dia.ni yang nak pergi terus ni.dekat sangat dengan area office tapi tak perasan pulak kedai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, boleh singgah nanti, dekat sangat tu hehe

      Delete
  7. nanti boleh pergi sini bila time malas nak masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, boleh kak. Tak rugi sebab makanan dia best kot

      Delete
  8. wah semua menu nmpk menyelerakan..yg hoomark seafood tu nmpk plg mengiurkan..haha

    ReplyDelete
  9. hoomark seafood tu mcam best je ..adui...terus terliur wehhh..hahaha

    ReplyDelete