JOM BACA 'karya huda' =D

Farah
3

Assalamualaikum =D



Untuk petang ni, huda nak share salah satu karya huda yang masih lagi dalam pembikinan dan sebenarnya huda pun tak tahu bila nak siap novel huda ni. Yelah, sekarang ni huda tak ada masa sangat nak mula menulis karya huda ni. Busy.


hasil karya huda yang masih belum siap lagi =D



Tapi kalau ada masa, huda akan tulis kejap. Tu pun huda just ambil masa 15-30 minit sahaja (kalau ada idea nak menulis) sebab kerja lain yang bertimbun still ada lagi. Tambahan pula, kalau nak menulis ni kena ikut mood. Kalau ada mood nak berkarya maka adalah idea. Tapi buat masa ni, tengah tak ada idea so kerja - kerja menulis tu tertangguh begitu sahaja. 

p/s : Satu hari nanti, huda nak karya huda di PUBLISH. Dalam erti kata lain, huda nak karya huda di bukukan menjadi sebuah novel. Insyallah. Doakan huda ye, hehe =D

Dekat bawah ni antara hasil karya karya huda. Tapi maaf ianya tergantung SEBAB yang lain belum siap. haha. Di bawah ni adalah petikan dari bab 2 yang huda ambil dari karya huda sendiri. Selamat membaca. *Dah baca, comment tau. =D* 



watak utama dalam karya huda tu. HAHA.
*Eh, tak. Gurau je! :P*

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang, kereta yang di pandu Hakimi Hykal kini betul – betul berada di hadapan pejabat milik keluarga tunangnya. Telefon bimbit di keluarkan, lalu pantas dia mendail nombor telefon bimbit Yaya.

“ Cepat turun, I dekat bawah!”katanya ringkas lalu dengan pantas menekan punat berwarna merah. 
Sepuluh minit kemudian, pintu sebelah pemandu di buka dengan perlahan. Kelihatan si gadis yang di nanti mula masuk ke dalam perut kereta tersebut. “ Assalamualaikum,” sapa Yaya dengan penuh debar. 
Sebaik pintu di tutup, kereta yang di pandu Hakimi berlalu dari situ. “ Waalaikummusalam,” jawab Kimie. “ 10 minit I tunggu, you ingat I ni apa?” marah Hakimi. 
Yaya mengherot mulutnya, “ you ingat I tak ada kerja ke?” perli Yaya. “ Lainlah macam you,” perli Yaya lagi. “ Nak pergi mana ni?” tanya Yaya. 
“ Makanlah!” kata Hakimi keras. “ Lepas tu, kita pergi beli barang sikit. Nanti bila dah dekat tarikhnye, tak payah nak pening – pening beli barang,” bebel Hakimi. 
Yaya mengerut dahinya, “ beli barang?” kata Yaya lurus. “ Barang apa pula ni?” tanyanya lagi. 
“ Barang hantaranlah. Youkan tak sabar sangat nak hidup dengan I,” perli Hakimi. Yaya sudah mencebik. “ Atau you dah beli barang?” tanya Hakimi tanpa nada. 
“ Tak, sebab I tak ready nak kahwin lagi,” balas Yaya selamba. Tiba – tiba kereta yang di pandu Hakimi berhenti secara mengejut.  “ Eh, you ni dah kenapa? Gila ke?” marah Yaya. 
Hakimi memaling kepada Yaya, “ You tu yang gila!” marah Hakimi. Yaya mengangkat keningnya. “ Bukan you ke yang beria bersetuju nak kahwin dengan I, lepas tu apasal sekarang ni cakap tak ready. You jangan nak jadi gila, tiga minggu dari sekarang kita akan diijab Kabulkan,” terang Kimie dengan suaranya yang agak mendatar itu.

Yaya tersenyum. Patutlah mamat ni buat kerja giler kejap tadi, rupanya dia marah pada aku sebab aku tak bersedia lagi untuk jadi isteri dia. Wah, amazing! Eh, kejap! Tapi kenapa pula dia yang beria marah aku, sedangkan dia pun tak rela untuk diijab kabulkan dengan aku kelak. Mungkinkah dia telah jatuh sayang pada aku, mungkinkah dia sudah mula menerima aku sebagai tunangnya? Oh, tidak…Aku telah disayangi oleh seorang lelaki yang kini bergelar artis! 
Kejap…Kejap…Apasal pula aku yang happy sakan. Bukan ke tadi, dia tengah marah aku dan bukannya dia sedang merayu supaya aku jadi isteri dia. Oh, tidak…Matilah aku! 
“ Dah puas berangan?” tanya Hakimi yang sedang menumpukan perhatian pada pemanduannya. “ Sampai mana dah you?”perli Hakimi. Yaya mencebik.

“ Sampai kutub utara dan kutub selatan,” jawab Yaya selamba. Wow! Jawapan aku terbaik! Ha, ingat aku takut sangat dengan kau!  “ Eh, dah kenapa you berhenti dekat sini?” tanya Yaya sebaik sahaja kereta yang di pandu Hakimi berhenti di hadapan butik pengantih yang kini semakin popular di kalangan orang – orang ternama. 
“ Nak tengok baju kahwin,” jawab Yaya tanpa nada. Hakimi keluar dari kereta tanpa menunggu si tunang yang comel itu. Tanpa menunggu lama, Yaya keluar dari perut kereta lalu megikut jejak langkah tunangnya.


Ok, dah baca? So, apa pandangan korang tentang karya huda dekat atas tu? ^_^


 Huda ada memuatkan beberapa karya huda dalam blog ni. Tapi karya tu cuma tulisan - tulisan huda yang ringkas sahaja. Kalau korang nak baca karya huda tu, boleh CLICK SINI.

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah.... Kak Huda memang ada bakat menulis... terbaiklah... mahu tengok novel kak Huda kalau sudah diterbitkan... hehehe.. novel ni mesti kisah percintaan kan???betul ka??? kalau salah,,, saya yang malu... hehehe..kak Huda ada tengok website ni http://ilham.karangkraf.com/ ???? ada karya mom saya di situ juga, Jessy Mojuru... tapi belum diterbitkan lagi... hehehe... kalau ada masa kak Huda bacalah ya... tapi kalau kak Huda busy atau tdk dpt,,, tdk perlu la... nanti mengganggu pula kak Huda.. .hehehe... ok la,, selamat berjaya kak Huda... ^^

    ReplyDelete
  2. Kak Huda memang ada bakat menulis lah . Good Luck eh Kak Huda ! Semoga cita-2 Kak Huda tercapai ! Amin .

    ReplyDelete
  3. terbaik lah :) kalau diterbitkan nak belilah !!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !