About Blog | Owner



Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Page ni menceritakan perjalanan blog huda dari zaman budak sekolah sampailah zaman dewasa. 

Tolak tambah, dekat 9 tahun juga berblogging. Bulan 6, genap 9 tahun.


Permulaan cerita

Niche blog - blog peribadi.

Apa maksud blog peribadi - blog peribadi bermaksud, diari penulis blog tu sendiri. Nak tulis apa pun, bebas. Sebab tak ada specific niche blog.

Tahun 2009 (masa zaman SPM), huda start ada blog. Masa tu, memang anggap blog huda ni sebagai diary je. Ala, budak sekolah tulis, korang tahu jelah macam mana gayanya. 

Masa awal 20-an, tiba - tiba rasa nak active. Tiap - tiap hari ada je update. Kalau rajin, ada je aku belajar edit blog sendiri. 

Fuh. 

Heaven betul masa tu. Zaman tulah.

Kenangan masa zaman active berblogging.
Majalah Remaja, 1 Ogos 2012. 

Since aku umur 23 tahun, aku dah slow down. Sebab masa ni, dah sambung study kat Pahang. Dan berazam nak commit betul dengan study. Walaupun sibuk study (dulu), dan sekarang sibuk kerja pula, aku still update blog. Mesti. Mana boleh tinggal. 

Pantang ada masa lapang, aku update. 

Pantang ada idea, aku update. 

Macam mana boleh dapat job dengan blog? Bukan ke nama blog peribadi. 

Tulah, aku pun pelik tau, haha.

Mana taknye, niat buat blog sebenarnya, suka - suka jer. Tiba - tiba ada orang approach blog kita, untuk review product mereka.

Terharu. 

Alhamdulillah rezeki. Unexpected sebenarnya. 

Walaupun tak banyak, tapi still dapat jugalah job review dalam blog.

Advertorial/Advertisement - TEKAN SINI

Thanks to those yang trust dengan huda punya blog =D.


Owner blog

Sajalah upload gambar masa zaman study dulu.
Sebab rindu nak study balik. Rindu sangat.

Hai.
(sekali lagi, menyapa korang hehe). 

Nama diberi, Farahuda. 

Korang boleh panggil, huda atau farah. 

Umur, meningkat dewasa dan sekarang dah 26 tahun. 

Lahir bila? Bulan 1. 

Asal? Johor.

Dah bekerja (baru setahun jaguh, hehe). 

Background study? - Mestilah budak business admin. 

Lagi apa? Ala...Tak tau nak share apa lagi? Tu jelah kot yang boleh update. 

Apa pun, thanks singgah page ni ok ;)


Edited:4/5/2018