Pelancaran Minuman Terbaru Cool Blog - Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee

Farah
12


Assalamualaikum,

Hye semua,

Korang mesti minat dengan Cool Blog kan. Untuk pengetahuan semua, Cool Blog telah beroperasi selama 11 tahun di seluruh Malaysia. Wah, lama tu. Dulu masa diploma, huda memang sangat gemar dengan cool blog ni. Nak cakap, time outing je memang takkan lepaskan peluang nak pergi beli cool blog. Masa tu pula, Cool Blog memang baru buka kot dekat area huda belajar. Apalagi, gasak pergi beli, hehe. 

Oh ye, hari tu 17 Januari 2019, Cool Blog ada buat pelancaran minuman terbaru di Paradigm Mall, JB. Minuman Terbaru diberi nama "Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee", bersempena dengan Kempen Hari Harimau yang akan berlangsung selama 3 bulan. 

Apa yang menarik dengan Minuman Terbaru ni?
Of course lah menarik. Seperti yang kita sedia maklum, setiap minuman dekat Cool Blog ni, dia ada 'pembawakan atau penarik dia tersendiri', rasa airnya pun sedap sangat. Kalau korang nak tahu, Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee ni, dibuat dari gula perang premium yang juga digelar sebagai gula hitam harimau. 

Yang berjalur - jalur tu, digelar cakaran harimau yang diperbuat dari gula perang premium. 

Rasa dia, sedap sangat. Ditambah pula dengan bubble tu, tambah - tambahlah sedap dia. Rasa macam nak repeat je beli next time, hehe. 

Harga RM6.50, 700ml

Tempoh Promosi. 
Tempoh Promosi minuman terbaru ini akan berlangsung selama tiga bulan, bermula pada 15 Januari 2019 hingga 31 Mac 2019, yang juga menawarkan pelbagai promosi, acara dan ganjaran yang menarik buat para pelanggan. 

Bukan tu saja, dengan setiap pembelian RM10 dan ke atas, korang berpeluang mendapat tatu harimau free, baucer diskaun, belon khas untuk si cilik, dan juga berpeluang untuk mengambil gambar di papan foto sepanjang kempen "Hari Harimau" berlangsung. 

Nilah dia papan foto sempena kempen "Hari Harimau" tu. 

Rimau Dance Challenge Competition #rimaudancechallenge
Ha, jangan tak tau sepanjang promosi kempen "Hari Harimau" ni, pihak Cool Blog Malaysia, ada buat challenge untuk korang semua tau.  

Cara penyertaan Challenge ni. 
1. Korang kena pergi tengok tutorial dance challange ni dekat Facebook dan Instagram Cool Blog Malaysia.

2. Lepas tu, start menari ikut tutorial dance challenge tu.

3. Upload dekat laman social dengan tag @coolblogmalaysia dan hashtag #RimauDanceChallenge #coolblogmalaysia.

4. Maklumat lain: Pertandingan ini akan berlangsung bermula 15 Januari 2019 hingga 15 Februari 2019. 

Hadiah? 3 pemenang akan dipilih (individu atau berkumpulan), dan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM1000.00. 

Temui Skuad Suria FM.
Sepanjang tempoh promosi ni juga, korang berpeluang berjumpa dengan skuad dari Suria FM. Jumpa Skuad Suria FM pun boleh dapat hadiah tau, tapi sebelum dapat hadiah korang kenalah join game atau aktiviti yang diorang anjurkan. 

Ok dekat mana korang boleh jumpa dengan Skuad Suria FM ni?
17 Januari - Cool Blog cawangan Paradigm Mall JB
31 Januari - Cool Blog cawangan Tesco Mergong, Alor Star Kedah
2 Mac - Cool Blog cawangan Melawati Mall, Kuala Lumpur
9 Mac - Cool Blog cawangan Tesco Klang

So kepada mereka yang berdekatan bolehlah beramai - ramai pergi dekat cool blog, rasai sendiri kenikmatan minuman terbaru cool blog ni, dan sekaligus boleh berjumpa dengan Skuad Suria FM. 

Team JDT Blogger bersama DJ Suraya


Team Cool Blog Malaysia


Vlog huda dekat youtube - Pelancaran Minuman Terbaru Cool Blog - Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee

Oklah sampai sini sahaja yang sempat huda share dengan korang semua. Nanti kalau ada masa huda share lagi ye. 

Thanks korang singgah dan baca entry dekat blog huda.







Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah nampak meriah. cantik edit video :)

    Selamat pagi http://www.imaginasiklasik.com

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haha kan kak sedap. macam nak repeat lagi je =D

      Delete
  3. wuhuu sangat sangat menarik minuman cool blog terbaru ni! nampak sedap bangatt hehehe. nanti nak cuba lah kalau ada kesempatan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, mesti cuba. sebab sekali cuba dah terpikat, haha

      Delete
  4. cakaran harimau auwmm tuhh bukan sembarangan.. sekali dah minummm terus bertenaga. hahahahaa.. 🤩🤩🤩

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !