Selepas setahun lebih pakai braces

by - August 03, 2018



Assalamualaikum =D


Hi,

Pertama sekali, pakai braces ni struggle jugalah. Lagi - lagi masa baru - baru pakai. Sebab kita tak biasa pakai braces, tiba - tiba pakai. Tak ke terkejut gigi kita kena ikat. Ha, macam tulah istilah dia nak biasakan diri dengan pakai braces. 

Lepas tu, baru - baru pakai, gigi kadang - kadang rasa jongang dan nampak jongang 😂🙊🙈. Tapi dah pakai, kenalah redha. 

Masa first time pakai braces, pernah je aku tak sentuh nasi, segala ikan, ayam even sayur pun. Yang agak keras tu, aku tak sentuh. 

Apa aku makan? Bubur. Ni jelah makanan yang sudi aku sentuh selama hampir sebulan.

Mujur practical kat hospital dulu, adalah lauk sambal goreng (ala jawa) tu, yang ada tempe, tahu bagai. Tulah jadi juadah hidangan makan tengah hari aku masa aku practical (bulan 3/2017 sampailah habis practical). Dekat rumah pula, mak masakkan bubur.

Dekat minggu ke - empat, barulah aku beranikan diri makan nasi. Tu pun, mak akan masakkan nasi yang lembut, dan lauk yang tak berapa nak keras. Ikan, telur dan sayur. 



Selepas beberapa bulan dah 'selesa' dengan braces, dah boleh makan ayam, ikan, nasi, semua tu. Maka, apa lagi aku makan jelah macam biasa. 

Tapi, setiap kali balik treatment (yang akan dilakukan pada setiap bulan), aku mesti akan makan makanan yang soft, ataupun makan je, makanan yang mak aku masak. Style makan, slow motionlah sikit. Sebab tak boleh kasar sangat, karang kena patah balik pergi klinik, betulkan besi pengikat yang tercabut tu. 

Sekarang pun, makan kena careful. Tak makan yang liat sangat, yang keras sangat. Kalau dulu, semua makan je. Sekarang ni, cepat pasrah, hehe. 

Pernah tak besi pengikat tertanggal?
Eh, apa pula tak pernah. Mestilah pernah. Masa baru - baru pakai je dulu. 

Sejak dua, tiga kali, besi pengikat aku tercabut, jadi aku dah 'insaf' sikit dan behave bila makan. 

Jenis treatment?
Ok jenis treatment ni, based on condition gigi pesakit. 

Ada bulan, yang tukar je besi pengikat tu. Ada bulan, doctor buat treatment. So macam tulah, silih berganti treatment bila pakai braces ni. 

Mujurlah aku dapat doctor yang sporting, so macam takdelah aku bosan berhadapan dengan treatment setiap bulan tu. Pernah je, doctor tengah buat treatment, dia pergi buat lawak. Dahlah dalam masa yang sama, aku tengah menahan sakit. Dan dalam masa yang sama juga, aku kena tahan ketawa. Sabar jelah  haha 😂😂😂.

Berapa kali kena pergi treatment sepanjang pakai braces?
Depends on the doctor. Macam doctor aku, sebulan sekali kena datang buat treatment. Tapi pernah je delay sampai dekat dua bulan.

Bak kata nurse kat situ, jangan lebih 3 bulan. 

Kenapa?
Sebab braces ni, dia akan bagi 'petanda - petanda', yang dia memang nak kena pergi treatment dah.

Kalau macam delay, lambat je. Nanti terasa braces 'longgar' dan rasa tak selesa. So pergilah tukar pengikat baru dan buat treatment ye. 

Apa benda yang paling tak sabar?
Aku paling tak sabar nak buka braces weh. Tu je. 

Sebab sekarang treatment dia tak 'friendly' rasa, huhu. (Macam huda cakap tadi, dia based on condition gigi pesakit). Sebab tu huda rasa macam treatment lately tak berapa nak 'friendly' macam selalu. Sebab lepas treatment je, sakit dia macam apa je rasa. Pening kepala lain macam kot.

So oklah, sampai sini je yang huda sempat share. Thanks singgah dan baca entry kali ni =D

You May Also Like

7 comments

  1. Pernah survey nak buat braces. Lepastu duit nak buat braces buat pergi beli laptop. Hahahaha. Tangguh lah dulu hehehehee. Hampeh tullll

    ReplyDelete
  2. bertabahlah ye pakai braces hehe

    ReplyDelete
  3. Pernah dulu nak pakai gak, tapi banyak betul baca review semua kata sakit, terus tak jadi, dah le Sis ko ni pemakan orangnya hahahaha

    ReplyDelete
  4. Saya mula-mula pakai dulu lepas ketatkan balik every month takdelah sakit sgt. Tapi sekarang ni sakit die lain macam sampai ke otak haha. Harap-harap ni petanda dah tak lama nak bukak. haha..

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
  5. I dah 2 tahun pakai braces, tak sabar nak bukak even though tak nampak beza sangat alignment gigi ni diperbetulkan. Tapi nak bukak sebab tak sanggup nak pakai. Seksa T_T Maybe nak bertahan sampai hujung tahun je. Ni pun my getah braces dah tanggal sebab tak pantang makan hahaha

    ReplyDelete
  6. rumit jugak treatment dia ya..memang salute la dekat orang yang pakai braces ni..kawan akak pun ada sorang yang pakai dulu, sebab gigi dia berlapis..memang banyak prosedurnya dari cabut gigi-gigi geraham sampai la sekarang da cantik da gigi dia..chaiyok huda! you can do it! ecewahhh

    ReplyDelete
  7. Fuhyooo, teringin nak try....lehla kuruss japgii, makan buburr je...bahahaha~
    Tak sabar gan nak nengok hasilnya tuu, heheh

    ReplyDelete