Resepi Ikan Kukus Paling Simple

by - June 23, 2018



Assalamualaikum, =D


Hi,

Aku ni bukan reti masak sangat. Kalau masak sardin tu, memang power lah, haha ✌. 

Jadi disebabkan tak berapa pandai masak sangat, aku masak jelah masakan yang simple - simple. Dah nama simple, campak jelah semua bahan. 

So hari ni, nak share salah satu resepi yang memang simple, dan nak masak pun senang.


Resepi Ikan Kukus
Bahan - bahan
1 ekor ikan siakap (nak masak sekor terus boleh, nak potong ikan tu pun boleh),
1 atau 2 biji bawang besar (dihiris nipis),
2 ulas bawang putih (dihiris nipis),
1 inci halia (dihiris nipis)
beberapa tangkai cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang korang nak),
2 atau 3 biji limau nipis (ambil jus dia je),
3 atau 4 keping daun limau purut,
2 batang serai (diketuk)
satu cawan air asam jawa
satu cawan air biasa
garam secukup rasa
ajinamoto secukup rasa

cara - cara memasak. 
1. Siang ikan siakap dan basuh dengan bersih,
2. Didihkan air dalam periuk (untuk mengukus),
3. Sediakan loyang, lumurkan ikan siakap yang telah disiang dengan garam dan ajinamoto secukup rasa, 
4. Masukkan satu cawan air asam jawa, satu cawan air biasa, jus limau nipis, serai yang telah diketuk, daun limau purut ke dalam loyang tadi, 
5. Kukuskan seketika sehingga ikan separuh masak, 
6. Masukkan pula, bawang merah, bawang putih dan cili padi, dan halia yang telah dihiris nipis,
7. Kukus ikan tersebut sehingga masak.
8. Dah siap. Boleh hidangkan dan menjamu selera seisi keluarga.

Simple je kan?
Selamat mencuba =D

Resepi - resepi yang paling simple - Tekan Sini

You May Also Like

5 comments

  1. simple .. jarang makan ikan kukus haha ~
    Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. aduii...ikan siakap beb...confirm sedap ni!!

    ReplyDelete
  3. Saya yang tak berapa pandai masak ni pun rasa simple hehe

    https://theelya.blogspot.com/

    ReplyDelete