Monalisa - 30 episode lagi

by - May 29, 2018



Assalamualaikum,=D

Hi semua.

Monalisa merupakan salah sebuah drama, yang juga turut diadaptasikan dari sebuah drama korea, yang bertajuk The Women Room. 

Image result for review monalisa drama
Total episode 80. 
Dah ditayangkan - 50 episode. So bermakna ada lagi 30 episode yang masih belum ditayangkan. 

Memandangkan drama ni, ditayangkan pada pukul 6 petang (Isnin hingga Jumaat), waktu aku bekerja. So aku decide, akan tengok drama ni bila aku free. Senang. Sebab boleh marathon sekali, mana episode yang aku terlepas tengok tu.

Hari demi hari, aku geram je dengan perangai Ramona tu. Kesian kat Melissa. Well said, ada chef adam, siap lah dia lepas ni. Ingat boleh terlepas. Tapi, bila nak habis? Aku penat dah tengok drama Ramona yang jahat gila tu. Emosi gaklah tengok drama ni, dengan kejahatan Ramona tu. 

Sedikit review drama adaptasi Monalisa. 
The Women Room, ada 100 lebih episode. Bila diadaptasi, jadi 80 episode jer. 

Monalisa diambil sempena dengan nama hotel, dalam drama korea "The Women Room". Bila diadaptasi, jadilah watak "Mona" dan "Lisa". 

Melissa(Mel) merupakan penolong naib president hotel, yang diwarisi oleh keluarganya. Dalam drama ni, Melisa digambarkan mempunyai peribadi yang baik dan sopan. Dah lah baik, kaya pula tu. Melisa bercinta dengan Johan, yang merupakan pengurus hotel. Tetapi hubungan mereka, tidak direstui oleh bapa Melisa, pemilik hotel. 

Melisa dipertemukan dengan Ramona, sehingga mereka menjadi kawan baik. Bila dah nama kawan baik, mestilah Mel layan Mona tu dengan baik sekali. Mel pula, siap ajak Mona tinggal dekat rumah keluarga dia sekali. Tapi disebalik kebaikan Mel pada Mona, Mona ada hasad dengki dan cemburu pada sahabat karibnya itu. Dalam diam, dia merancang pelbagai strategi, untuk jatuhnya Melisa. Sehinggalah dia berkenalan rapat dengan salah seorang Lembaga Pengarah, hotel berkenaan.

Pula tu, Lembaga Pengarah tu juga ada muslihat yang sama, nak jatuhkan keluarga Mazlan (bapa Melisa). Kemelut demi kemelut berlaku, hinggalah Mazlan dipenjarakan dan dituduh pecah amanah. Melisa pula dipecat sebagai Naib President hotel berkenaan. Secara tak langsung, Mona dinaikkan pangkat sebagai Naib President.

Dalam kesusahan dan kepayahan Melisa, nasib baik ada Chef Adam yang sudi tolong Melisa sekeluarga. Tapi, tak lama. Sebab keluarga Adam tak restu hubungan mereka. Akhirnya, Melisa menjauhkan diri dari Chef Adam, dan menerima tawaran dari rakan karibnya (yang dulu belajar sama - sama diluar Negara). Satu jawatan diwujudkan di Loreal (iaitu salah sebuah syarikat luar negara yang bekerjasama dengan hotel tersebut). 

Tapi cerita tak habis kat situ. Ramona masih tidak berpuas hati dengan kewujudan Melisa di hotel berkenaan. Bermacam lagi strategi yang dia plan, untuk jatuhkan Melisa. Melisa pula sekarang, tak duduk diam. Dia dah semakin berani lawan Ramona yang dah tikam belakang dia. So, dapat ke Melisa ambil balik apa yang Ramona dah rampas apa yang dia ada dulu? Dan dapatkah Mel dan Adam bersatu kembali?

Sama - samalah kita follow up cerita ni. 

So guys, kalau nak tengok online boleh click dekat laman web Youtube atau dfm2u.

Oklah sampai sini je, yang sempat huda update. Nanti kalau free, huda update lagi =D

Thanks singgah blog huda.

You May Also Like

0 comments