Kerja

by - March 23, 2018



Assalamualaikum, =D


Hi semua, 

Alhamdulillah, dah nak setahun aku bekerja dalam bidang logistic. 

Logistic?

Ye, jauh benar dari dunia belajar aku, yang menjurus kepada business admin. Tetibe kerja, melangkah jauh nun ke bidang logistic. 

Duduk bahagian operation, handle driver dan handle operation, etc etc...

Setiap pekerjaan ada cabaran masing - masing. 

Aku masih di dalam keadaan yang perlu improve dan banyak yang perlu aku belajar. 

Image result for work tumblr

Benarlah orang kata, bila dah habis belajar, kau kerja je apa jua bidang. Ambil je peluang mana yang ada. Kalau nak tunggu peluang course kau, entah sampai bila nak dapat? Katakan boleh, selagi tak cuba, selagi tulah kita rasa tak boleh. Itu juga dinamakan kita mencabar diri kita, dan itu juga adalah satu cabaran. 

Memang benar, bekerja ni amat mencabar dari segi mental dan fizikal.

Motivation diri? Hah! Mestilah kejap motivation aku turun, naik dan maintain. Semua situasi ada. Kadang bila dah workload, which is kerja terlalu banyak, rasa macam nak lari kejap, ambil angin dan continue buat kerja.

Related image

Sampai pernah google, tengok youtube, semata - mata nak dapat motivation. Ya Allah...Punya struggle. Lagi masa mula - mula, melangkah dalam dunia kerja ni. Macam - macam cara aku cuba buat, untuk rasa ngam dalam pekerjaan aku sekarang ni. Tapi Alhamdulillah, at last dapat juga motivation tu. 

Mak abah, macam biasalah one of orang yang terpaksa dengar aku mengadu itu dan ini. Kawan - kawan baik pun sama.

Kesimpulannya, aku masih banyak lagi benda yang kena belajar. Apa pun, thanks buat mereka yang tak putus ajar, dan memberi nasihat untuk aku improve.

Ok, sampai sini saja sempat menulis. Nanti ada masa sambung lagi.

Sekian...
Assalamualaikum =D

You May Also Like

4 comments

  1. Bertabahlah dik. Dunia pekerjaan ni memang agak kejam. Kadang-kadang kita kena pijak, kadang-kadang kita yang memijak. Apapun, jadilah bijak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, thank you akak for the advice =D

      Delete
  2. yup betul tu dan setuju sangat!
    nak tunggu sampai dapat kerja yang kos kita ambil tu, cerita dia memang tak akan dapat pengalaman bekerja.

    selamat menempuhi dunia pekerjaan dengan jayanya!
    all the best farah! ^_^

    ReplyDelete