Hang out dekat KL kejap

by - March 17, 2018



Assalamualaikum, =D

Hi semua,

I'm back!

Rindu gila nak update entry ni. Maklumlah bila dah sibuk dengan kerja, balik rumah, adalah masa dengan diri sendiri dan keluarga. Nak buka laptop, rasa macam haisyh tak menyempat den. 

Pergi KL hari tu, sebab nak attend majlis pertunangan kawan kami, yang dibuat secara kecil - kecilan. Walaupun hanya bertunang, tapi of course lah kalau ada masa terluang, memang kami akan pergi kejap. Lagi pun, selain attend majlis tunang, Inilah masa nak spend time with buddies. Ye tak?

Lepas habis je belajar, semua sibuk dengan kehidupan masing - masing. More to family dan kerja. Pula tu, semua duduk di negeri yang berbeza. 

Sabtu, 10 Mac. 
Pagi - pagi dah bertolak dari rumah ke stesen bas, JB. Sampai - sampai je, terus pergi tukar tiket dekat kaunter tukar tiket, (senang tinggal tukar tiket je, sebab dah beli tiket seminggu awal). Dan ini pertama kali aku naik bas dekat JB, siap kena tukar tiket bagai. Sebab Terminal JB sekarang, dah buat sistem ala - ala TBS. Jangan cakap aku tak pernah naik bas ek, haha. Sebelum ni mereka still guna system lama, which is beli tiket kat Kaunter dan terus naik bas. 

Cuma baru beberapa bulan ni je, yang dok kena tukar tiket macam kat TBS tu. Memang lain, sampai sendiri rasa macam baru pertama kali naik bas kat JB. Padahal dari beberapa tahun lepas, time study memang asyik berulang alik dari tempat study ke JB dan JB ke kolej/universiti.

Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Pukul 9.15 pagi,bertolak dari JB ke TBS. 

Sampai TBS, pukul 1.26 tengah hari. 

Sampai - sampai je TBS, terus gagah amik phone, snap gambar dan bagi kat group family. 
Lepas tu, call kawan tanya kat mana. 

Basically aku dengan kawan aku rancang nak jumpa kat TBS. Seorang dari JB, seorang dari Kuantan, dan seorang memang duduk kat KL, tapi jumpa kat TBS. Lepas tu, barulah kami bertiga ke rumah kawan kami di area Kepong. 

Sampai - sampai je TBS, terus cari makanan. Aku dengan Ummi, terus melangkahkan kaki ke food court kat TBS tu.

Memandangkan Ummi cakap, nasi kerabu dia sedap. So aku pun, setuju nak makan nasi kerabu hari tu. 
Aku bukan boleh dengar orang cakap, nasi kerabu ni sedap. Terus je setuju nak makan ✌.

Lepas makan, kiteorang bertiga terus ke terminal KTM.
Dari TBS ke Kepong. 

Dan inilah pertama kali aku naik KTM dekat KL, haha. Maklumlah dok JB, paling tak yang selalu ada bas dengan teksi. Atau sekarang ni dah ada grab, so naik grab je. Kalau ada kereta, of courselah memasing bawa kereta. Normal. 

Sambil - sambil menunggu train sampai, kiteorang ni dok berbual dan saling bertukar cerita. Jadi sepanjang menunggu train, dan sepanjang perjalanan, tak adalah bosan sangat sebab ada member nak berborak. 

Sampai Kepong dah pukul 5 petang macam tu. Fuh, kami yang masing - masing dari JB, dan Kuantan dok menahan je, padahal masing - masing dah penat. Sampai Kepong, siap singgah shopping complex, lepak jap sambil bertukar cerita dengan Bainun pula, dan singgah beli barang sikit, sebelum balik rumah Bai.

Malam tu pula, lepas tengok orang pasang mini pelamin Bai, dia pun dok ajak kiteorang makan kat area rumah dia. 

Thanks Bainun, for the treat! =D

Ahad, 11 Mac
Hari yang dinanti - nanti telah tiba. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Selamat Bertunang Bainun =) . 

Yeah, complete with Gegadis. 
Kami dok menunggu azu dari semalam, memandangkan dia sampai KL tengah malam, jadi berborak pun esok paginye, hehe. 

Selesai sahaja majlis, petang tu, kami yang lain masing - masing meminta diri untuk pulang. Maklumlah, esoknya (Isnin), masing - masing kerja. So basically, kiteorang tak ada singgah mana - mana pun, selain pergi sana, semata - mata nak tengok Bai bertunang dan dalam masa yang sama, jumpa kawan - kawan kejap. Tu pun dah happy kot rasa. 

Anyway guys, sampai jumpa lagi, InsyaAllah =D

Memasing 'pinjam' Bai punya pelamin, dan ambil gambar (dengan niat saja - saja je, sebab pelamin Bai walaupun simple tapi nampak cantik. So saja nak ambil gambar kenangan, gitu...)
Sampai ada kawan baik aku kat JB, whatsapp aku. 'Amik berkat ke semalam? Mana tau kau tak lama lagi'.
I was like, 'Hisyh....InsyaAllah doakan'.

Umur - umur macam aku ni, memang normallah ramai orang bertanya, bila nak kahwin, bila nak tunang, dah ada boyfriends ke? Hurm... Walaupun sebenarnya sikit bosan dengan soalan 'clishe', tapi I is redhooo jelah. 
Takpelah doakan baik - baik (ni jelah jawapan yang mampu aku berikan).

Fuh, siap menaip akhirnya. Thanks singgah blog dan baca entry huda. InsyaAllah, kalau ada apa - apa, nanti huda update lagi. 

Sekian,
Assalamualaikum.

You May Also Like

2 comments

  1. Bagusnye lah awak sanggup turun dari JB ke KL semata-mata nak attend majlis tunang kawan awak

    ReplyDelete
  2. awwwww kwn akak mesti terharu dengan akak :D
    follow sini #2956

    ReplyDelete