Something to remember - on January

by - February 03, 2018



Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Orang cakap, kalau kita nak happykan diri sendiri, buatlah satu dreams yang kita boleh capai. Dreams tu, kenalah ikut kemampuan diri sendiri. Sama ada big dreams atau small dreams, tak kisahlah. 

So Alhamdulillah, untuk January aku berjaya fulfill beberapa small dreams aku. Konon, reward diri sendiri. Insyallah, future hopefully dapat fulfill big dreams pula. Tak semua, satu pun cukup hehe.

1. Kek

Aku ni, nak kata hantu kek, tak juga. Kalau rasa nak makan, baru beli. Kalau beli kek pun, satu slice tu kira memadai sorang makan, dan boleh bawa ke dua hari 😂😂. Sebab kalau satu slice tu besar, memang tak habis (tu yang masuk peti ais, simpan). Kalau kecil, boleh habis cepat. 

Selain secret resepi, kek Haziqah Mazlan pun favourite aku juga. Kek yang paling aku suka (by Haziqah ni), red velvet. Sedap. 


Belly Treats JB - by Haziqah Mazlan.

Semua kek dia sedap guys. Homemade punya kek. Memang aku recommend dekat korang. So kalau korang kat area JB, boleh singgah sini. Kalau nak kek best - best kena call dulu kot, buat order. Hari tu aku pergi time lunch (waktu office hours), kek dia tinggal segitu je (seperti dalam gambar di atas). Nasib baik kek yang aku nak tu ada, so oklah tak kecewa hahaha. 

Kek coklat dia pun sedap. Semualah, sedap. Pavlova dia pun, nice juga. 

Boleh jamu mata kat instagram Belly Treats JB ni. 
(Tekan gambar untuk ke laman instagram mereka)


2. Tengok wayang
Aku memang bukan jenis kaki wayang. Kalau terasa nak tengok wayang, baru pergi. Kalau orang ajak, baru pergi. 

Disebabkan hari tu ada movie Jumanji, which is yang aku layan dari aku kecil dulu (siri pertama), tu yang teringin juga nak tengok Jumanji 2 ni. Pula tu, dengan office mate cerita, Jumanji best, lawak gila etc etc lah comment diorang tu. Tu yang buatkan aku beria nak tengok.

Kebetulan hari tu ada member ajak keluar, alang - alang aku ajak dia pergi tengok wayang. Nasib baiklah budak sorang tu yang bernama Yana, sudi layan I, ahhahaha. 

Image result for JUMANJI 2
Maka dengan itu, kita pun tengoklah movie ni. 

Muka budak banyak happy masa ni. 
Dalam hati, ok ok takpe reward diri sendiri 😅😅😅😅.

Cukuplah kita reward diri kita bulan January dengan kek dan wayang, hehe. Alhamdulillah, at least dapat bagi 'hadiah' pada diri sendiri selepas penat lelah bekerja. Ewah, ayat dia...

3. Its my birthday =D
26 January,

Thanks mak abah for the kek.
Thanks Zura (my best friends), for the present.
Thanks Yana, belanja KFC. 

Dan terima kasih untuk yang wish dan doa korang buat huda =D . 

27 January
Dinner company. 

Beberapa bulan sebelum dinner, aku beria tau pergi cari baju, geledah almari bagai semata - mata nak pilih baju. Habis semua blouse, semua long skirt aku punggah. 
Tu belum dengan try make up. Haha. 
Aku ingat aku soranglah buat macam tu, jap lagi akak office pun ada cerita benda yang sama.
Ok masalah perempuan bila ada sesuatu majlis, sama. 

Akhirnya...Sehari sebelum dinner dapat decide nak pakai baju warna apa.
Fuh...

First time join dinner company, and look all the driver have fun at the night. Riuh satu dewan tu. Penat gelak je masing - masing. 

Thanks juga, sebab ada surprise birthday party buat kami yang lahir bulan January. Tapi buat I, tak surprise dah, sebab I community. Tengah hari tu, sebelum majlis dah dok discuss dengan MC tentang acara majlis, hehe.  Tapi I kena berlakon, tak tahu  apa - apa pasal surprise birthday party tu. Kang kantoi, tak surprise pula untuk yang lain kan.

Habis muka aku kena selet dengan kek. Sampai ke tudung effect dia weyh.
Disebabkan nak bergambar, lap muka awal - awal. Tu yang muka dah clear, tudung pula tak clear. Tak boleh nak sorok kekotoran akibat di selet tudung tu. Sis redha...
Nasib baik majlis dah habis,kena prank. Kalau sebelum, buat sedih jer haha. 

Last but not least, walaupun tak menang lucky draw at the night (tak luck I malam tu haha), tapi Alhamdulillah menang best dress =D
Thanks guys! =D
Ok tu, I kira sebagai hadiah birthday I lah, hehe.

Oklah hari dah malam, sampai sini saja yang sempat huda update. 

Nanti if free, ada idea huda update lagi. Thanks singgah baca entry kali ni. 


You May Also Like

2 comments

  1. happy belated birthday.. sy pon sama bulan 1 jugak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks.
      Happy belated birthday juga =D

      Delete