Pengalaman pakai braces (almost 9 month)

by - February 04, 2018



Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Sebenarnya aku lupa aku dah pakai berapa lama dah braces ni. Tapi bila aku kira - kira, almost 9 month dah aku pakai.

Macam mana, best tak?

Masa pertama kali pakai tu, dekat sebulan kot aku tak sentuh nasi. Sebab, dah nama pertama kali, kira macam diri baru nak sesuai dengan braces tu. 

Even ayam, atau makanan yang keras aku tak makan. Sebab memang tak boleh nak makan langsung (tak tau nak terangkan lebih lanjut macam mana, yang pakai braces je kot faham, hehe).

Bulan kedua, ketiga dan berikutnya, aku dah boleh makan nasi, berlauk ayam, ikan, daging, etc etc. But still tak boleh nak push sangat, makan makanan yang keras atau liat (seperti daging yang kurang empuk). If rasa tak boleh kunyah, tak boleh gigit, jangan beria paksa. Sebab karang braces kau tebuka baru tau.

Masa first time pakai, dua tiga kali gak terbuka. 

Dah kena pergi klinik balik, ikat semula. 

Lepas dari tu, terus insaf tak paksa diri untuk makan benda keras sangat. 

Masa ni baru - baru pakai braces. 

Tips sebelum pakai braces. 

1. Survey macam mana diorang pakai braces, kat mana diorang buat, sakit ke idok pakai braces ni, etc etc..

2. Survey harga.
Braces ni sama jer semua. Tapi setiap klinik berbeza harganya. Ada yang murah, ada yang mahal. So pilihlah mana yang ok. Terpulang pada diri sendiri dan ikut kemampuan.

3. Jumpa doctor.
Nak pesan kat korang, janganlah jumpa doctor fake (yang belajar pasang braces kat youtube tu). Better jumpa dentist. 

Sebab treatment braces ni, bukan sekali dua tau sepanjang pakai braces. Tapi berbulan - bulan. Contoh doctor jangkakan, kau akan pakai braces dalam masa dua tahun. Sepanjang dua tahun tu, dalam setiap bulan kau kena jumpa doctor untuk buat treatment.

Treatment pula, doctor tu sendiri akan tentukan based on patient. Setiap patient berbeza cara treatmentnya. 

So better jumpa dentist. Tak kisahlah nak jumpa dentist dekat kerajaan atau swasta. Terpulang.

Masa pakai braces.
1. Kena disiplin jumpa doctor/dentist.
Bila korang dah pakai braces, tiap - tiap bulan korang kena jumpa doctor. Kalau ter miss nak jumpa doctor, paling lambat dua bulan lah gap. Jangan nak gap lama - lama. 

Karang, korang yang tak selesa dengan keadaan gigi korang sendiri. Sebab tu, doctor selalu pesan, bulan depan datang lagi. (Maksudnya, setiap bulan kena datang).

2. Berus or kumur.
Lepas makan kenalah selalu berus or kumur. Kang nanti ada yang terselit celah braces, dah sendiri yang malu. 

So kena pandai - pandai jaga, macam mana nak kasi gigi bersih lepas makan. 

3. Jangan paksa gigit benda keras/liat.
Dah kalau rasa macam tak boleh nak gigit benda keras/liat masa pakai braces, janganlah awak gigit. Karang ada braces terbuka, dah pula kena jumpa doctor lagi. 

Sakit tak pakai braces ni?
Pertama sekali, korang perlu tahu yang keadaan atau condition gigi setiap pesakit adalah berbeza. So, sakit dia pun tak sama. 

Ada yang condition gigi dia ok, cuma dia nak ratakan lagi. Mungkinlah, rasa tak sakit sangat. Kalau sakit pun sikit.

Ada pula, condition gigi yang agak teruk, yang sakit dia tu tak menahan. Kadang sakit sangat, sampai satu tahap, ubat yang boleh melegakan sakit gigi tu, adalah tidur. 

Jadi setiap pesakit mempunyai pengalaman yang berbeza bila pakai braces ni. 

Latest picture. 
Almost 9 month wearing braces. 

Oklah, sampai sini jer yang sempat huda tulis. Next time kalau ada masa, huda update lagi entry dalam blog ni. 

Assalamualaikum =D

You May Also Like

13 comments

  1. pernah terfikir nak pakai. tapi takutttt. hehe

    ReplyDelete
  2. good luck braces, bape taun tu kena pakai??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks awak.
      In about 2 years macam tu

      Delete
  3. Azab nak pakai braces ni masyaAllah memang azab teruk. Sampai sekarang menyesal pakai braces xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan.samalah, kadang rasa nak buka

      Delete
  4. Replies
    1. ye awak, memang sakit.
      Tapi sakit tu based on orang juga dan treatment yang doctor buat. Sebab treatment ni pun kadang - kadang berbeza ikut keadaan gigi seseorang.

      Delete
  5. Sakit nye masa awal2 pakai braces. Skrg dh tak sakit sangat n boleh makan ape je haha. Tak sabar nak tunggu gigi cantik hehe.

    http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
  6. kalau perlu pakai memang berbaloi

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. yup ada.
      so bila rasa longgar tulah, kena terus jumpa doctor dan ketatkan balik.

      Delete
    2. Yup.tp kn dia ketatkan tu mse appoinment sbulan skali je.

      Delete
    3. Yup.tp kn dia ketatkan tu mse appoinment sbulan skali je.

      Delete