Resepi Agar - Agar Longan yang simple

No Comments


Assalamualaikum =D

Hi semua,

Sebenarnya dah lama plan nak buat agar - agar, sebab teringin sangat. Yelah dulu, masa study rajin juga buat agar - agar ni. Bila dah kerja, tak terbuat pula. Kebetulan tadi, beli barang dapur kat supermarket, tu yang alang - alang beli bahan - bahan nak buat agar - agar sekali.

So hari ni, sajalah nak share resepi agar - agar longan yang sangat simple. 

Masak dia pun tak lama, kejap jer. 

Image may contain: food
Bahan - bahan dia pun sikit jer.

Bahan - bahan. 
1. Satu tin longan
2. Satu tin susu sejat (susu cair)
3. Gula secukup rasa
4. Satu packet agar - agar. 

Cara - cara. 
1. Sediakan periuk, panaskan air (setengah periuk) dan biarkan ianya mendidih. (api jangan besar sangat).

2. Masukkan satu packet agar - agar ke dalam air yang sudah didihkan tadi, dan biarkan agar - agar tu larut.

3. Sambil nak tunggu agar - agar tu larut, asingkan air dan buah longan dibekas yang berasingan. Kemudian carik - carikkan buah longan tu jadi kecil.

4. Bila agar - agar dah larut, masukkan air longan (yang telah diasingkan tadi). Kemudian masukkan pula susu cair dan gula secukup rasa. (Kalau kurang manis, boleh tambah gula lagi). Gaul rata, dan biarkan ianya mendidih seketika.

5. Bila dah ok semua, masukkan buah longan yang dah diracik tadi. Gaul rata, dan biarkan ianya mendidih seketika. Bila dah mendidih, tutup.

6. Ambil bekas, masukkan agar - agar yang dah siap tadi dalam bekas. Biarkan ia sejuk seketika (suhu bilik).

7. Bila dah sejuk sikit, seperti keadaan suam - suam kuku (tak terlalu panas, tak terlalu sejuk), masukkan dalam peti ais selama beberapa jam.

 agar - agar longan yang dah sedia untuk di masukkan dalam peti ais.

Sebelum masukkan dalam peti ais tu, korang wrap lah dulu guna wrap makanan. So takdelah terdedah gitu je dalam peti ais. 

p/s: "keadaan suam - suam kuku (tak terlalu panas, tak terlalu sejuk)", keadaannya seperti dalam gambar ni (I can't explain well, sorry haha). 

8. After beberapa jam, bolehlah potong cantik - cantik dan hidangkan untuk dijamu.

Selesai. Senangkan?

Selamat mencuba =D

Thanks singgah entry kali ni.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments

Post a Comment