Kapten Steamboat & Grill - JB

Sunday, October 15, 2017



Assalamualaikum, =D


Hi semua,

Pertama kali huda singgah sini beberapa bulan lepas, dengan kawan - kawan satu office. Bos belanja kami berbuka puasa di sini.

At that time, ramai sangat yang pilih Kapten Steamboat dan Grill ni, sebagai salah satu tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga, mahupun sahabat handai. 

Semalam pun huda singgah sini dengan keluarga. Semalam datang lambat sikit jer, dah penuh dah kedai tu.. Tapi nasib baiklah, ada meja kosong untuk kami satu keluarga. Ramai betul orang semalam, pula tu weekend kan.

Kapten Steamboat and Grill. 

Alamat: Taman Suria Muafakat, 81200 Larkin, Johor (JB) 
Direction - CLICK SINI (google map)

Waktu Operasi 12.15 tengah hari - 11.30 malam

Dekat sini terdapat pelbagai juadah tau. Selain hidangan steamboat dan grill (yang menjadi menu utama restoran ni), terdapat juga beberapa hidangan sampingan yang turut di sediakan. 

Antara hidangan sampingan yang ada di sini:
- Nasi Goreng (ada 2 jenis nasi goreng yang disediakan di sini),
- Nugget and kentang goreng,
- Ice cream (durian, strawberry, coklat and vanilla),
- Cendol,
- Pelbagai hidangan air (Laici, Ice lemon tea, apple, etc etc)
- Salad
- etc etc

Hidangan utama di Kapten Steamboat dan Grill

Pilihan kuah (steamboat) - Sup dan Tomyam

Huda lagi prefer makan kambing grill kat sini. Sangat sedap. 
Ikan dori dia pun sedap. 

Setiap hidangan grill (ayam, ikan dori, kambing dan daging), ada pelbagai perisa. Korang tinggal pilih je, mana yang berkenan di hati.

Of courselah masak sendiri guys. Sambil makan, tangan tak putus dok balik - balikkan hidangan yang sedang di masak. 

Kuah tomyam dan steamboat

Antara menu sampingan yang turut dihidangkan di sini. 


Done for today's entry. Thanks singgah baca blog huda. 

Happy weekend guys, 

Bye, Assalamualaikum =D


You Might Also Like

0 comment di sini.