Cerita di hari minggu

Sunday, October 08, 2017



Assalamualaikum =D


Hi semua,

Tadi huda keluar kejap, sebab ada hal yang nak diselesaikan, ada barang nak beli. Weekend jelah yang sempatnya, nak singgah situ, nak singgah sini. Bila weekday, sibuk dekat office, balik  kerja dok melepak jelah kat rumah. 

Update blog, bila perlu.
Buka laptop, tengok movie/drama online pun, bila perlu. 

Tapi selalu jer online fb and insta (after balik kerja). Kekonon nak release tension jap, haha. 

Kerja so far ok. Errr kekadang tak juga, sebab I'm still new. Yelah, baru 4 bulan kerja weyh. Selama ni, dok university, belajar. Bila dah kerja ni pun, fikir belajar jer, I mean belajar dari pengalaman. 

Sebenarnya hari ni malas nak keluar. Tapi kang, kalau tak keluar, macam mana nak settlekan urusan. So keluar jugalah. Pergi bank je pun, haha. 

Image may contain: one or more people, drink and outdoor
Tiba - tiba, rasa nak minum ice blended mocha ni. Kebetulan Starbuck sebelah bank jer, tu singgah jap lepas settle urusan. 

Huda akan beli, bila nak sangat. Sebab dah terlalu lama tak having some coffee. Yelah, aku dengan coffee ni allergic sikit. Bila minum, confirm pening. Sebab tu, jarang sangat minum kopi ni. 

Tapi bila minum mocha ni, ok sikitlah. Sebab  tak pening sangat. Kalau beli Nescafe tu lagi, effect dia cepat je. Pening weyh. Sampai rasa nak tidur je, lepas minum Nescafe tu. 

Balik dari bank, pergi pula singgah supermarket beli barang keperluan. Dekat 40 minit juga aku kat sana. Biasalah, perempuan kan. Mana nak sekejap. Lagi kalau shopping baju, confirm ambil masa satu jam lebih, lama dari tu pun kadang ada 😅😂. 

Tak tau apa dia beli, siap boleh lama - lama kat situ haha. Well biasalah, nak beli something tu mesti dok fikir macam - macam, (soal harga, soal nak beli apa. Kadang benda yang tak terfikir pun, dia dok capai ✌😀🙈). Then dalam membeli tu, siap teringat kat mak ayah. Macam mana diorang survive, interm of nak beli barang keperluan anak - anak, barang keperluan sendiri. Nak layan kerenah anak - anak lagi. Sorang - sorang anak, berbeza perangai. Lagi perempuan 🙈.

Image result for shopping shop tumblr

Lelaki I not sure lah, sebab I perempuan. 

Bila dah kerja ni, dok lepak (masa rehat) dengan rakan - rakan sekerja (yang dah jadi isteri, yang dah jadi ibu). Dengar pula mereka cerita itu dan ini, (termasuk perihal anak - anak mereka). While hearing seorang - seorang dok bercerita, masa tu juga minda ni dok terfikir mak abah yang jaga aku dari kecil.

Oh, mungkin macam ni, mungkin macam tu (siap kaitkan dengan diri sendiri).

So its true lah, bila dah kerja, bila dah bergaul dengan mereka yang dewasa, yang dah kahwin dan ada pengalaman itu dan ini, then baru nampak the true colour of life. Setiap orang memang berbeza - beza, tapi aku suka dengar cerita diorang (not to compare), cuma ambil dan fikir something yang positive. 

Dari situ, kita boleh belajar tentang cara hidup (lagi bila dah kahwin). Eh?

Ye, macam ayah aku pernah cakap. Kita ni kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Tengoklah orang yang sama dengan kita, then kat situ belajar untuk bersyukur. Its true.

So oklah sampai sini sahaja yang sempat aku share. Hari pun dah maghrib. Esok dah Isnin, hopefully tak Monday blues.

Thanks baca entry kali ni,

Salam =D




You Might Also Like

2 comment di sini.