Resepi : Spaghetti Carbonara (pedas)

Saturday, July 22, 2017



Assalamualaikum, =D


Hi semua.

Selamat malam (awal sangat wish selamat malam kan? hehe). 

Oklah wish selamat malam awal, sebab ketika menulis ni, jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Cun lah tu, kan?

So, malam ni nak share resepi paling simple, nak buat. Maklumlah zaman student dulu, baru - baru nak start belajar masak, jadi resepi simple - simple je, yang aku belajar. Belajar pula dengan tengok kawan masak, atau belajar dari mr google ni. Kalau balik rumah, sempat la belajar masak dengan mak kejap, tu pun kejap (ni cerita masa belajar lah, hehe).

Masa kerja lain cerita. Yang part ni, tak mau ceritalah...Nanti entry aku jadi panjang + tak penting ✌.

gambar ni pun aku ambil masa aku masih belajar. 
Sempat tau, sebelum masak ambil gambar, konon dulu nak update kat blog. Tapi sekarang, baru sempat nak updatenya.
Masa ni kat dapur. Dapur bujang, dapur student, ginilah look like dia. 


Bahan
Spaghetti (huda suka guna yang kimball punya).
Ayam (ikut suka nak letak berapa ketul. Masa ni masak untuk diri sendiri, jadi bubuh seketul je. Lepas tu potong kecil - kecil). 
Bawang Holland (kalau besar, ambil separuh je. Kalau kecil, potong sebiji tu). Nak potong dadu boleh, nak potong nipis boleh.
Bawang Putih (3 ulas) - potong nipis
Cili padi (5 batang) - untuk kasi pedas, kalau tak nak pedas tak payah letak pun takpe. 
Sos Carbonara (biasa huda letak dalam 5 atau 6 sudu besar. Sebab huda tak suka rasa milky sangat). 
Garam secukup rasa.

*kalau nak letak udang/sotong/etc etc pun boleh.

Cara - cara memasak
Rebus spaghetti hingga empuk.
Tumiskan bawang holland, bawang putih dan cili padi yang sudah dipotong, hingga kekuningan (atau garing).
Masukkan ayam yang telah di potong tadi. Masak hingga empuk. 
Masukkan sos carbonara dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika. 
Bubuh garam secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan pula, spaghetti yang telah di rebus hingga empuk (tadi), ke dalam kuah spaghetti yang telah mendidih. 

Dan dah siap, Spaghetti Carbonara (pedas), kita.

Selamat mencuba! =D

Thanks singgah baca entry kali ni.

*tulis - tulis entry ni, rindu pula kat rumah sewa kita tu. Setahun lebih duduk rumah sama, bilik sama. Kenangan sangat, hehe*

You Might Also Like

0 comment di sini.