Cerita raya

Thursday, June 29, 2017



Assalamualaikum, =D

Hai semua.

Selamat pagi. Dah masuk raya kelima baru nak publish post pasal hari raya.

Cerita Raya. Ni kisah cerita raya aku dan keluarga. 

Cerita raya aku setiap tahun agak klise. Mungkin kalau dah jumpa jodoh, tak klise sebab akan buka buku baru, pergi raya rumah mertua. Haha. 

Jadi kalau nak cerita pun, kira cerita benda yang sama

Memandangkan kedua ibu bapa aku anak jati Johor, jadinya aku pun memang beraya sektiar Johor jelah, cerita dia.

Kampung belah mak dekat JB (kalau nak kira, jarak rumah aku dengan rumah nenek aku, 15 minit je). Dekat sangat. 

Kampung belah ayah, dekat Pontian, Johor. 

#teamrayajohor
(orang hashtag, kita pun nak hashtag juga). 

Juadah raya setiap tahun pun sama. Cuma yang bestnya tahun ni, dapat makan ketupat palas homemade, mak sedara aku buat. 

Sebelum raya rancang nak tema biru. Last minute, beberapa hari sebelum raya tukar plan tema emerald green pula.
So inilah tema kami sekeluarga untuk tahun ni.

Biasanya raya pertama je kami akan sedondon. Raya kedua dan ketiga, juga seterusnya tu ikut lah nak pakai warna apapun. Aku mestilah dengan pilihan warna aku, pink. 

Di kesempatan ini, huda dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua. 

Kosong - kosong, hehe.

Cuti raya dah habis, jadi sila - silalah naik kerja. Kerja yang banyak sedang menanti (message buat diri sendiri ✌).

Thanks baca entry kali ni,
Salam

You Might Also Like

1 comment di sini.

  1. selamat hari raya, maaf zahir dan batin :)
    BV suka tengok warna hijau emerald :D

    ReplyDelete