Cabaran memakai braces

Farah
0


Assalamualaikum =D


Hai semua,

Cabaran memakai braces. Alhamdulillah dah masuk tiga bulan kot pakai braces, tapi still mencabar hari - hari pakai.

Cabaran memakai braces


Then kenapa pakai?
Setiap orang mempunyai structure gigi yang berbeza. Ada yang structure gigi rata, ada yang tak rata. Aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai stucture gigi yang tak rata. Sebelum pakai tu, aku ingat, bila pakai braces just nak ratakan gigi jelah. Tapi bila dah jumpa doctor, bila dah x-ray, lain pula jadinya.

This is my first time kot x-ray gigi. So kat situlah baru nampak apa masalah dengan gigi aku ni. But it is not a big problem, cuma memang perlu pemantauan yang rapi. So that is why, aku ambil decision terus, untuk pakai braces jam tu juga. Kalau tangguh, bila lagi nak tunggu dan pakai?

Jadi bila pakai braces ni yang bagusnya, tiap bulan gigi aku akan dapat treatment dari doctor. 


Pertama kali pakai, memang rasa tak selesa (sebab ada 'sesuatu') dalam mulut. Masa tu rasa nak cabut pun ada, tapi doctor dah ikat dengan baik. Jadi aku redha jela. Sebulan pakai braces, sebulan aku tak makan nasi. And its help juga, berat badan aku turun. 

Tak makan nasi, habis makan apa?
Bubur.
Sampai aku dah jemu, dengan namanya bubur. Ya ampun...
Dah nak dekat sebulan, baru beranikan diri makan mee hoon, kueh teow dan telur.
Ayam, ikan, even sayur semua aku tak makan dalam masa sebulan tu. 
Kalau lapar, aku minum je air masak.

Ya ampun, masa ni nampak mak masak sedap - sedap pun, telan air liur jelah, gamaknya.

Sebab bila pertama kali pakai, jangan push nak mengunyah makanan sangat. 
Aku pernah je push nak kunyah makanan, sampai braces aku terbuka dari ikatan tu. 

At the time, aku tahan lagi. Bila braces atas bawah dah terbuka (beberapa minggu lepas aku pakai braces), aku jumpa doctor. Doctor ikat semula braces aku, dan terus buat treatment. Masa dia buat treatment tu, masyaAllah sakit dia (menahan jela). 

Lepas dari kejadian tu, aku terus insaf. Tu yang makan bubur je. Memang tak berani dah nak makan benda lain. 

Masuk bulan kedua,

Walaupun masih lagi rasa tak selesa, tapi aku dah boleh makan ayam, ikan dan sayur. Cuma bila nak kunyah tu, memang kena slow motion ya amat. 

Sebab tak nak push, nanti braces tertanggal lagi haha. 

Bila dah cukup satu bulan, dan masuk bulan kedua. Macam biasa aku kena jumpa doctor, seperti yang dijanjikan (kira pakai braces ni, tiap - tiap bulan kena buat treatment. Kadang - kadang sampai jemu dah jumpa doctor tiap bulan hehe). Bila jumpa doctor, doctor siap cakap gigi awak ni problem lagi. Of course ler, hari tu baru pasang braces dan buat treatment sikit (bila braces tercabut, masa baru beberapa minggu  pakai braces). 

Untuk mengurangkan masalah pada gigi aku, dan memudahkan untuk doktor buat treatment, doctor mengarahkan pembantu dia untuk ambil satu alat, lalu alat itu dimasukkan dalam gigi aku. Masa dia nak masukkan benda tu, rasa dia macam Ya Allah, sakit gila. 

p/s:alat ni (macam satu ring kecil), so ni kira special kes. Kalau buat treatment biasa, memang orang cakap tak rasa sakit sangat. Bila kau dah on special case, sakit tu lebih sikit dari treatment braces biasa. 

Bila doktor dah pasang alat tersebut, ianya lagi memudahkan aku untuk mengunyah apa sahaja. But at the same times, aku kena behave gak, takut braces tertanggal buat kali ketiga. 

Masuk bulan ketiga.
Pun sama, still rasa tak selesa. Belum lagi buat treatment. 

Secara ringkasnya, pakai braces memang mencabar. Dari first day pasang braces. Even hari - hari pun rasa mencabar, sebab ada je time - time rasa tak selesa (even sekarang pun aku rasa tak selesa). 

To those yang dah decide nak pakai braces, nasihat aku jumpalah doctor yang bertauliah ye. Sebab dengan doctor yang bertauliah, kita dapat tau apa masalah gigi kita. So then, baru decide nak pakai braces atau tak. Sebab kadang - kadang ada je, doctor yang suggest untuk tak payah pakai braces.

Macam kawan aku. Sebaliknya ianya ditawarkan service lain untuk gigi dia. 

Thanks baca entry kali ni,

Salam


Next Entry About Braces:-
1. Pengalaman Pakai Braces (Almost 9 months) - tips dan cara penjagaan braces yang simple
2. Selepas Setahun Lebih Pakai Braces - cerita pasal treatment secara ringkas

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !