1 June 2017 - diari blog

Thursday, June 01, 2017


Assalamualaikum, =D

Hai semua,

Selamat pagi you guys. 

1 June 2017 - diari blog. Alhamdulillah dah masuk bulan 6. Cepatnya. Rasa macam kejap je masa berlalu. Tolak tambah, bahagia darab, kuasa dua etc etc, dah lama juga aku berblogging kan? Dari June 2009 hingga sekarang. Dari zaman SPM hingga zaman dah habis study. 

Dan macam - macam dah jadi dengan blog ni. Ada cerita suka, dan ada cerita duka. Ada cerita yang gembira untuk dikenang, dan ada cerita yang tak gembira untuk dikenang (haisyh, kalau boleh nak lupa semuanya). Tapi apakan daya, bad memories tulah sebenarnya yang memberi 1001 pengajaran. 

So ni, antara kenangan paling manis yang aku suka nak kenang.
Pertama dan terakhir, blog keluar dalam majalah remaja pada tahun 2012. 
Kenangan yang sangat indah sepanjang berblogging.

Nama blog bertukar - tukar.
Yup. Kalau tengok gambar kat atas tu. Nama blog seperti nama URL aku. Tapi memandangkan aku letih nak edit nama blog yang panjang - panjang, jadi aku letak jelah nama FARAH. 

Simple.

So senang nak ingat. Senang nak edit header, hehe. 

Job dalam ber-blogging.

Alhamdulillah sepanjang ber - blogging ni pernah gak dapat job - job review. Tapi semua tu secara online jela. 

Semua tu mereka yang offer dan email aku.

Teringin juga nak pergi event dan review blog (ni kira outside job dalam ber-blogging). Tapi yelah, nak buat macam mana. Tu semua hanya jadi angan - angan aku je weyh, sebab sibuk study. Mana sempat nak pergi sana sini.

Masa tengah study kat Pahang (dalam tahun 2), ada juga beberapa kali dapat email, untuk jadi salah seorang media blogger. Which is pergi event yang dianjurkan oleh satu company di Kuala Lumpur dan balik nanti buat review dalam blog. Tapi tu semua, aku mampu tengok dan baca email sahaja. Yelah, setiap kali event tu di adakan, mesti atur caranya redundant dengan jadual kelas aku. Fikir, cost lagi? Aku pula, student je. 

So last - last, memang aku decide untuk buat semua secara online. 

Kalau dapat mana - mana email tu, aku review jelah. Dapat juga reward. Rezeki.

Tak dapat tunai, dapat voucher dan boleh shopping.

Image result for people with computer tumblr
Click gambar untuk ke page advertisement (paid job yang pernah aku buat).

Alhamdulillah, thanks dekat mereka yang percaya dengan blog aku (yang kadang - kadang active, kadang - kadang tak active ni), especially thanks too Zalora Malaysia sebab bagi aku beberapa kali peluang untuk review product dari page tersebut dalam blog aku ni. 

Paling seronok, sebab dapat belanja family dengan voucher yang pihak mereka berikan =D. 

p/s: kalau nak dapat job, memang kena active. Sekarang dah suam - suam kuku, jadi job tu macam wassalam sangat nak dapat. Tipis. 

Semua based on rezeki.

Blog kena hack
Blog aku pernah kena hack. Tahun bila, lupa. Tapi yang aku ingat, masa tu zaman aku belajar diploma dulu. 

Sedih gila kot. Dah penat aku struggle dengan blog ni, senang - senang dia nak hack. Masa tu memang nangis lah weyh. 

Nasib baik dia ada bagi email ke fb dia, (macam tulah, aku lupa). Aku terus contact dia. Beria gila, minta blog aku ni balik. Dah lah dia hack, lepas tu letak wallpaper boboiboy. Ingat comel agaknya, buat macam tu.

Nasib baik dia tak minta payment. 

Eh, tapi serious geram gila kot sesuka hack blog aku ni.

Nasib semua ok dan dapat blog aku balik, masa tu.

Alhamdulillah...

p/s: untuk mana - mana laman social, tak kiralah blog, fb ke instagram etc, please letak password yang orang tak senang orang nak detect. So sejak dari kena hack, aku memang letak password yang jauh daripada birthday aku, nama aku. 

Btw, ni salah satu bad memories. Ada yang lain, biarlah ianya menjadi satu rahsia ✌.

Image result for happy tumblr
Tolak tambah, bahagi darab, kuasa dua etc dah 9 tahun ber-blogging.
So basically, blog ni diari peribadi aku (to those siapa yang pernah tanya hehe ✌). 
Setiap kali soalan tu, setiap kali tak dapat jawab. Sebab macam - macam aku tulis. Apa aku rasa nak share, aku main share je. 

Apa apa pun, again thank you so much guys yang singgah blog huda (yang tak seberapa ni).
💕💕💕

Salam =D

You Might Also Like

4 comment di sini.

  1. bestnya blog pernah masuk majalah! saya dulu suka beli majalah yang ada review blog ni, tapi sebab masa tu blog sendiri pun semengah tu yang tak pernah cuba tu..huhuhu

    blog kena hack? seramnya! mintak dijauhkan dari perkara sebegini..

    kipidap and happy blogging farah! :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya Huda blog pernah masuk majalah! Satu pencapaian yang besar tu. memang jadi kenangan indah seumur hidup kan =)

    Dah lama juga Huda dalam dunia blogging. Biasalah mood blogging pun ada naik turunnya jugak kan. Yang penting jangan sesekali berhenti blogging =)

    Congrats Huda for your 9 years in blogging =D

    ReplyDelete