Hari minggu dan study

1:51 PM



Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Image result for weekend tumblr

This weekend duduk rumah jelah, sambil lepak - lepak goyang kaki, haha. Weyh, penat kot kalau asyik nak keluar je, duit pun macam zap zap keluar. Dah lah aku ni jenis belum bergaji, yelah dapat allowance tak adalah berapa sangat, tapi oklah Alhamdulillah (aku masih lagi jalani latihan industri).

Currently baru lepas masak for lunch hari ni. Masak simple - simple je pun, zap zap, campak sana - campak sini, siap ayam masak lemak cili padi dan sayur goreng kangkung belacan, versi huda. Sedap tak sedap, hakak tak tau haha. 

Gambar?
Ok sorry, tadi masa kat bawah, tak teringat nak ambil gambar, sebab focus masak (haha, konon ler tu). Bila dah naik atas ni, baru lah teringat nak update entry, terus update without gambar makanan yang aku masak tadi. Sambil rest, sambil update blog kejap, sebelum aku focus pada report intern aku. Oh, tapi kalau sapa follow ig aku, bole ler tgok ig story hehe. 

Next week dah habis internship, report kena hantar, so tu yang kena pulun siapkan mana yang sempat weekend ni. Yelah, weekdays, balik kerja dah penat, mood nak buat report pun kejap ada, kejap tak ada.Tu yang decide buat weekend je, senang. 

Tapi, sebelum buat report kena study dulu strategic management tu. Sebab ada part of strategic management yang kena masuk dalam report intern. Haraplah dapat buat well report ni. Bukan apa, aku ambil subject ni masa short semester 2 (setahun yang lepas), jadi ingat - ingat lupa lah jawabnya. Tu kena study balik, kena peringat semua benda sebelum focus on my report. 

Sedikit cerita tentang internship aku.
Kejap je masa berlalukan? Esok dah minggu ke12, dan dah nak habis internship dah pun. Perasaan? Sedih ada juga nak tinggalkan office tu, sebab dah seronok kerja and enjoy with the employees at the organisation. Tapi kadang tak sabar nak habis internship pun ada juga, sebab nak cari peluang kerja kat tempat lain. 

Image result for internship tumblr

Alhamdulillah banyak benda yang aku belajar kat situ, walaupun dalam masa yang singkat. Singkatlah, orang lain 4 bulan/6 bulan (paling lama), aku dalam 2 bulan lebih je (12 minggu). Dari tak tahu the way nak buat kerja, jadi tahulah sikit - sikit. Basically aku assist diorang bahagian recruitment and payroll yang banyak, semua ni more to documentation. Tapi walaupun bab documentation je weyh, banyak benda kau boleh belajar sebenarnya. Walaupun nampak kecil, tapi semua tu boleh bawa for future. 

Paling best dapat bergaul dengan staff, somehow lepak dengan diorang masa rehat. Kadang ada kerja, kena communicate dengan diorang. Yes, communication skill pun dah boleh improve sikit - sikit. 

Basically, intern ni, walaupun kadang kita rasa best, kadang kita rasa tak best, tapi ambil je benda positive. Yang tak best tu pun, kau try je pandang positive sebab semua tu learning process. Ambil seberapa ilmu yang korang boleh ambil dari mereka, then nanti keluar korang boleh apply sebaiknya. 

Aku akan rindu kot suasana kerja kat sana. 

Thanks semua yang guide huda sepanjang internship huda kat sana, hehe. 

Oklah guys, thanks singgah dan baca entry ni. Huda nak study jap ni. Nanti kalau free, huda update lagi ok. 

Bye, 
Salam

You Might Also Like

2 comment di sini.

  1. Saya akan intern lepas raya nanti. Hopefully eveything went well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah everything will going well soon. Good luck hehe

      Delete