Sambal ikan bilis cili padi pembuka selera

12:42 PM



Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Aku memang peminat tegar makanan yang berunsurkan pedas. Tak kiralah asam pedas, instead of any masakan sambal semua aku boleh makan. Semakin pedas sesuatu makanan, semakin berselera aku makan. 

Before this, kalau dekat rumah (keluarga), aku just makan asam pedas dan sambal yang berunsurkan ikan, ayam dan telur. Tapi bila duduk serumah dengan housemate masa kat Pahang, so nampak diorang buat beraneka sambal. 

Ada sambal fish ball, sambal ikan bilis cili padi. 

Ok dah, makan this kind of food pun dah cukup selera. So jimat! haha. 

Bila balik JB, rindu pula nak makan masakan housemate aku, kihkihkih. Paling tergoda dengan sambal kering ikan bilis yang housemate bawa dari rumah dia tu. Bila dah habis belajar, dah tak serumah dengan diorang. Aku jadi rindu pula dengan sambal - sambal yang housemate masak dulu. Then, I just try masak dekat rumah. 

Masak jelah campak - campak, asal boleh makan.

Sekali masak, eh laku pula semua orang dalam rumah ni makan haha. 

Sambal ikan bilis cili padi + kentang di potong dadu


Resepi campak - campak
1. Ikan bilis (segenggam)
2. Kentang 4 biji (potong dadu)
*goreng berasingan hingga garing. 

Bahan - Bahan
1. Bawang merah (1 biji setengah)
2. bawang putih (3 ulas)
3. Cili padi (21 biji) 
*kisar ketiga - tiga bahan ni. Kalau nak guna lesum batu pun boleh (tapi kisar jela lagi mudah haha). 
4. Bawang merah setengah biji, di hiris halus (optional)

Cara memasak
1. Panaskan kuali, goreng kentang dan ikan bilis (berasingan) hingga garing. Angkat dan toskan minyak. 
2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis. Tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi hingga garing. 
3. Masukkan bawang merah yang dihiris halus (optional). 
4. Masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng. 
5. Siap dan boleh dihidangkan. 
*kalau nak tahan lama, keringkan sambal tu*. 

Resepi yang sama tapi boleh dipelbagaikan. 
1. Sambal ikan bilis
2. Sambal kentang + tempe
3. Sambal ikan bilis + kentang

Resepi sambal ni untuk pembuka selera je dan sebagai lauk tambahan hehe. 

p/s:Rindu pula nak masak - masak dekat Pahang. Sepanjang 2 tahun setengah kat sana, banyak juga aku belajar instead of masak nasi ayam, soto, etc etc. Thanks to all my friends yang ajar kita banyak benda masa kat sana, haha. 

Ok done, thanks singgah dan baca entry ni. 
Salam =D



You Might Also Like

3 comment di sini.

  1. jaja pun samaaa! suka makanan pedas. kalau tak pedas tak best. and pernah jgk buat sambal bilis lepastu bekal pi kolej. sggup simpan dlm peti skali nk thn lama, haha

    ReplyDelete
  2. wehh kecur air liur dibuatnyaaa demm!

    ReplyDelete
  3. zama u selalu curi2 masak kat bilik.hahah...

    ReplyDelete