Rindu dengan hobi yang lama

12:06 AM



Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Kadang - kadang aku rasa bila dah meningkat dewasa ni banyak benda yang dah berubah, instead of minat dan hobi. Mungkin?

Mana tidaknya, kalau dulu zaman remaja aku minat gila pada novel. Kira aku memang allergic betul dengan book store tu tau, asal pergi sana je aku akan pergi tempat novel, dan cari novel mana yang best. Nak cakap, setiap bulan kerja aku beli novel.

Dari satu novel ke satu novel aku beli. Sampai tak muat - muat rak buku aku. Mujur ada rak buku abang dan mak yang diorang dah tak guna haha.

So this is my collection masa zaman muda - mudi dulu.
Still simpan sebab sayang gila nak buang hehe. 

Mood nak baca novel ni, memang dah berkurang dan sangat berkurang, since aku semester 1 (degree) lagi. Mungkin disebabkan kesibukan study masa tu, nak catch up apa yang aku belajar, buat assignment, quiz etc etc etc.

Bila dah hobi baca novel berkurangan, kita akan ada hobi baru masa zaman study, dan hobi ni tiba - tiba muncul sebab nak hilangkan stress masa study. Jadi since semester 1 (degree), aku memang akan layan drama sambil tu buka buku, kadang - kadang dengar music bila aku bosan. Kadang tu, siap buka drama/dengar lagu sambil study (konon nak ambil mood study. Lepas mood study dah ada, tutup semua dan focus). Its happened until final semester, haha.  

So, kat situ kurang stress. 

Mungkin ada hikmahnya di situ. Aku tinggalkan novel, tapi aku boleh focus pada study. 

Tapi serious weyh, aku masih merindui hobi lama aku. 

Hope so, aku akan kembali rajin meluangkan masa untuk baca novel. Bukan apa, sebab ada beberapa buah novel yang aku beli tak baca - baca. 

Bila lah ada masa nak berkepit dengan awak ni, wahai cik - cik novel ✌.

You Might Also Like

10 comment di sini.

  1. SAMA,DUlu pun suka kumpul novel,rasa sronok tgok novel tesusun dkt rak

    ReplyDelete
  2. Sama, sekarang dah kurang sangat baca sebab mood tu dah hilang and sebab nak fokus study. Tapi rindu sangat nak baca sebab buku banyak best2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, beli novel baru tapi tak baca2 sampai berhabuk. Padahal novel baru tu hehehe

      Delete
  3. Laju je saya klik entry ni bila nampak rak buku tuu. haha

    Saya masih lagi kekal dengan hobi suka membaca dan obses terhadap buku/rak buku/kedai buku ni. Haha :P

    ReplyDelete
  4. saya pun sama....ni bila anak2 dah besar baru sempat semula jenguk hobi lama ni :)

    ReplyDelete
  5. Banyak jugak buku tu.. boleh start blk hobi ni slow2.. hehe

    ReplyDelete
  6. Airah dlu pn suka gila baca novel.sejak sem 2,3 dh kurang lepastu tak sentuh langsung smpai skrg.nk release tension belajar tgk kdrama je haha

    ReplyDelete
  7. zaman remaja saya dipenuhi dengan buku2 karya karangkraf.masa tu damya hanna, antara karya saya minati

    ReplyDelete