Yang dulu gagal kini berjaya

Monday, December 19, 2016



Assalamualaikum, =D


Setiap orang ada sejarah masing - masing,
Tak usahlah kita ungkit lagi kisah mereka,
Biarpun mereka gagal satu ketika dahulu, biarlah itu kisah mereka,
Itu kisah dahulu,

Peluang,
Apa salah jika kita memberi peluang kepada mereka untuk terus bangkit,
Untuk terus bangun mengejar impian,

Berapa ramai orang yang dekat luar sana, yang pernah gagal?
Berapa ramai orang yang dekat luar sana, yang bermula dari bawah?
Ramai.
Tidak terkata.
Apa yang penting usaha kau, usaha untuk mengecapi bahagia,
Usaha untuk mencapai kejayaan,
Tanpa usaha, kita takkan berjaya.

Ibu bapa,
Sokongan ibu bapa sangat diperlukan oleh anak - anak,
Jika mereka tidak hargai sekarang, mungkin masa akan datang,
Mereka akan sedar juga satu hari, 
Kerana mereka akan fikir sampai bila mereka harus duduk di ruang yang tenang ini?
Tidak selamanya.

Nasihat,
Berilah nasihat yang positive,
Nasihat yang memberi motivasi,
kerana secara tak langsung, perkara ini semua memberi impak satu hari nanti,
Untuk jangka masa yang panjang,

Doa.
Antara perkara paling penting untuk berjaya, doa.
Solat lima waktu dan doa. 
Itu penting. 
Kalau ada masa, buat solat sunat, baca Al - Quran,
InsyaAllah segalanya dipermudahkan.

Bila dah usaha, doa, maka tiba masa untk tawakal dan redha atas usaha yang selama ini kita lakukan.

Yang paling penting, percaya pada diri yang kita ni boleh juga berjaya seperti orang lain. 

Salam,

You Might Also Like

3 comment di sini.

  1. Moga terus berjaya untuk masa-masa akan datang..

    ReplyDelete
  2. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Yang pasti jangan cepat give-up.

    ReplyDelete
  3. Semoga tahun 2017 masa untuk bangkit bagi mereka yang gagal. :)

    ReplyDelete