Tips nak buat propsal FYP

Saturday, October 01, 2016



Assalamualaikum, =D


hai semua,

So entry kali ni, aku nak berkongsi pengalaman buat proposal FYP. Alhamdulillah, kami satu group dah selesai buat proposal and just continue with FYP (fiinal year project) for the next semester. InsyaAllah, jika berkesempatan nanti huda akan share pula macam mana nak buat FYP.

Basically proposal FYP ni, adalah FYP fasa pertama korang di alam degree ni (masa korang final year nanti). Jadi start second year, korang kena bertabah dan bersiap sedia dengan tajuk untk thesis korang nanti. Proposal FYP ni ada 3 chapter yang korang perlu selesaikan dalam 1 semester (which is introduction, literature review dan methodology). Manakala untuk FYP nanti, korang hanya sambung buat chapter 4 dan chapter 5 sahaja dan touch up sikit the previous proposal korang kalau ada mana yang salah tu.

p/s 1: sebelum aku go thru dengan penerangan lebih panjang, just nak pesan jangan takut nak buat proposal. Jangan dengar sangat apa senior cakap. Mostly akan ada senior yang cakap, maigoodddd susah weyh, kena reject sana, kena reject sini. Yes, memang perkara - perkara tu akan berlaku, tapi korang set je dekat minda korang yang proposal ni senang. First of all, jangan tinggal solat and always berdoa pada Allah yang permudahkan eveything, doa dapat supervisor yang ok dan sporting, doa dapat member group yang ok (if berkumpulan, sebab somehow ada yang kena buat individual). So be relax je masa buat ni. Kena reject ke apa, tu semua dugaan. Yang penting korang tabah dan kuat, tu je =D.

Penerangan secara ringkas berkenaan dengan chapter (proposal FYP)

1. Introduction.
Dalam introduction ni, korang kena ada:
-background of study (which is korang cerita secara ringkas tentang study yang korang akan buat nanti - mesti relate dengan problem statement korang).
- Problem statement (this is one of the important part dalam chapter 1),
- Research Question, Research Objective,

2. Literiture Review
Ada orang cakap, nak buat literiture review ni senang je. Kacang goreng sangat! Sebab kau tinggal masukkan segala benda yang kau dah cari selama ni.

For example, tajuk korang berkenaan dengan motivation seorang pekerja. So dalam motivation seorang pekerja tu, apa yang korang perlu kaji. Biasanya, korang akan relate kan apa masalah dia, macam mana dia boleh ada motivasi diri dan macam mana dia tak ada motivasi diri. Semua tu ada faktor - faktor dia, dan korang akan cari apa faktor dia. And so on...Dan dekat sini juga korang kena masukkan citation yang korang cari untuk kukuhkan statement korang tu.

Pada pendapat peribadi aku, nak buat literiture review ni adalah sesuatu yang sangat mencabar dan agak leceh. Sebab nak cari journal, nak kena samakan ayat korang dengan ayat dalam journal. Nak cari ayat yang dalam journal yang mengukuhkan pendapat korang. Lain orang, lain pendapatnya.

At the end of literiture review, korang kena form satu framework. Dan framework tu adalah research framework korang.

p/s: Part ni korang jangan ambil ayat bulat - bulat dalam journal tau, silap hari bulan plagiarism karang dah susah.

3. Methodology
Part ni agak senang. Korang just masukkan population berapa, korang just bagitahu apa method apa yang korang buat, dan bla bla. Senang cerita, part chapter 3 ni korang boleh refer senior punya buku FYP yang ada dekat library tu. Tapi janganlah tiru bulat - bulat. Just amik mana yang penting, lepas tu tukar sikit - sikit.


Ok, dekat bawah ni pula cara macam mana nak buat proposal:-

1. Mula - mula pergi dulu satu talk yang memang khas untuk proposal FYP (Jika ada. Sebab certain course ada yang tak ada, certain course ada yang ada). 
Misalnya, course Deg Acc dekat campus aku, diorang tak ada talk khas untuk proposal ni, sebab diorang memang di ajar dari kelas (dalam course research method) dan lecturer akan terangkan dekat kelas. 

Tapi, berbeza dengan course aku. Kiteorang dah belajar research method masa semester 4. So, kami tidak di ajar secara details oleh lecturer macam mana nak buat dari mula, ikut bab 1 hingga 3. Yelah sebab kiteorang dah belajar. Cuma cabaran kami, this proposal adalah sesuatu yang diluar course kiteorang. So by hook by crook, kami kena siapkan juga dengan jayanya sebab ini adalah satu 'tiket' untuk kami ke langkah seterusnya which is FYP (final year project). Secara tak langsung juga ianya adalah 'tiket' untuk melepaskan kami habis belajar. 

2. Form group
Yang ni ikut pihak Unitersiti/department tu sendiri. Ada yang kena form group dan ada yang buat secara individual.

At the end of the season of that talk, lecturer akan minta kita form group. Normally diorang akan kira berapa purata student, and diorang akan tentukan satu group tu kena ada berapa orang. So dekat sini, korang kena cepat - cepat 'tangkap' mana - mana orang yang korang pernah kenal dan pernah satu group, juga pernah satu kelas. 

p/s:mohon pilih kawan - kawan yang korang kenal dan dah tahu perangai dia, tahu macam mana dia buat kerja. Sebab group ni, kira long term (selama 8 bulan. Masa korang semester 5 dan semester 6). Dalam masa buat kerja ni juga, korang akan jumpa bermacam - macam perangai. Aku just boleh cakap, sabar je. 

3. Pilih Tajuk
Dah form group kan? So cepat - cepat buat perkara pertama ni, sebelum korang pilih supervisor, sila pilih tajuk yang sesuai dengan degree korang dan pilihlah tajuk yang korang minat, korang tahu. Sebab ianya akan memudahkan korang semasa korang buat research nanti.

Contoh, aku dalam course HR, so aku ambil pasal motivation pekerja blablaa (contoh jela, tapi tajuk aku lain. Cuma adalah relate juga dengan motivation ni). Budak - budak HR, memang banyak kaji pasal motivation. Kira dah cliche lah, tapi percaya cakap aku, ianya sangat menarik. Sebab kaji pasal orang. Haha, tak dapat jadi doktor jadi orang HR pun jadilah *tulah masa belajar biology dulu main main, kihkih :P*

4. Pilih supervisor
Ha, yang ni kau kena cepat dan laju. Tanya senior, mana lecturer yang ok, best dan popular dikalangan pelajar - pelajar senior. Nak cari supervisor, korang kena berkorban sikit masa korang tu. Bukan senang nak ambil masa lecturer, agak susah. Bila dah dapat, capai dan pegang dengan utuh. Jujur aku cakap, aku sampai skip kelas sebab semata - mata nak cari supervisor. Masa tu kiteorang dah lambat sebab kelas pack. Hanya ada hari Jumaat pada minggu pertama tu jela untuk kami pulun cari supervisor. Terpaksa weyh! Aku ni bukan jenis ponteng kelas. But Alhamdulillah, usaha kami berjaya, mehmehmeh ;)

Semasa dalam discussion tu, lecturer akan tanya, apa masalah korang? Masalah ni, bukan masalah peribadi korang, tapi masalah yang korang fikir untuk buat research korang. Make sure korang ada knowledge siap - siap pasal masalah korang ni. Terangkan dekat bakal supervisor korang one by one. Oh, make sure lecturer yang korang pilih tu sama area dengan tajuk korang nanti. Yelah lecturer ni ada pelbagai area diorang. Contohnya, lecturer HR, area dia major dalam Green HR, Training and so on. Benda ni pun penting, sebab perkara ni dapat membantu korang dalam buat research nanti.

5. Semasa buat resarch
Biasanya selepas selesai deal dengan lecturer atau supervisor, korang akan terus diberikan tugas oleh supervisor tersebut. Ada supervisor yang minta korang cari 30 journal, ada yang supervisor yang suruh korang cari point - point selanjutnya untuk chapter 1 korang, dan lain - lain. Setiap lecturer lain caranya, even sama lecturer tetapi berlainan student (dan berlainan tajuk pun), dia akan treat cara lain.

Masa buat research tu, sediakan satu buku nota khas (hanya untuk proposal dan FYP korang sahaja). Record segala nota dari supervisor korang (semasa waktu discussion), dalam buku tersebut. Dan dalam masa yang sama kalau creative record juga perbualan korang dengan lecturer tu. Nak record video boleh, nak record suara je pun boleh. Yelah, sebab kita ni jenis pelupa. Kerja proposal pula akan di buat nanti bila kita free. Contoh jumpa supervisor siang, lepas tu sibuk dengan kelas apa semua, then malam tulah baru free, time tulah nak buat. Kadang, tunda sampai pada hari yang kita betul - betul free (sebab kadang sibuk dengan  quiz, assignment lain dan assessment pula, nak kena study). Senang cerita ikut time sendiri. Bila dah ada catatan tu, senang lah sikit kerja kita. Dan senang juga kerja supervisor tersebut. Kena faham juga, seorang lecturer ni, pegang ramai student. Group proposal lagi, group FYP lagi, dia nak mengajar lagi, kerja dia yang lain lagi...Ha ok tu theory haha.

Masa buat resarch ni, kalau berkumpulan tu korang kena lantik seorang ketua. Atau appoint diri jadi ketua, pun tak apa. Bagus! Ada ciri - ciri leadership. Dan kena distribute kerja kat kawan - kawan korang, atau korang bagi mana yang diorang minat. Make sure diorang buatlah. Jangan nak jadi sleeping partner sangat ek! *eh tetiba teremosi haha*. Sebab dekat sini lah, korang akan nampak perangai kawan korang masing - masing. Cuma aku boleh cakap, sabar dan saling bertolak ansur. Faham antara satu sama lain, kerana nak buat research ni pun main emosi. Dah nama kerja satu group, mestilah berkumpulan. Jangan nak jadi sleeping partner sangat, past - past kerja kat partner - partner anda sekalian. Dapat markah sama - sama. Nak lepas degree kan, jadi buatlah kerja. Jangan nak sleep sangat, *maaf teremosi*, sebab memang akan banyak benda yang berlaku macam ni. So bertabah! Kalau buat sendiri, lagi senang. Tapi Alhamdulillah, group aku takde sleeping partner. Bersyukur sangat =D.

Masa nak buat tu, kalau nak cari journal, carilah. Eh, bukan kalau. Memang kena cari journal. Wajib! Aku biasa cari dekat scholar google tu je. Atau kalau Universiti korang ada laman web atau data base yang simpan journal lagi bagus, senang nak refer. Contoh macam Universiti aku memang ada data base sendiri. So cari je journal dekat situ, atau aku selalu juga guna scholar google tu. Tahun yang valid biasanya, ikut pihak Universiti juga. Macam aku tahun 2012 dan ke atas baru valid.

Korang type je dekat scholar google tu keyword yang korang nak cari, misalnya theory herzberg. Ha, maka keluarlah perlbagai pendapat. Maka baca dan hadam journal - journal tu. Sejenis aku, aku akan cari keyword penting dulu, then amik satu paper tulis dalam paper kosong. Lepas tu dari keyword - keyword yang aku dapat, aku form satu karangan.

Masa buat proposal ni juga, korang kena rajin refer supervisor. Ini sangat penting. Jangan buat research syok sendiri, karang padah jadi. Follow each of instruction dari your lecturer. But if you ada idea, just bagitahu dia dan bagi reason why you choose this choose that. Kalau dia terima ok, kalau dia tak terima, you terima idea dia dan buat lah research tu dengan berjayanya.  Tapi kalau ada duo communication lagi bagus. Lecturer lagi suka. Even untill dah nak present pun korang nak kena refer supervisor korang. Pokok - pangkal, semuanya kena deal dengan supervisor.

6. Plagiarism 
"Meaning you are talking someone original idea" - dalam bahasa lain, main copy paste bulat - bulat, sesuka hati dari dalam journal, lepas tu paste dalam awak punya proposal. This is legal tau. Tidak dibolehkan. So masa korang buat tu, korang tukarlah ayat sikit ke simple english atau senang cerita, guna je ayat korang TAPI jangan ubah maksud ayat tersebut. Atau kalau nak senang dan lebih faham, rujuk pada supervisor atau senior. Sebab tu aku cakap nak buat literature review tu agak leceh, sebab benda nilah, haha :P. But it was fun actually, even leceh pun tapi lama - lama bila dah selalu buat ianya jadi terbiasa beb! Maka korang pun rasa have fun buat proposal ni. Bak kata orang tak kenal, maka tak cinta.

So, nanti dua atau seminggu before kena hantar korang punya proposal (ikut tarikh submition yang telah ditetapkan oleh penyelia yang handle FYP/proposal FYP), korang wajib check plagiarism ni dulu tau. Check je dekat supervisor senang. Benda ni nak kena buat AWAL, jangan lambat. Sebab andai katalah korang terbanyak percentage of plagiarism korang tu, korang kena ubah each of the sentences yang di boldkan. Jangan buat last minute ye, nanti takut kelam kabut...

7. Presentation
Be prepared! Fahamkan proposal korang, dan bersedia untuk jawab all the question that will be ask after your presentation. Ada panel ke tak ada panel? Ikut pada pihak universiti tu sendiri, atau pihak setiap department yang akan menentukannya, sama ada kena ada panel ke idok. Macam department huda, memang ada panel. Panel tu pun lecturer, cuma lecturer lain selain supervisor kami, haha. Maka bersedialah. Kalau kena hentam tu benda biasa, yang penting yakinkan diornag tentang proposal korang, enough.

Sekian sahaja beberapa tips ringkas untuk buat proposal. Hope tips ni dapatlah bantu korang sikit - sikit,kihkihkih... Wish us luck untuk FYP nanti. Cuti - cuti ni pun tak boleh honeymoon, we all ada kerja nak kena buat. Nak cari questionnaire, and so on. Jadi bertabahlah.

Oklah korang, sampai sini sahaja entry yang sempat huda tulis. Kihkih, nantikan entry lain dari huda. Maklumlah busy kat rumah, sempat lagi nak menaip. Busy dekat campus, memang tak sempat langsung tak taip entry.

Bye,
Salam...

You Might Also Like

2 comment di sini.