kawan

Farah
4


Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Aku ni merupakan salah seorang silent readers dekat iium confession tu. Tak tahulah kenapa minat sangat nak baca cerita dekat situ. Tapi, tak adalah sampai aku nak baca semua, ooohhh itu sangat membuang masa, hihi. Aku hanya akan baca beberapa confession yang menarik hati aku sahaja. 

Contoh, kalau diorang confess pasal kawan - kawan diorang. Punya syok aku baca. Tapi aku bukan jenis yang bila baca, terus judge orang. Sebab setiap orang ada cerita masing - masing. Mereka confess, sebab nak minta pendapat. Janganlah kau sibuk mengata diorang. Sebab kau tak ada dekat tempat diorang. Kau tak rasa, apa yang diorang rasa. Kau tak lalui, apa yang diorang lalui. 

Cuba kau tengok dekat diri kau, kawan - kawan kau. Pun kadang ada perangai yang kita sendiri rasa tak menahan, rasa nak marah, rasa macam ooohhh mak ai kau ni. Semua rasa ada. Jadi korang tak perlu nak marah sangat, ajar diri untuk sabar. Kalau rasa macam nak luah, carilah kawan - kawan yang korang rasa, korang percayakan dia. Kepada korang yang dipercayai, jangan pula membuka cerita kawan korang dan cerita kat orang lain. Respect dia! 

Image result for friends tumblr

Kalau nak cakap, kawan makan kawan, kawan yang suka mengadu - domba ni. Ala kat mana - mana ada. Kalau kau rasa, kau tak nak kawan dengan dia, jangan kawan dengan dia. Tapi, kalau kau rasa still nak kawan dengan dia, sabar. 

Kadang pasal kawan ni pun, ada benda yang kita boleh cerita dan ada benda yang kita tak boleh cerita. Cuma, kalau kau rasa tak menahan. Hari - hari dalam solat tu, kau ceritalah dekat Allah. All out. InsyaAllah, lama - lama kau akan rasa reda sedikit. Perbanyakkan baca Al - Quran, dan semakin dekat dengan Allah.

Bila bercakap pasal orang ni, sampai keesok tak habis. Bukan nak cakap apalah, kita ni pun sama - sama manusia, sama - sama ada rasa annoying masing - masing. Dah, jangan nak benci orang sangat. Jangan nak menghukum orang sangat. Sebab ada je perangai kita yang orang tak suka. Kau layan orang tu macam biasa je sudah, nanti lama - lama pun dia akan layan kau macam biasa. Kunci dia, sabar! Tu je...

Ustaz aku ada berpesan dalam kelas, cubalah belajar memaafkan. Kita ni memang seorang manusia biasa, yang ada perasaan marah, benci, sedih, dan bermacam perasaan lagi. Tapi kunci dia, cuba memaafkan walau apa cara sekalipun. Memaafkan itu adalah satu kebaikan buat diri kita dan semua. Bila kita memaafkan orang, InsyaAllah satu hari kita akan rasa tenang di masa hadapan, kelak. 

Sekian sahaja entry tentang kawan ini. Thanks luangkan masa dan baca,

Bye
Salam...





Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Td plak ada baca lagi satu kat IIUM yg pasal kawan nama "Amirah" tu...sedih rasa bila baca..silap sangat sebab terlalu lewat dia tegur...

    eh, ter review kat sini pulak..hahahaha...kawan ni dah macam part of us..kadang rasa nak ketuk kepala, kadang rindu bila takde

    ReplyDelete
  2. lately ramai post pasal entri kawan ni

    ReplyDelete
  3. Baca juga . Macam2 ragam n jenis kawan. Huhu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !