Cuti dan hadiri kelas membuat kuih

3:38 PM



Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Satu hari mak tanya, nak masuk kelas buat kuih tak dengan kak nur? I was like.... terdiam kejab. Nak masuk tak? Fikir juga, sebab walaupun aku tengah cuti semester ni, tapi huda still sibuk dengan urusan FYP. Adalah cari maklumat sikit - sikit, questionnaire, dan beberapa lagi urusan yang berkaitan dgn FYP kiteorang. Tapi fikir punya fikir, setuju jelah. Peluang dah ada depan mata. Bila lagi nak dapat peluang keemasan ni, kan? So selain cari info FYP pun memang tak ada buat apa - apa, tu yang I ok je, hehe =D.

Alhamdulillah Jumaat lepas dapat menghadiri kelas membuat kuih bersama Kak Nur yang sangat sporting and friendly? errr macam membodek je ayat, haha :P . Ok, kepada semua yang duduk area JB ni, kalau korang nak join kelas Kak Nor pun boleh. Tapi kenalah tunggu Kak Nor open kelas. Even kalau korang nak tempah kuih, kek, durian crepe dekat Kak Nor pun boleh. Kak Nor memang ambil tempahan buat kek, kuih dan durian crepe juga. Apa - apa roger Kak Nor dekat FB ok (huda ada bagi link di akhir entry ni). Ha, nampak tak huda minta korang baca entry huda sampai habis, haha ;) .

Kelas Kak Nor ni sempoi je, kalau masuk kelas Kak Nor ni tak payah nak takut - takut sebab macam huda cakap tadi, Kak Nor ni sangat sporting dan friendly orangnya. Perkakas dan alatan buat kuih, bahan - bahan membuat kuih juga disediakan oleh Kak Nur. Korang tinggal datang dan belajar. Bukan tu saja, korang juga akan diberi resepi. So sepanjang pelajaran nanti, refer juga dekat resepi yang telah di provide oleh Kak Nur. 

Untuk kelas hari tu, kak Nur adakan pada Hari Jumaat. Pukul 10 pagi, kelas buat koci leleh. Pukul 12 lebih macam tu, kelas buat durian crepe pula. Aku ambil dua - dua session. 

Bayaran untuk setiap kelas :-
Kelas Durian Crepe - RM 50
Kelas Koci Leleh - RM 70 (belajar 3 jenis resepi. Koci leleh durian, pulut hitam dan labu). 

Yang bestnya, lepas korang habis kelas buat kuih ni...Korang boleh bawa balik kuih - kuih yang telah korang hasilkan tu! 

Process buat kuih koci leleh.
Korang akan di ajar buat inti, buat koci dan kuah (sebab tu dipanggil koci leleh).

*credit picture - Kak Nur, hihi*
So time ni, kiteorang tengah buat adunan koci. 

*Credit picture - kak nur*
Time ni pula tengah buat durian crepe pula.

Ini adalah process terakhir untuk buat durian crepe. 

Biasalah semua first time, even buat kuih koci leleh tu pun ada 'terkucil/tergagap', apatah lagi masa nak 'balut' durian crepe ni. Mengigil rasa tangan nak letak wiping cream segala bagai. Lagi depan cikgu, hehe :P. Apa - apa pun, it was fun! Thanks kak nor sebab ajarkan huda =D . 

Ni koci leleh durian. 
Yang bestnya, koci leleh durian ni....All the ingredient ada letak durian. Dari tepung, sampai ke inti semua ada rasa durian. 

Dan...
Inilah hasil dia, selama satu hari berperang di dapur Kak Nor. 
p/s:rasa puas bila tengok hasil air tangan sendiri yang di ajar oleh Kak Nor =D


Sedikit info:-
Satu box kuih koci tu ada 10 pieces = RM 6, yang bezanya cuma koci durian leleh sahaja. Satu box kuci durian leleh pun ada 10 pieces = RM 7.

Satu box durian crepe berharga - RM10 (6 pieces dalam setiap box). 

Sekiranya korang berminat nak memasuki kelas buat kuih koci leleh atau durian crepe ni, korang bolehlah risik - risik info dekat FB Kak Nor --- (CLICK SINI). Bukan tu saja, korang juga boleh buat tempahan kek, koci leleh dan durian crepe ni dekat kak nor. Apa apa, check info dekat FB kak nor. 

Ni contoh kek tempahan yang Kak Nor buat. Cantikkan?

So oklah, sampai sini sahaja yang sempat untuk huda update blog ni. Thanks guys, nanti if ada masa lapang lagi, huda update lagi ye. 

Thanks singgah dan baca entry kali ni,

p/s: To those yang nak buat advertisement dalam blog huda, di alu - alukan sangat tau. Apa - apa korang boleh email huda di farahudahud@yahoo.com.my/ boleh PM dekat fanpage FB --- CLICK SINI. Jangan risau cas yang dikenakan tersangat berpatutan. 

Bye,
Salam...

You Might Also Like

3 comment di sini.

  1. Replies
    1. hehe tak pastilah. Cuba contact kak nor - link fb dia, saya ada provide dalam entry ni.

      Delete
  2. pena try nak buat durian crepe mmg xpena mnjadi. btw cantik kek yang kak nor buat :D

    ReplyDelete