Bila cuti semester sudah berakhir

7:04 PM



Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Alhamdulillah. Cuti semester kali ni, sangat - sangat meaningful even ada beberapa kejadian yang membuatkan aku sedih. Eh, takkan nak cerita. Private life, meyh :P . 

Tapi cuma satu yang aku nak share, dan aku rasa korang pun dah sedia maklum tentang perkara ini. Disebalik kesedihan, terselit kegembiraan. Dan percaya benda tu. Cuma yelah, kita ni kadang kalau tengah stress, semua nak cepat terasakan. Tapi, bila kita cuba redha, InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. 

To be honest, bukan mudah nak terima sesuatu. Tapi aku percaya, apa yang berlaku semua itu, ada hikmahnya. Di sebalik hikmah itu, mungkin terselit petunjuk dari Allah. Aku cuba untuk terus positive. 

Ambil semangat abang, untuk habiskan semester ni. Nanti bulan 11, InsyaAllah kalau ada rezeki amik semangat adik juga, yang bakal konvo. 
Tahniah buat korang berdua. Aku bakal menyusul, tahun depan InsyaAllah...


"Ahad kita balik," aku cakap dengan family aku. Then abah balas, "ahad tu esoklah". Aku terdiam, dan cakap sendiri dalam hati "alaaaaa, macam malas je nak balik kampus". Sampai boleh terlupa, hari ni hari sabtu, dan esok ahad. Haha, nampak tak pemalasnnya aku nak balik ke kampus. Perasaan ni akan biasa aku lalui, bila cuti semester sudah berakhir. Maklumlah, kalau dah dekat kampus tu susah sangat nak ada masa balik sini. Satu jauh, satu banyak kerja. Jadi bila banyak kerja, asyik menunda je nak balik ke JB. Sampai tak tahu, bila nak cari masa free.

Homesick tak sudah, haha. 

Kejap je masa berlalu, kejap je rasa macam dah nak habis study. Semester ni, adalah semester terakhir aku belajar di kampus. Dan bila dah semester akhir, macam biasalah semua tahu yang setiap pelajar kena berhadapan dengan FYP. Wish us luck. 

Alhamdulillah, result sem lepas is much better (even tak dapat capai target sepenuhnya, tapi masih lagi bersyukur sebab sendiri boleh tersenyum, dan happy bila tengok parents tersenyum dan ucap tahniah). Thanks mak abah and family for the support. Muah cikit =D.

Oklah, malam sudah menjelma. Jadi nak wish, good night, hehe. So sampai sini saja yang sempat huda tulis, next time bila free huda update lagi. Thanks kepada semua yang singgah blog dan baca entry huda. Thanks juga kepada follower blog yang baru follow blog pician yang owner dia selalu acah - acah sibuk, kihkihkih :P . Thanks sangat guys, number cantik di kotak follower #2929. 

Bye, 
Salam

You Might Also Like

2 comment di sini.