Original karya by Farah - Setia

1:01 AM



Assalamualaikum, =D

Dah lama karya ni tersimpan di dalam folder. Dari semester oct 2014, sekarang baru rasa nak publish dekat blog. 


Idea asal dari cerpen yang pernah aku tulis dulu (2013). 
Ni kira sambungan dia....
Setia, 
Bab 1
Selepas tamat seisi persekolahan, seperti biasa Hazieqa Fatehah segera pulang ke rumah. Ketika dia sedang berjalan untuk menuju ke kereta miliknya, tiba – tiba…

“Sorry,” kedengaran suara seorang jejaka memohon maaf selepas dengan tidak sengaja terlanggar bahunya sebentar tadi sehingga menyebabkan buku – buku yang berada di tangan, berteraburan di atas jalan.

Hazieqa pantas mengutip buku – buku latihan anak muridnya yang terjatuh di tempat parking kereta. Sesekali dia menjeling dan melihat tingkah lelaki di hadapannya ini, dan tidak sama sekali kelihatan bahawa dia akan menolong Hazieqa untuk mengutip buku – buku yang bertaburan itu.

‘Dah lah langgar aku, bukan reti nak tolong aku kutip buku. Nampak gaya macam sombong orangnya,’ rungut hati Hazieqa.

Selesai mengutip buku – buku tersebut, Hazieqa membetulkan keadaan beg tangan LVnya yang hampir terjatuh dari bahunya tadi.

 “Cik. Cik ok?” tegur lelaki itu buat kali kedua. Dari kaca mata hitam dia sempat melihat sekilas wajah gadis itu yang sedang leka membetulkan beg tangannya yang hampir terlepas dari bahu.

 “Eh, awak ni tak nampak saya jalan ke apa? Saya yang besar ni awak tak nampak? Hisyh, pelik betul!” marah aku lalu melihat muka jejaka itu sekilas. ‘Eleh, pakai cermin mata hitam konon. Ingat kau tu handsome sangat ke?’ bebel Hazieqa di dalam hati.

Hazieqa! Nama itu hanya terlintas di hati tetapi tidak terucap di bibir. Ya Allah, akhirnya….Akhirnya, aku jumpa kau Zieqa. Kau mengajar dekat sini ke? Dia membetulkan kaca mata hitam yang dipakainya. Ingin dibuka, tetapi takut gadis di hadapannya ini akan lari dan menjauhkan diri daripadanya. Tapi….

Kenapa Mummy dengan adik tak pernah cerita dekat aku yang Hazieqa berkerja di sini. Kalaulah mummy inform aku dulu, kan senang kerja aku. Strategi lama boleh dilaksanakan.

Yang si Hazieqa ni pun, takkan dia tak perasan raut wajah aku. Oh yelah aku bercermin mata hitam, semakin kacak mungkin, sebab tu dia tak dapat cam muka aku. Kalau aku buka cermin mata ni, confirm dia terkejut beruk! Rindunya aku dekat kau, Zieqa…

“Hello, encik! Sekarang bukan masa untuk berangan tau,” marah Hazieqa yang cuba menahan rasa panas di hati. “Eh, saya tak fahamlah dengan awak ni. Jalan bukan main besar tapi masih juga nak berlanggar,”perli Hazieqa. Sekali lagi dia memandang wajah jejaka di hadapannya sepintas lalu. Tidak ada rasa di hati untuk menatap wajah itu lama – lama. Hatinya sedang bernanah bila melihat keadaan lelaki itu yang tidak memberi apa – apa riaksi padanya. Patung ke apa? “Lagi satu, awak ingat ni dalam drama ke apa nak main langgar – langgar ni?” bebel Hazieqa lagi.

Di lihat keadaan sekeliling, kelihatan guru – guru dan murid – murid yang lalu di situ menyaksikan ‘drama’ yang baru sahaja dipertontonkan pada khalayak. Sudahlah ‘drama’ ini belaku di tengah – tengah tempat parking kereta yang luas ini. Aduh, malu aku!

Dia menjeling lagi pada susuk itu.

“Ma…Maafkan saya,” jawab lelaki itu seakan – akan tergagap.

“Maaf je?” tanya Hazieqa lalu menatap wajah lelaki yang berada di hadapannya. “Bukan reti nak tolong kutip semula buku yang berteraburan tadi. Tak gentleman langsung!” bebel Hazieqa.

“Ya, maaf,” balas lelaki itu dengan selamba lalu membuka kaca mata hitam miliknya.

Hazieqa terpena! Bagai nak gugur jantungnya saat ini apabila dapat melihat wajah sebenar lelaki itu, bila kaca mata hitam di buka sebentar tadi. Ya Allah… Tanpa berlengah dia segera mengatur langkah dan beredar dari situ.

Hatinya menjadi tidak keruan. Hatinya gelisah. Hatinya berkecamuk bila melihat wajah lelaki di hadapannya tadi. Rasa rindu yang kian lama di simpan, kini muncul kembali bila lelaki itu berada betul – betul di hadapannya. Ya Allah, apakah makna dari semua ni?

Kenapa aku perlu jumpa kau dalam keadaan aku macam ni? Kenapa aku perlu jumpa kau di kawasan sekolah ni? Apa kau buat dekat sini?

Tanpa berlengah, pantas Hazieqa berlalu dari situ.

“Zieqa, wait….”lelaki itu cuba menghalang. Langkahnya terhenti. “Wan Nur Hazieqa Fatehah binti Wan Kamal Abdullah,” Lantang lelaki itu memanggil nama penuhnya. “Fath!” panggil lelaki itu lagi.
Hazieqa cuba mengawal rasa debar di hatinya. Ya Allah, kenapa setelah hampir 10 tahun baru dia muncul kembali dalam hidup aku. Apakah ini adalah perancangan dariMu?

Hazieqa kaku di situ.

“Kau nak pergi mana?” tanya lelaki itu lembut. “Tolong jangan larikan diri dari aku lagi, Zieqa,” rayu lelaki itu tenang.

Hazieqa diam.

“Zieqa…

“Iq, please. Bukan dekat sini tempatnya. Kita baru jumpa selepas hampir beberapa tahun tak bersua muka, so please aku belum ada rasa nak jumpa kau lagi,”balas Hazieqa lalu beredar meninggalkan lelaki itu berseorangan.

Dengan pantas lelaki itu mengejar Hazieqa. Tangan Hazieqa direntap dari belakang. “Sah. Sah, kau nak larikan diri dari aku lagi. Zieqa, please….Perkara yang lepas tak usah dikenang, Zieqa. Sekarang aku dan kau dah cukup dewasa untuk menilai sesuatu perkara, tolonglah lupakan perkara tu,” rayu lelaki itu tanpa ada rasa ingin mengalah.

Hazieqa berpaling ke belakang. Kini mereka bertentangan dan saling berpandangan. “Iq, please. Aku tak ada masa nak layan kau sekarang ni, dan aku tak ada masa nak buka cerita yang lepas dekat sini. Cukup benda tu jadi sejarah dalam hidup kita berdua. Kau kena ingat, kau dengan aku dah lama putus dan tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi,” jelas Hazieqa panjang lebar.

Iqmal tersenyum lebar saat mendengar penjelasan yang begitu panjang dari Hazieqa. “Biarpun kita sudah lama terpisah, tapi aku dapat rasakan yang kau rindukan aku dank au masih mencintai musuh kau yang seorang ni, kan sayang?” duga Iqmal.

Hazieqa tersentak mendengar ucapan dari Iqmal. Eh, macam mana dia dapat rasakan? Hisyh mamat ni, jangan cakap dia stalk Facebook aku dah lah! Dari dulu sejak putus, aku tak sudah – sudah share something berkenaan dengan cinta. Malunya!

“Kenapa senyap, betulkan?” duga Iqmal.

Hazieqa terus menyepikan diri. Persoalan itu tergantung begitu sahaja dan biarlah ianya ditinggalkan tanpa sebarang jawapan.

“Anyway, salam perkenalan dari saya Iqmal Haziq bin Abdul Yassir Al Akhtar,” lelaki itu menghulurkan tangannya sambil melemparkan senyuman manis. Senyuman manis yang dirindui Hazieqa satu ketika dahulu.

“Sorry, bukan muhrim,” balas Hazieqa pendek.

“Oh, kalau macam tu kita jadi muhrimlah Zieqa. Bolehkan?,” terkejut. Ya, itulah yang dirasakan kini.
“Eh, oklah aku balik dulu. Eh, kejap! Sebelum aku terlupa, aku nak pesan dekat kau satu ni. Sebab perangai kau memang tak pernah berubah dari dulu. Please, kalau terlanggar, lepas tu nampak barang jatuh, jangan pemalas sangat ek nak tolong angkat balik. At least tolong, baru gentle tau!” bebel Hazieqa panjang lebar.

Iqmal tersenyum mendengar bebelan si bekas kekasihnya itu. “One more thing juga Cikgu Hazieqa, awak ni dari dulu memang tak pernah nak diam dari berceloteh agaknya ye? Ada je benda kau nak jadikan bahan. Its ok, aku terima nasihat kau yang pedas dan cakap yang aku tak gentle. Please ek, remember my last word on the last 10 years yang aku pernah cakap dekat kau. ‘Once aku jumpa kau balik, kau memang takkan terlepas dari pandangan aku,’ dan harap kau tak menyesal!” gertak Iqmal.
Hazieqa pantas diam. Seperti tidak boleh terima apa yang di katakan oleh Iqmal sebentar tadi. Dia ingat dia siapa, parents aku ke nak cakap macam tu? Hairan pula aku!

“Kenapa senyap, no word right?” peril Iqmal.

“Aku malaslah nak layan kau, jawapan aku ada dekat lagu Aiman Tino yang tengah popular sekarang. Kau dengar, kau hadam! Lepas tu, tolong jangan cari aku lagi, even terserempak jangan berani nak tegur. Assalamualaikum,” Hazieqa meloloskan diri di dalam kereta. Cepat – cepat dia mengunci pintu keretanya, menarik tali pinggang dan keluar dari parking.  

*****
BERSAMBUNG...

You Might Also Like

4 comment di sini.

  1. wowwwwwwwwww layan... bakat yang ada jgn dipersiakan..
    knp tak upload dkt ilham. ramai org baca

    Apa pun terjah Nil ye ada something Join la jommmmm

    SEGMEN BLOGWALKING EXCHANGE LINK NH

    JOM JOINNNNN.... ada hadiah ada followers.. ada komen.



    http://nilamhimawari.blogspot.my/2016/09/segmen-blogwalking-blog-exchange-link-nh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks Nilam. Hehe, tak habis type lagi all the bab sebab sekarang tengah busy, hehe. Good idea, InsyaAllah nanti huda upload if semua dah siap =)

      Delete
  2. Interesting...sambunglah lg nt.. hihi.. masukkanlah cerpen sis dkt ilham.karangkrafcom Boleh bace karya sy jgk kt situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you <3 . InsyaAllah nanti saya cuba masukkan =)

      Delete