Hang out with adik beradik

Saturday, August 20, 2016



Assalamualaikum, =D


Hai semua,
Since dapat tahu tarikh presentation proposal di tunda, laju - laju aku pergi beli tiket. Habis je kelas, terus pecut kereta ke stesen bas dan beli tiket. Sejenis aku kalau balik minggu, memang tak drive. Sanggup naik bas, senang! 

Happy gila weyh dapat balik. Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana. Berminggu since lepas raya tu, aku stay kat kampus dengan busykan diri siapkan proposal, sibuk dengan event, sibuk dengan assignment dan segala bagai sibuk dia. Tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Paling happy bila lecturer terima proposal kami, cuma kena tambah dan touch up sikit - sikit je. Ok dalam this week kena pulunkan touch up proposal tu. 

Balik je JB, aku cerita one of my plan dekat adik aku yang ketiga. Plan dia tak adalah gempak mana pun, setakat ajak adik teman aku release tension. Alhamdulillah plan tersebut berjaya dilaksanakan, kihkihkih...Pula tu, weekend, adik - adik yang sekolah cuti, so boleh ajak diorang juga pergi tengok wayang. Kalau nak tengok wayang dengan diorang kena tengok yang 13+ atau bawah 15+,  sebab umur budak dua orang tu bawah 14+. 

Ok, tadi tengok cerita BFG ni. 
BFG adalah singkatan kepada Big Friendly Giant. 

trailer BFG.

Selesai menonton wayang, kami tidak terus bergerak pulang. Sebaliknya singgah cari barang lagi. Yang adik dua orang tu, faham jelah suruh cepat pilih barang. Haha, redha jela dek kalau ikut akak yang 20++ ni berjalan. Biasalah kan budak - budak mana faham sangat, yang diorang tahu dapat barang diorang then ok jom balik. Sebelum dapat barang diorang, tunggu akak pilih barang, merungut kejap. Lepas dapat barang, senyap balik. Haha.

Jalan dengan akak, redha jela dek :P . 

Pukul 5 lebih, kami pun bertolak pulang ke rumah. Mujur rumah dengan pusat membeli - belah takdelah jauh mana. Cuma kena lalu highway pasir gudang tu dan hadap jem kejap. 

Apa - apa pun, thanks dekat korang sebab layan akak kau sorang ni release tension haha. 

Ok lah, nanti ada story huda sambung tulis lagi entry ni. Thanks singgah baca entry yang agak ringkas ni. 

Salam =D

You Might Also Like

0 comment di sini.