Hang out di Kuantan Pahang

Farah
9


Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Sebenarnya nak pergi Kuantan ni, tak rancang pun tau. Lepas dok bebual pasal nak beli barang raya apa semua, barulah masing - masing decide nak pergi Kuantan. Aku ok je, memandangkan first week belajar, so macam tak ada apa - apa kerja sangat.

Sabtu pagi tu, kami bertolak dari Kampus ke Kuantan. Perjalanan yang mengambil masa tidaklah begitu lama, hanya satu jam lebih saja di peruntukkan. Alhamdulillah tepat pukul 10.30 pagi macam tu, sampailah Kuantan. Sampai je Kuantan, aku terus membelokkan kenderaan ke arah ECM. Destinasi pertama yang telah di set, adalah ECM Kuantan. Kena pergi awal, sebab nanti kalau sampai tengah hari, nak cari parking je dah berejam. Tak ke haru, gitu?

Perkara pertama bila sampai ECM, cari makan! Sebab dari pagi tadi hanya jamah dua cubit roti yang kawan bagi je. Aku ni sejenis yang bila dalam perjalanan (tak kiralah dekat ke jauh), memang tak ada selera nak makan. So kalau makan pun, sikit sangat. Setakat jamah tu kira oklah. Lebih selesa, dengan menjamah beberapa teguk air sahaja. Cukuplah bagi aku untuk mengisi perut yang kosong ini. 

Makan pula di Restoran Nasi Ayam penyet yang terletak di level 3, ECM Kuantan. Selesai makan, kami pun memulakan perjalanan kami me - round satu ECM tu, sampai puas cari barang yang diperlukan. Dari satu kedai ke satu kedai kiteorang masuk.


Puas shopping dekat ECM tu, kiteorang singgah pula dekat GioMall Kuantan. Halamak, nak masuk Giomall punya macam bercinta aku rasa. Jem dia penuh dengan kesabaran. Tempat parking pun serious terhad. Jadi akak redha je kalau tak dapat parking dan terpaksa round sekali lagi untuk cari parking. Semata - mata nak shopping, akak sanggup haha. 

But, Alhamdulillah...Semua dipermudahkan, sampai je depan Giomall tu, ada sebuah kereta nak keluar dari parking. Kebetulan aku baru je sampai, apa lagi...Aku pun terus park kereta, keluar dan mula bertapak ke dalam GioMall dengan rasa gembira di hati. Tak adalah haru nak pusing dua tiga kali kan, sebab I dah dapat parking, kihkihkih...


Besar juga Giomall ni. Walaupun butik dia tak adalah banyak sangat (macam dekat Business Centre, BBU JB), tapi kira macam puas jugalah kalau shopping kat sini. Aku punya niatlah, tak nak shopping tau. Eh, sekali terbabas juga! Terbeli kain ela. Bab makan tak payah cakap, sekali makan dekat ECM tadi dah berapa. Balik ada lagi singgah cafe, kihkihkih...

Antara butik yang terdapat dalam Giomall ni seperti, Bella Ammara, Siti Khadijah, Rina Salleh, By Fatin Suhana dan ada beberapa butik lagi yang aku lupa nama dia, haha.
Dengar cerita, Giomall ni dulunya Kamdar. Ada betul ke orang Kuantan? 

Selesai pusing satu Giomall ni, kiteorang pun decide untuk beredar dari situ. Balik, yes yes balik. Akak dah penat ni dek haha. Ek, tapi biasalah sebelum balik kena singgah pergi cafe - cafe yang telah di set dulu ye. Nasib baik cafe tu sejalan dengan jalan nak balik Kampus. So tak adalah, aku kena tawaf beberapa kali dekat Kuantan tu. Dah lah jalan Kuantan, aku tak hafal - hafal biarpun dah beberapa kali pergi sana, haha. Ada certain tempat yang memang tak pernah pergi tu kena guna waze juga. Karang sesat jalan, aku yang haru.

Lepas dari Giomall tu, kiteorang singgah dekat Cafe Akar Kopi jap. Aku tak turunlah, just tunggu dalam kereta je. Sebab kopi - kopi ni bukan minat aku, haha. Kata kawan, kopi dekat akar kopi ni best, sedap untuk bagi mereka yang sangat gemarkan kopi. Sebab rasa dia, kemahin pekat memang. Tipulah kalau rasa dia tak pahit. Cukuplah rasa kawan punya sikit, terus tak nak lagi. Taubat.

And orang cakap dekat Akar Kopi ni, yang paling popular dengar cerita, roti dia. Sedap, orang cakap.

Lepas singgah Akar Kopi, kami singgah pula ke Kula Cake. Serious aku memang dah lama nak pergi sini, tapi asyik tak berkesempatan je. Lagi pun masa tu, memang tak craving nak makan kek sangat. Aku ni bukanlah, sejenis hantu kek. Kalau makan kek pun, memang akan makan kek yang aku suka je. 

Coklat Moist!!!!
Uiii memang favorite kek ni. 
Tapi sekali makan, memang tak larat nak habiskan. Kemahin besar slice dia ni, so terpaksalah aku bungkus. Tadi baru sempat makan, haha.

Lagi satu, yang paling popular dekat Kula Cake ni, Manggo Cheese Cake dia, memang sedap akak bagitahu awak. 
So kalau awak singgah Kuantan, bolehlah singgah dekat sini ye. 

So oklah, sampai sini sahaja yang sempat aku tulis. Malam pun dah larut, jadi mata pun dari tadi asyik kuyu saja. Esok pagi nak bangun sahur. Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Bulan Ramadhan guys! 

Hope Ramadhan kali ni much better dari yang lepas, Amin...
*agak sedih sebenarnya, sebab dah 2 tahun sambut puasa di perantauan. Selamat berpuasa, mak abah adik abang. See you all masa cuti raya nanti*

Bye, salam...

Post a Comment

9Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. orang kuantan singgah sini.. hehe..selamat berpuasa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, thanks singgah. Selamat berpuasa juga =D

      Delete
  2. Takbagitahu pun datang sini hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaa, sorry sooryy...Nanti kalau huda pergi Kuantan lagi, huda inform farrah ok =), hihi

      Delete
  3. Selamat berpuasa Huda ^^ anyway, Nisha ada tag awak untuk satu segmen ni, jemputlah join ya :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-sayang-followers-elsa-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga. Thanks for the tag Nisha. Good luck untuk segmen tu =)

      Delete

  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, musik, video, film dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !