Beli product yang sesuai dengan kulit wajah kita

Monday, June 13, 2016



Assalamualaikum, =D

Hai semua,

Huda terpanggil nak buat entry ni sebab ada terbaca satu article dekat harian metro (online), berkenaan dengan seorang wanita yang dapat side effect selepas dia menggunakan product yang dilanggannya menerusi FB.

Menurut beliau, sebelum membeli product tersebut, beliau sudah buat research terlebih dahulu melalui comment - comment positive pelanggan yang turut melanggan product yang sama. Tapi mungkin nasib tidak menyebelahi beliau,akibatnya beliau dapat side effect bila menggunakan product tersebut. Mulanya muka beliau kemerah - merahan, tapi lama kelamaan jerawat semakin banyak tumbuh di muka. 

Nak beli product online ni boleh, tapi korang tetap kena ambil langkah berjaga - jaga sebelum membelinya. Perkara petama, buat survey. Buat survey, jangan sekadar tengok pada feedback - feedback pelanggan je tau, tapi tanya pendapat orang ramai, sahabat handai, saudara mara, jika pernah gunakan product tersebut. So apa feedback mereka.  Itu adalah langkah yang paling selamat. 


Walaupun begitu, kita juga perlu tahu bahawa kulit wajah setiap orang tidak sama. Ada yang mempunyai kulit wajah yang normal, atau kulit wajah yang berminyak, atau yang paling special lah, mereka yang mempunyai kulit wajah yang sensetif.

Orang yang kulit wajah sensetif ni memang susah nak cari product, yang sesuai dengan diri mereka. Guna product ini, tak kena. Product itu pun, tidak kena. Kalau salah beli product je, muka terasa membahang dan kemerah - merahan. Silap hari bulan, jerawat yang tak di jemput tu datang, kihkihkih.

So kenal pasti dahulu kulit wajah kita, barulah beli product yang sesuai.

Pengalaman sendiri,
Huda juga salah seorang yang mempunyai kulit wajah yang sensetif. Pernah guna Safi, sekian lamanya (dari zaman remaja hinggalah awal 20-an), tapi seriously dia tak berapa nak work dengan kulit wajah huda. Jerawat asyik ada, tang tu je. Geram pula! Ha, jenis perempuan ni, dia akan cari product yang boleh buat kulit wajah dia licin. Eceh kira macam flawless lah gitu. Haha, satu ketika dulu aku seorang yang macam tu :P .

So, bila dah meningkat dewasa, aku cuba beranikan diri beli product lain selain Safi. Product kedua yang aku beli dulu, Tanaka. Orang cakap, Tanaka ni bagus. And bila apply kat diri sendiri, amik kau! Sekumpulan jerawat, mula tumbuh kat pipi. Hurm...So last - last aku decide pergi pharmacy tanya orang pharmacy tu, sekian sekian...So dia suggestkan garneir. Aku pun beli. Eh still sama, tak work! 

Last - last give up, ngadu kat mak. Lepas tu mak pun sugget product yang mak aku pakai, AG2000. Aku cuba. Alhamdulillah dalam beberapa bulan aku guna, kulit wajah semakin oklah. Jerawat pun tumbuh kalau time dia nak tumbuh je. Tapi tak adalah kulit wajah aku ni flawless, cuma less jerawat. So tak payah haru nak pergi cari - cari lagi product apa yang sesuai dengan kulit wajah. 

Kesimpulannya belilah product yang sesuai dengan kulit wajah kita. Kalau dah sesuai jangan pula, gatal tangan nak tukar. Just guna je apa yang dah rasa sesuai tu. Selamat untuk kulit wajah, dan duit pun selamat =). Plus kalau nak beli product online, macam huda cakap tadi...Buat research sedalam - dalamnya. Lepas dah rasa puas hati, barulah beli.

Ok, sampai sini sahaja. Thanks luangkan masa baca entry ni =)
Bye, salam...

You Might Also Like

4 comment di sini.

  1. bukan senang nak cari yang sesuaikan..

    ReplyDelete
  2. saya currently pakai produk Safi. no effect huhu. kita sama mempunyai kulit muka yang sensitif.

    ReplyDelete
  3. Kdang2 dh pki satu2 produk tgok lama xda prubahan pape. Jenuh nk mncarik yg btul2 ok. Haha

    ReplyDelete