Resepi Maroconi Goreng Ala Bujang

Thursday, May 05, 2016



Assalamualaikum, =D


Hai semua..

Selamat pagi. Entry ni dah lama aku karang, tapi buat sebagai 'draft' saja. So hari ni baru nak publish.

Sejak - sejak ni sendiri minat macaroni. Tapi bukan macaroni bake, bukan macaroni yang ada cheese tu, (sorry aku bukan peminat tegar cheese).  So buatlah macaroni goreng ala campak - campak tu. Masuk bahan ni, bahan tu, gaul - gaul sikit, dah siap. Simple! =)



Nah dekat bawah ni resepi macaroni ala bujang , 
ataupun campak sana, campak sini, siap! :P

Bahan - bahan
Setengah pack macaroni (tak kisah jenama apapun) - direbus dan ditoskan
2 biji bawang merah (blander)
2 biji bawang putih   (blander)
15 batang lada kering (blander)
2 sudu kicap manis
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 @ 3 biji telur
sedikit garam
hotdog/fishball***
Sedikit lobak merah (dihiris nipis)

*** kalau korang nak replace udang, ayam, fish cake or anything else yang korang rasa sedap untuk di buat sebagai perencah pun, korang boleh guna. 

Cara - cara nak masak macaroni goreng ala bujang,
1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak dah panas, masukkan bahan - bahan yang korang dah blander tadi. Tunggu sampai tumisan korang tu garing (atau kekuning - kuningan).
2. Masukkan sedikit air dan biarkan ianya mendidih buat seketika.
3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Biarkan ianya mendidih buat seketika.
4. Masukkan lobak merah. Biarkan seketika sehingga ia empuk. 
5. Masukkan hot dog/fish ball. Biarkan seketika sehingga ianya empuk. 
6. Masukkan macaroni yang telah di rebus dan di tos kan ke dalam kuali. Gaul sehingga rata. 
7. Buat satu ruang di tengah atau di tepi, dan pecahkan telur. Kacau telur tu sedikit, biarkan ianya masak seketika. Kemudian bila dah masak gaulkan bersama macaroni hingga rata.
8. Bubuh garam secukupnya.
9. Siap dan boleh hidangkan.

Selamat mencuba! =)


You Might Also Like

3 comment di sini.

  1. Lama tak makan macaroni goreng. Lepas ni boleh try :)

    ReplyDelete
  2. saya suka makan macaroni jugakkk . semua jenis saya suka . sedap nih resepi nih . nnti boleh try :)

    ReplyDelete