App Solat

Monday, May 16, 2016


Assalamualaikum,
Hai semua,

Pernah dengar tak app solat? Huda suka guna app solat ni,sebab senang nak tengok waktu solat semasa huda berada di negeri orang.

Dalam banyak - banyak app solat, huda suka guna app solat yang ni,.

Dengan app solat ni,memang mudah bagi kita untuk tengok waktu solat,dekat mana sahaja kita berada. So tak payah lah haru,nak cari kat google kalau kita travel jauh jauh,seorang diri atau dengan keluarga dan juga sahabat handai.


Buka saja app ni, cari negeri dan daerah, di mana tempat kita berada, secara automatik dia akan keluar list waktu solat.


Bukan tu saja tau, app solat ni lengkap dgn pelbagai panduan lain. Contohnya, kita boleh check dekat mana masjid terdekat, mana kiblat, siap ada panduan solat bila kita bermusafir, dan ada beberapa lagi panduan yang berguna untuk kita.

Best tau app ni. Plus dengan ada app ni,mudahlah kita untuk solat di awal waktu.
Ok sampai sini sahaja entry kali ni. Tq singgah dan baca. 

You Might Also Like

1 comment di sini.