Opportunity | Peluang

1:02 PM



Assalamualaikum, =D


Hai semua,



Dekat mana - mana saja ada peluang, carilah sesuatu yang kita minat dan rebut peluang yang ada,
Meskipun begitu, pada aku walaupun kita rasa kita minat, kita suka dan kita nak sangat sesuatu tu, 
Tapi kalau tak dapat restu dari both parents pun tak boleh juga.
Pada aku, restu parents tu sangat penting bila kita masih di bawah jagaan mereka.

Mungkin lah kalau parents tak kasi memang kecewa. Haha, punah ranah segala hasrat yang terpendam selama ni. Tipu, kalau tak rasa macam tu. Tapi kau cuba je fikir positive "mungkin ada hikmah disebalik semua tu". Kita hanya mampu mengatur dan merancang, tapi Allah yang tentukan segalanya.

Redha Allah, terletak pada redha ibu bapa. 
ok remember that statement! =)

Lagi satu, kadang - kadang ibu bapa cakap ok, tapi pun still kita tak dapat apa yang kita nak sebab kadang - kadang ada saja halangan di situ.

Percayalah, tu ujian dari Allah sebab Allah sayangkan hambaNya. 

Dan percaya satu ni, satu hari Allah akan balas dengan sesuatu yang kau rasa lagi berharga dari apa yang kau nak sebelum ni. Serious. Cuba korang flashback balik apa yang korang nak tapi korang tak dapat ambil opportunity tu, atas sebab - sebeb tertentu. 

Sebab Allah tahu apa yang kita perlukan.

Jika kita nakkan sesuatu (atau nak create opportunity), usaha, usaha, usaha dan perbanyakkan doa. Insyallah. Berbekalkan usaha dan doa, kita pasti dapat apa yang kita impikan selama ni.

"orang yang berjaya, pasti akan menemui kegagalan dahulu sebelum menemui kejayaan".

Salam...

You Might Also Like

0 comment di sini.