Majlis Kahwin Kawan

Friday, December 18, 2015



Assalamualaikum, =D

Oh,hai!

Ini cerita 3 minggu lepas, tapi si huda baru beria nak update, haha. Sorry guys...Apentah yang dia busykan sampai tak sempat nak update blog ni ha. 

So hari tu, aku saja 'kumpul' cuti aku lagipun time hati nak balik, time tu sibuk nak mid - term, sibuk nak quiz, sibuk nak present, semua sibuk. Last - last decide balik JB, hujung bulan 11. Kebetulan member aku kahwin pun on that weekend. 

Alang - alang tu, aku pun offer diri nak jadi bridesmaid dia. Eh tak! Macam ni cerita dia, dari hari tu jumpa ayie, dia dah inform awal - awal, cuma aku lambat je buat keputusan, haha. Bukan apa, malu! First time kot jadi bridesmaid ni ha. Dah time aku kahwin nanti, aku nak korang pula jadi bridesmaid aku. Tak kira! :P

Disebabkan cerita ni dah 3 minggu yang lepas, aku pun tak berapa nak ada 'ayat' kot, haha. Jadi aku paparkan beberapa gambar di bawah ni ye. Dan bak kata orang, biar gambar berbicara ;)

Bila Zura awal - awal dah offer diri nak make - up kan kita, kita terima je beb offer tu. Tapi awal - awal cakap dengan dia, nak make up yang neutral dah ler. 
Thanks Zura sebab sudi make - upkan kita =)

Ok masing - masing dah siap. 
Apa lagi, gerak pergi dewan jom!
Dup dap - dup dap jantung aku. Yelah sebab first time kot member offer jadi bridesmaid. 

Jangan tanya kenapa aku paling kecil kat situ ok.
Dari dulu memang diorang nilah paling tinggi (lepas tu masing - masing pakai wages, memang ler nampak diorang makin tinggi. Dan walaupun aku dah pakai wages, tetap nampak pendek kat situ, haha :P). Geng sama - sama kecik, belum sampai lagi (pengantin tulah). Kalau kiteorang diri sebelah - sebelah memang sama tinggi,:P

Ha, nah gambar hari tu.
Kiteorang memang selalu diapit macam ni, kalau bergambar,haha :P

So, dipendekkan cerita...
Inilah dia bridesmaid Ayie dan Akmal. 
So, tugas bridesmaid ni kena baling bunga, bila pengantin jalan atas karpet merah tu.

Pengantin tengah makan beradap, kacau jap lah ambil gambar, haha :P
Kebetulan Zura pun nak balik dah...
Tahniah Ayie, happy married my friends.

Ha, time kawan - kawan sekolah kahwin lah dapat jumpa geng - geng sekolah juga. 
Lama juga tak jumpa korang, Fiza, Fadhil. Tau - tau dah tunang, haha :P.
Kahwin jangan lupa jemput aku nanti ye...

boleh dipanggil reunion kecil - kecilan tak? hehe.
So inilah antaranya, geng - geng seperjuangan masa form 4 and form 5, kelas biotechnology.

Bridesmaid with pengantin,
Ayie and Akmal

Cik Huda, Puan Ayie, Puan Zura and Cik Liya.
Ha, lepas ni sapa pula yang kahwin haha. Kau lah kahwin dulu kot liya, aku ni lambat lagi haha.

Again, to Ayie and Akmal, tahniah.
Moga kekal hingga anak cucu. 

Before tu member kelas masa diploma pun kahwin. Tapi sorry tak dapat hadirkan diri, sebab tak sempat balik JB dan time tu sibuk dengan mid term. 
So Tahniah juga buat Nurrul dan Husband. Moga korang kekal hingga anak cucu =)

Yang kengkawan dah tunang pun, tahniah juga =)

So oklah, sampai sini je yang sempat huda update. Thanks singgah dan baca entry kali ni ye. Insyallah kalau ada story lagi nanti kita update lain =)

So oklah, bye...Salam

You Might Also Like

7 comment di sini.

  1. jadi bridesmaid pun dah nerbess agak2 kalau akak huda yang bride, macam mana? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yang ni lawak. kalau kahwin nervous dia lain sikit kot, haha :P

      Delete
  2. wah ! best2 jadi bridesmaid ni hehe..

    ReplyDelete
  3. Tahniahhh kawan kak huda hehe tapi takpe Ayu pendek so Ayu faham :p pendek itu comel apa jangan risau

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hehehe, Alhamdulillah dah lama actually buat blog ni. ni sapa ye?

      Delete
    2. hehehe, Alhamdulillah dah lama actually buat blog ni. ni sapa ye?

      Delete