First time makan dekat boat noodles

10:27 AM



Assalamualaikum, =D


Hai semua!

Selama ni dok dengar orang sot set sana sini, pasal boat noodles je. Nak pergi try, tapi asyik tak sempat. Maklumlah duduk nun jauh di Pahang sana, balik JB pun sebulan sekali (tu pun kalau assignment tak banyaklah). 

Hari tu (selasa), jumpa member terus ajak makan, sebab perut ni dah lapar! Lepas tu member pun ajak pergi pekena boat noodles ni. 

Tanpa menunggu lama, aku mula menukar gear dan menurunkan hand break. Pedal minyak ku tekan dan kereta aku bergerak menuju ke arah Skudai. Ok tu ayat novel (yang tonggang terbalik)! Disebabkan rindu nak taip novel, tu yang sampai terkeluar ayat - ayat dalam entry blog aku ni. Kah!

Nak sambung tulis novel masa cuti ni, idea pula kejap ada, kejap tak ada. Macam biscuit. 

So sampai - sampai sana terus order makanan. Disebabkan dengarnya mangkuk mee ni kecil dan kuantitinya tak banyak, aku pun order sekali empat. Dan kononnya nak try setiap menu yang ada dekat situ. Takut nanti tak kenyang, lagi aku belum jamah nasi pun hari tu. Harga satu mangkuk, RM1.90. 

Bila makan dua mangkuk setengah je, aku mula rasa kenyang. Tapi dah order, takkan nak membazirkan? So makan jelah lagi semangkuk setengah tu, habiskan...

Dengan cawan dia pula, nan besar. Tak habis, aku pun bawa balik. 

Biar pun orang lain makan nan bermangkuk - mangkuk, tapi aku hanya boleh makan dua mangkuk setengah je. Pada aku, dua mangkuk setengah tu bersamaan dengan satu mangkuk besar.

So ini makanan yang kami order. 
Alhamdulillah makan 4 mangkuk boat noodles ni, rasa kenyang sampai ke malam. Malam baru menjamah nasi dan lauk yang mak aku masak. 

Balik dari skudai, terus ke bandar. Ok malas nak cerita part ni, sebab hari tu memang round satu bandar JB je kerjanya. Hisyh, awak...awak...rasa nak gelak bila teringat kisah hari tu :P . 

Lepas tu, singgah sekejap dekat Angsana. Bila dah sampai Angsana ni memang tak sah kot kalau tak singgah dekat Badan Cemerlang. Ada je benda nak beli. Sempat capai sebuah novel pula tu, hihi.

Last week baru tengok drama Bukan Isteri Sempurna ni...Marathon lagi! Dari episode 1 hingga 11. 
Maklumlah, dekat Uni hari tu busy memang tak sempat nak layan drama. Balik je cuti semester, aku terus balas dendam, haha. 

So disebabkan tak sabar nak tunggu dia habis, aku pun beli je novel dia ni ha. At the end...macam biasalah, happy ending! =)

Balik rumah juga, balas dendam dengan beli novel - novel dan baca! Ok nanti nak buat review satu - satu novel ni dalam blog. 

*kalau cakap pasal 'balas dendam' ni, student mesti faham, haha*

So far, huda tengah baca Hijrah Cinta Kerana Dia...Serious best! Novel lain dari yang lain tau. Cinta versi Islamik, siap setiap bab tu dia selitkan potongan Al - Quran dan hadis - hadis yang berkaitan dengan bab - bab tersebut.Hisyh tak sabar pula nak review tau! Tapi tunggu huda habis baca eh =) .

So oklah, sampai sini saja yang sempat huda bebual dalam entry ni. Next time huda update lagi eh. Ok thanks kepada yang luangkan masa baca entry ni. 

Bye, salam...

You Might Also Like

6 comment di sini.

  1. Gulp gulp telan air liur . Mcm sedap jek

    ReplyDelete
  2. kalau empat mangkuk. Lissa boleh habis 3. yang keempat, fed-up. hahahaha

    ReplyDelete
  3. kalau empat mangkuk. Lissa boleh habis 3. yang keempat, fed-up. hahahaha

    ReplyDelete
  4. masa mula mula makan dulu,,amik 5 mangkuk,memang xlarat nak habiskan T.T

    ReplyDelete
  5. kat tempat saya pun boat noodles ni baru bukak tp belum prnah try lagi. ramai kata kedai ni sedap :D

    ReplyDelete