Empat Sahabat

8:30 AM



Assalamualaikum, =D


Hai semua =D

Ini cerita tentang empat sahabat. Empat sahabat yang sudah lama terpisah, tapi bila jumpa peh serious, perangai masing - masing tidak pernah berubah. Sedikit pun tidak!

Cuma status masing - masing je, seorang demi seorang berubah menjadi seorang puan.

Bersama bride to be, Ayie...Errr not me! (Balon tu saja duduk depan aku,haha).
See,sorang - sorang meninggalkan zaman bujang dan melangkah ke alam perkahwinan. Tahniah korang! =D. Doa kan aku pula eh? One day nantilah...Lepas Iollsss habis study,lepas kewangan dah kukuh sikit,hihi.

So, inilah dia kawan gila - gila aku yang tak pernah berubah perangai diaorang ni. Kalau jumpa mula riuh! Haha, serious weyh... Aku tak puas lagi jumpa korang! =)

Lima tahun (sejak habis sekolah dulu), kiteorang tak berkumpul macam ni. So selasa lepas, baru berpeluang nak lepak sama - sama macam ni. Maklumlah sekarang semua dah mula sibuk dengan hal masing - masing.

Dan paling best bila dapat selfie dengan budak kecil ni. Hisyh, bukan senang nak ajak dia selfie sekarang, ni kira nasib baik dia baik nak layan auntie dia yang seorang ni tau. Haha, Thank you Shahanz. Nanti kita jumpa lagi, kita selfie lagi ok! =)

An addition,
Ok yang ni aku terlupa nak add on dekat entry ni, kawan aku yang bagitahu dan minta buat penambahan. Wah, macam penambahan apa pula kan, haha. Padahal penampahan content je pun...

So hari tu, kiteorang jumpa sebab kebetulan semua orang tengah free. Eh, kejap! Kalau tak free pun kena buat - buat free juga! Haha, zalim tak ayat aku. Pung pang - pung pang, Alhamdulillah semua cakap, diorang free selasa lepas. 

And thanks dekat korang sebab luangkan masa together! 

Hari tu, kiteorang memang plan nak jumpa dekat JBCC, atau dulunya lebih dikenali dengan Komtar JB (if Im not mistaken lah). Dan makan dekat The Manhattan Fish Market. 

So, ni adalah kali pertama aku melangkah dekat JBCC selepas di renovate. Maklumlah, sebelum ni nak melangkah, tapi tak terlangkah sebab kalau balik JB pun kejap sangat. Masa sekejap tu aku suka spent time dengan family. Duduk rumah, tengok muka diorang dan bila tengok muka parents aku tu, rasa macam stress yang aku rasa masa dekat Uni tu entah hilang ke mana. Ewah...Ewah ayat berbahasa. Bodek le tu!

Ok, daripada hari tu lagi kot,  si Puan Zura ni plan nak buat bachelor party untuk ayie. Dia kata nanti kiteorang pun dia nak buat juga. Haha, betul juga. Sambil tu boleh buat small reunion kan!

Kot lah time aku nanti, mesti semua orang dah ada anak, haha. Tinggal aku je baru nak melangkah ke alam perkahwinan.*ok,aku memang suka buat angan - angan mak jenin kat sini*.

Ha, inilah dia bride to be!
Tahniah ayie...
Insyallah Iolls akan pergi ke majlis awak ok. Nanti kita cuba cuba lari balik JB haha, apa - apa kita update kat awak tau nanti =) .
*ceh ayat! Ni ayat bodek ayie, kau kena faham maksud aku :P*

So sekian sahaja kisah dari kami. Inilah serba sedikit kisah kami. Nanti ada masa, huda update lagi ye.

Thanks dekat korang yang singgah blog huda dan baca entry ni.

Bye,Salam.

You Might Also Like

4 comment di sini.

  1. Best jumpa kawan-kawan lama yang sekepala. Susah nak dapat geng camni.. huhu

    ReplyDelete
  2. bestnya jumpa geng2 zaman sekolah.:)

    ReplyDelete
  3. heee. best kan jumpa kawan lama.. bila jumpa balik, baaanyak berubah :D

    ReplyDelete