Review buku diagnosis 1

Tuesday, September 01, 2015



Assalamualaikum, =D



Hai semua...

Diagnosis. Pernah dengar tak pasal buku diagnosis yang di tulis oleh Dr Anwar Faizal dan rakan - rakannya? Buku ini menceritakan pengalaman mereka sebagai seorang doktor, pengalaman mereka merawat pesakit, berhadapan dengan kerenah pesakit, dan sebagainya...

Dulu aku pernah terfikir nak beli novel ni, sebab terdengar adik dan kawan - kawan cakap...buku diagnosis ni, best! Tapi... Bila tanya kat kedai buku, mesti diorang cakap "oh buku tu dah habis". Wah, laris betul! Nampak sangat best.

Last - last, bila fikir balik...Adik aku ada buku diagnosis 1 dan 2 ni. Apa lagi, pinjam je kot kat adik, senang. Jimat pun jimat, hihi...

"Anna, nak pinjam buku diagnosis kau"
"Boleh. Tapi jaga elok - elok"
Kah! 

Ha, cara jaga novel/buku terbaik adalah dengan buka separuh dan baca.
Ni kisah seseorang yang menjaga novel. Leceh kan? 
Tapi, nilah realitinya...Kalau orang tu memang jaga novel betul - betul, tak nak bagi ada kelepet sana, kelepet sini, dan tak nak bagi buku dia 'rosak'...Memang gitulah caranya.

Bukan cerewet, tapi nak 'jaga' buku...
Yelah beli buku/novel, bukan murah beb! So kenalah jaga elok - elok...

Aku ni seorang pengumpul novel, korang bayangkan je...Novel tu tebal, nak buka novel tu separuh dan baca, kan nampak macam susah. Tapi kalau dah terbiasa dengan tabiat nak 'jaga' novel dengan baik, so buka novel tu separuh maca mana pun dah tak kisah. Hihi...


The best part yang aku suka baca dalam buku diagnosis ni?
Nak cakap semua part best. Semua part terdapat pengajaran sendiri. Semua part yang aku baca membuatkan aku feel it, gabra dan rasa tak sabar, sebab nak suruh doktor tu cepat buat kerja dan selamatkan pesakit. 

Bila doktor berjaya selamatkan pesakitnya, aku sendiri tersenyum bila baca novel ni. Siap ucap "Alhamdulillah".
But bila doktor dah sedaya upaya nak selamatkan pesakit, tapi gagal. Aku sendiri rasa macam, Subhanallah, sedihnya...

Serious, baca buku ni memang best. 
Rasa macam nak baca dua tiga, kali...Hihi..

Antara part yang best dan memberi pengajaran pada kita.

"Bila kita marah, sedih, stress, kenapa cari alternatif lain? Kenapa tak cari Allah?" . Buku ni memang buat aku rasa macam "deep", sedih, dan rasa seronok nak baca sampai habis, ( sampai 1 hari je dah habis baca buku ni). 

Nanti nak sambung baca buku diagnosis 2 pula. 
Then plan nak beli, buku 365 (yang ditulis oleh Dr Anwar Faizal).

So oklah sampai sini je yang sempat aku tulis.
Ok thanks singgah dan keep following blog huda. Thanks juga baca entry singkat ni.
Ok nak pergi kelas. 
Bye...
Salam =) 

You Might Also Like

3 comment di sini.

  1. akak dah banyak kali juga usha ka kedai2 buku...semua cakap sold out..

    ReplyDelete
  2. macam best je buku ni. ada sambung2 plak tu. :)

    ReplyDelete
  3. aisy cuma ada diagnosis2 je..... http://nuraisyahsukor.blogspot.com/2015/07/review-buku-diagnosis-2.html

    ReplyDelete