Lepak dengan kawan

9:15 AM



Assalamualaikum, =D


Hai semua. 

Masih lagi dalam mood 'bercinta dengan buku', 'berpulun - pulun recalled balik apa yang dah belajar, apa yang lecturer ajar dalam kelas', sebelum berhadapan dengan paper - paper yang sudah tersedia untuk dijawab.

Memandangkan hari ni tak ada paper, esok pun tak ada paper, dan  sampai ke raya haji memang tak ada paper. So sebab tu aku ambil masa untuk update blog kejap. Esok pun kalau sempat nak update blog, nak review satu igshop ni. Insyallah, nanti cuba cari masa lari dari buku lagi ye =) .

Dalam masa tengah stress berhadapan dengan final ni, aku selalu terfikir... 
'kan best, kalau dekat sini ada tempat yang boleh tenangkan fikiran'. Tapi, aku tahu...
Semua tu, hanya angan - angan mak jenin je. Kat sini memang tak ada apa yang aku harapkan. 
Kalau nak kena pergi Kuantan. Masya - Allah, Kuantan tu kalau dekat takpe juga, haha.

Cuma, kalau nak lepak kedai makan dan makan, tu adalah...
Tapi aku ni pula sejenis yang, kalau tengah sibuk memang tak ada selera nak makan. 

Atau...
kadang - kadang tu memang cari masa kejap, lepak dengan kengkawan.


Nilah geng rapat satu course. Cuma walaupun satu course, tapi kadang tak ambil subject yang sama. Nak jumpa pun kadang susah. Semua sibuk dengan kelas masing - masing. 
Kadang jumpa pun, jumpa kat kelas je. 

Sampai kadang, sorang tu memang kena gerak kan kengkawan lain. Ajak dinner sama - sama. 
Even lepak dua jam pun, dah kira cukup sangat bagi aku. 

Thanks korang hari tu luangkan masa dinner together! =)


So oklah, sampai sini je yang sempat aku tulis. Insyallah kalau ada masa lagi, aku update lain pula ye. Nak study jap. Paper 26 dan 27/9 ni. Ada masa ni, study ler. 

So, nak wish good luck dekat kengkawan yang sama - sama tengah hadapi final exam ni. Good luck korang! Dan korang yang baca entry ni, doakan kejayaan kami juga eh, thanks =)

Salam, 

You Might Also Like

5 comment di sini.

  1. bila stress, lepang dengan kawan paling best! rasa hilang beban semua walaupun sekejap. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...memang best. Dapat bertukar cerita, hehe

      Delete
  2. rindu pulak zaman belajar dulu ehehehhe...

    ReplyDelete