Short Vacation Ke Melaka

Friday, August 07, 2015


Assalamualaikum =D


Hye semua.

Rindunyaaaa nak update blog. Rindu nak tulis entry. Tapi masa tidak mengizinkan untuk aku duduk lama - lama menghadap blog ni, sebab banyak lagi kerja lain yang perlu aku siapkan. Contoh paling terdekat, assignment! Huaaaaa....Memang rasa nak menangis sebab tak cukup rehat, tak cukup tidur, stress apatah lagi, selera makan pun kadang - kadang tak ada (dah rupa macam orang putus cinta rasanya!). 

Tapi nak buat macam mana, dah memang tugasan aku sebagai seorang pelajar. Bukan aku seorang. Semua orang tengah stress sekarang ni. Tapi kami cuba kuat sebab apa yang penting kerja siap! Bak kata salah seorang lecturer aku, kalau jawapan korang salah tak apa. Yang penting korang 'ikhlas' buat assignment yang aku arahkan tu. Maksud beliau, buatlah yang terbaik. Jangan sambil lewa!

Kami cuba sir. Kami cuba...

Ha, dah lupakan kejap kisah assignment aku tu. Kalau cerita sampai ke esok tak habis punya. So hari ni nak cerita tentang short vacation dan trip aku ke Melaka, beberapa minggu yang lepas. Kiranya ni kisah throwback - lah...

Sebenarnya agak lama aku tak ke Melaka...
Kalau dulu selalu juga Mak Abah bawa aku dan adik beradik ke sini (tu pun masa zaman sekolah dululah). Sekarang bila masing - masing dah mula sambung belajar, masa cuti pun dah berbeza. So susahlah nak pergi bercuti bersama keluarga. 


Kebetulan hari tu aku tengah cuti, adik pun memang ada kat JB...So bolelah ikut parents jumpa abang kejap dekat Melaka.

Dah nama pun short vacation, jadi tak lama kami berada di sini. Hanya 2 hari 1 malam je. Jumaat pagi tu kami bertolak ke Melaka, Sabtu malam pula, kami pulang semula ke Johor Bahru. 

Jumaat,
Kami tiba di Melaka. Shopping. Makan malam. 

Sabtu,
Sebelum pulang ke Johor Bahru...Kami singgah sekejap di Magic Art Museum, Melaka yang bersebelahan dengan Bayou Lagoon Park Resort (tempat kami bermalam sepanjang kami berada di Melaka). 

Magic Art Museum, first in Melaka

















Puas bergambar. 
Kami terus pulang ke Johor Bahru. 

The end.
Hehe, thanks baca entry kali ni. Insyallah lepas ni nak update pula cerita ke Kuala Terengganu (again, this is short vacation punya story).

Salam, =)


You Might Also Like

8 comment di sini.

  1. kite org melake ni pun tak pergi lagi musium tu. hehe ><

    ReplyDelete
  2. wow macam best je. muzium tu nampak menarik :)

    ReplyDelete
  3. Wah, Magic Art Museum! Cantiknya! Belum pernah pergi lagi. Macam teringin nak pergi pulak.

    (Arol orang Melaka jugak.) :D

    ReplyDelete
  4. lukisan-lukisan yang nampak real camni memang best untuk bergambar kan. hehe

    ReplyDelete
  5. wahhh! kat Melaka dah ada Magic Art Museum! :))

    ReplyDelete
  6. teringat masa pergi icity dulu.. ada jugak pameran macam ni.. bukan main posing haa hahaha

    ReplyDelete